Bismillah
Soalan;
Siapa nak masuk syurga?
Jika I dalam classroom, tentulah semua pelajar akan angkat tangan kecuali jika dia tertidur (orang yang diluar sedar, kita kecualikan daripada kira-kira)
Soalan lagi;
Jika dimaklumkan sesiapa yang masukkan RM10 dalam tabung ini setiap hari – akan masuk syurga.
You ingat, siapa yang tidak akan melakukannya?
Kita dah 40 tahun,
rasanya kita akan hidup paling lama pun lagi 50 tahun.
Kira-kira kasarnya, kita perlu menabung hanya sejumlah RM3,650.00 setahun, separuh daripada itu adalah harga handphone yang kita tukar setiap tahun untuk masuk syurga – apa ada hal, kann
Kita belanja untuk perkara yang tidak berfaedah kadang2 lebih daripada RM10 sehari, dan – kalau you merokok, you bazir duit lebih daripada itu hanya untuk ‘asap’ sahaja pun. Ish! Ish! Ish!
Okay … itu duit, ada nilainya.
jika Rasulullah SAW,
nabi besar junjungan kita.
Yang kita sayang.
Yang kita percaya.
Yang kita beriman dengannya
Dan kata-kata Baginda …
Dari Ummu Habibah r.a. katanya: “Rasulullah SAW bersabda: “Barang siapa menjaga solat sunnah empat rakaat sebelum Zuhur dan empat lagi sesudahnya, maka Allah mengharamkan orang itu atas neraka.”
(Riyadhus Solihin No. 1123)
Bagaimana?
I tak tau you,
tetapi … I, I tidak akan meninggalkannya sampai bila2 (insyallah).
Kawan2, kita ni – tiap-tiap hari berdosa.
Seawal bangun pun kadang-kadang kita dah berdosa. On the way nak ke pejabat berdosa, di pejabat – bekerja pun berdosa, makan pun berdosa. Balik kerja berdosa. Entah2, nak tidur pun masih berdosa.
So kalau I jadi tuhan,
I pun tak boleh nak masukkan diri I sendiri dalam syurga kerana banyaknya dosa. Tetapi Rasulullah SAW dah bagi jalan keluar, mudah.
Cuma, lebih kurang 15 minit extra setiap hari untuk dapat tiket masuk syurga.
I ingat orang yang tidak melakukannya samada dia tidak percaya kepada adanya balasan syurga dan neraka, atau dia ingat dia confirm masuk syurga atau dia tidak ‘rasa’ hadis ini benar … I tak tahu mana satu yang lebih besar dosanya kerana jauh sudah dia tersasar daripada jalan yang lurus.
I seriously harap kerana hidayah belum turun kepadanya dan satu hari nanti sebelum akhir hayatnya dia akan kembali ke jalan yang benar.
Allahuma Amin
Sementara itu,
sementara masih sihat tubuh badan untuk rukuk dan sujud, I suka untuk menunjukkan kepada Allah, Tuhan yang menguasai nafas dan nyawa ini bahawa I, walaupun sentiasa berdosa ini, sangat2 teringin untuk masuk syurgaNya.
Dan harapan I, kerana Dia melihat kesungguhan I melaksanakan solat sunat 4 rakaat sebelum dan sesudah zohor hanya kerana sangat-sangat mengharapkan syurga dan, dengan RahmatNya – Dia izinkanlah.
Cuma 15 minit sehari.
Itupun time lunch … ada ada hal kann
Comments
Post a Comment