Bismillah
Hari ini breakfast dengan boss,
Hari ini breakfast dengan boss,
boss belanja secawan
susu kambing (terlebih manis) sepatutnya lazat dan menyehatkan tetapi adik
manis di gerai air itu berpendapat susu lebih sedap bila dicampur gula – Ampun!
… ini membuatkan I masih kuat berpendapat adalah tidak patut ‘beli’ minuman di
kedai.
Kita bicara tentang
kemurahan rezeki …
Boss risaukan duit
yang tak pernah cukup, bagaimana pula hendak menguruskan kekayaan. I ingat, I
nak tanya satu soalan; “sejak bila duit ini cukup?”
Contoh yang tidak jauh
daripada kita sangat jelas bagaimana orang kaya hutangnya besar juga. Sepatutnya
bahagialah kita yang tidak cukup2 modal tetapi tidak berhutang di sana sini
kecuali rumah dan kereta.
Sebelum I nak mengajar
orang tentang teknik berdoa atau ‘money magnet’, I suka juga nak tahu tentang
kesungguhan kita kepada kehendak kita.
Contoh;
katalah kita nak minta
sesuatu pada mak kita (dulu). Bukankah mengikut logic akal kita akan pada
sedikit masa sebelum menganjurkan permintaan itu – menjadi anak yang taat. Patuh
pada segala arahan dan terlebih baik pula pada budi perkerti dan pandai pula
memuji. Itu baru nak minta kebenaran untuk bermalam di rumah kawan pada hujung
minggu atau kerana hendak pergi berkelah, mandi manda di sungai.
Nah …
bagaimana bila pula
keadaan kita bila nak minta rumah besar, jawatan tinggi dan kereta mewah.
Tengok balik bagaimana
caranya kita berdoa, bila kita berdoa?
Tengok balik bagaimana
kita tunjuk kepatuhan
Dan, tengok balik
bagaimana galak kita memuji Allah SWT
Selalunya bila orang
tanya bagaimana nak kaya raya, bahagia dan sejahtera. I tanya: “berapa tekun
you bertahajud?”.
Kalau tahajud – jarang-jarang.
Alahai … bukan you tak
boleh kaya tetapi, I kuartir kekayaan itu bukan nikmat tetapi semata-mata punca
dukacita.
I suka nak tanya juga,
“bila kita nak kaya?”
Tak mungkin esok kan,
mungkin tahun depan atau lima tahun lagi. Begitu juga dengan mendapat jawatan
tinggi dsb.
Tetapi, bila kita
tanya diri, bila kita nak mati? …
macam esok, mungkin
lusa mungkin juga 25 minit daripada sekarang kan ke you ingat you akan mati
bila you bersedia untuk mati?
Selalu kita
mengangan2kan kaya raya …
Bagaimana pula
pandangan kita tentang ajal – sudah cukupkan yang kita lakukan hari ini untuk
membawa kita ke syurga.
FYI – ramai yang dekat
dalam kubur tu berangan2 untuk kembali ke dunia sekejab sahaja untuk bersedekah
Sekian
selamat maju jaya
selamat maju jaya
Pun, I doakan kita
semua kaya raya & mulia. Amin.
Comments
Post a Comment