Skip to main content

Time revamp

Bismillah

Rasa perlu untuk menulis lagi … 
sudah dua tiga kali kawan I yang satu ini mengutarakan tentang program ‘time revamp’. 
Mula-mula I setuju terima ideanya, tentang betapa perlunya kita revamp time - memulihkan ; mengubahsuai atau membina semula cara menguruskan kehidupan ini supaya kita mampu meng’optimakan aktiviti kita.

I diajak mengikuti program tersebut, pun – I masih boleh bersetuju kerana I ni memang ‘kaki belajar’ I suka jer nak tahu apakah ilmu yang ada di luar sana.

Cuma, jauh di dalam diri ini I pernah di ajar bagaimana untuk mengoptimakan masa. Cikgu I kata, bagi hamba yang istiqamah bangun malam dan hadir untuk solat fardu pada awal waktu – Allah SWT akan panjangkan waktu untuknya.
Jika kawan-kawan tidak percaya, jika hendak melihat dan merasakan sendiri keberkahan masa. 

Try solat Asar dan Isya sebaik sahaja masuk waktunya. 
(I sebut Asar & Isya, sebab I pasti Subuh & Maghrib kita semua punctual kan, Zohor pula time lunch, sentiasalah kita on time)

Try buat dua atau tiga hari … 
nanti tiba-tiba kita rasa macam kita ada extra masa untuk membaca, baca buku2 dan juga Al Quran. 
Boleh pula sempat nak semak homework anak-anak. Boleh sempat siapkan baju untuk kerja esok … insyallah.

Kalau nak lagi best, lebih power - cuba, siap berwuduk dan bertenang dalam sejadah sebelum waktu azan. Try semasa azan itu kita sudah siap solat sunat masjid ...  

Mungkin I salah, tapi setidak-tidaknya kita sudah pun register diri sebagai hamba yang taat ... kann!

Miracles (keajaiban) itu milik Allah. 
Hak Allah, 
Dia bagi kepada sesiapa yang dikehendakinya. Hadiah. Kita boleh ambil sedikit masa dan sejumlah wang ringgit untuk kita laburkan bagi mendapat ilmu itu tetapi keberhasilan usaha kita itukan kerja Allah.

Bab masa, jodoh, ajal maut, rezeki – yakinlah bahawa Allah sahaja yang menentukannya.

Kerja hamba ini hanyalah menurut apa-apa yang Allah suruh. Buat yang baik serta tinggalkan yang mungkar. 

Jaga hak Allah … 
jaga amanah yang Allah berikan kepada kita, Insyallah Allah redha. Bila Allah redha dengan kita, Alhamdulillah – janji-janji Allah itu benar, Al Quran itu benar. Allah akan beri keberkatan hidup di dunia & akhirat.

cikgu I pun selalu kata,
orang yang pandai itu rujuk pada Al Quran dan orang yang memandai-mandai itu keletihan.
jika betul kata cikgu I tu, sekarang ni kita tepuk dada, tanya selera nak jadi orang pandai atau orang yang memandai-mandai (???)

Dah pukul 1 petang ni …
dah siap ke untuk solat, untuk rukuk dan sujud bersama-sama orang-orang yang rukuk & sujud.


HAYYA 'ALASH SHOLAH
HAYYA 'ALAL FALAH
Marilah mendirikan solat dan, marilah Berjaya !!!

(lepas zohor nanti, I cuba lampirkan beberapa Ayat eh)
dan bila I dah balik daripada program itu nanti - I share pula my findings - insyallah

Comments

Popular posts from this blog

melukut di tepi gantang

Hari ini terasa nak guna peribahasa ‘melukut di tepi gantang’ I tahu maksudnya, samalah seperti kata orang ‘masuk tak penuh, keluar pula tak luak’ orang sekarang kata ‘terlebih sudu’ maksudnya; tidak diperlukan tapi sebelum I gunakan peribahasa itu, I terfikir apakah ‘melukut’ ?  kita ni kadang2 sedap bercakap sahaja tetapi tidak periksa apakah yang kita perkatakan. Ustaz I kata, setiap butir perkataan kita itu direkodkan dan kita akan ditanya di Mahsyar kelak tentang semua  yang kita perkatakan. Bukan hadis dan Al Quran sahaja yang kita nak kena verify … semua kata-kata pun bagi orang yang mengaku beriman, nak kena jaga. I kenal ‘gantang’. Gantang adalah ukuran capacity 4 cupak iaitu lebih kurang 3kg. Beras kalau 3 kilo bagi I banyak, sebab I beli beras sekilo sahaja dan boleh bertahan 2 bulan. Maksudnya mewahlah ukuran gantang itu. I pun google search maksud ‘melukut’ … Ampun ya Allah Melukut ini maksudnya ‘ broken rice grain’ , beras hancu...

An Nisa 142

bismillah ...  semalam migraine, seharian. Yang memotivasikan  untuk bangun pagi tadi hanyalah kerana I berjanji boleh tidur semula selepas solat subuh - dan, selalunya bila sakit - I minta Allah bagi hadiah kerana I sabar menjalani sakit (kononnya). Alhamdulillah, kerana sifat kasih Allah itu melebihi daripada apapun maka, sebagai hadiah yang I nampak ialah ayat 142 surah An Nisa yang singgah pada bacaan pagi tadi. Verily, the hypocrites seek to deceive Allâh, but it is He Who deceives them. And when they stand up for As-Salât (the prayer), they stand with laziness and to be seen of men, and they do not remember Allâh but little. (4:142)   maka, hari ini - I minta ampun banyak-banyak kerana I lah orang yang solat tetapi lalai. I tahu bahawa solat itu adalah ibadah yang sangat amazing, I maklum tentang kelebihan rukuk dan sujud ... ehem, I yang juga mengajar tentang solat. I faham apa yang baca dalam solat tetapi I jugalah yang ke sana dan ke mari dalam solat....

Amalan setiap malam sebelum tidur, Surah Al Mulk

Bismillah Lama, I duduk diam. Perhati dan berfikir. Antara dua perkara yang Allah suka jika kita amalkan tetapi kebanyakan kita tak suka buat … lama, I duduk diam dan relate (mengaitkan) perkara2 yang   lalu lintas pada pendengaran, penglihatan dan hati dengan Al Quran dan vice versa – iaitu, Al Quran dengan apa2 yang di alami melalui pancaindera. Kebanyakan orang sudah tidak biasa, duduk diam dan merasa, merasa dan relate. Relate dan mengambil pengajaran. Cikgu I kata, “keep the lesson …” Kebanyakkan kita secepat merasa itulah akan berkata2.   Sangat cepat nak kongsi pendapat dan tekan butang ‘send’. Dunia sekarang semua orang suka berpendapat, cepat bereaksi   dan sangat suka mengulas … bahaya ! dan I, sejak I belajar tadabbur dan tazzakur ini. I buat tadabbur satu persatu, I tazzakur pula perlahan2 dan tidak publish. Sebab tujuan utama kita bertadabbur dan tazzakur ini ialah untuk beramal dengan ayat2 Al Quran.  Bila beramal pula buka...