Skip to main content

TAQWA - rasa takut kehilangan CINTA Allah 2

I ada seorang kawan,
dia ni baru 5 tahun yang lalu reti untuk bertudung, baru juga berjinak untuk tidak meninggalkan solat 5 waktu dan sedang berhempas pulas untuk menghidupkan malam ... 


I suka melihat pergelutan hidupnya. (mengingatkan diri sendiri tentang perjuangan yang belum selesai) Dia ingatkan kita ni terror sangat, dia tidak tahu bahawa kita ni pun bergelut sama. 

Sekarang, dia sedang mendidik anak kecilnya untuk mencintai Allah. Anaknya suka ikut solat, dan pandai juga bertudung - maklum, anak-anak ini acuannya tentulah ibu bapa. Jika acuannya tak betul, masakan anak-anak itu akan cenderung pada yang benar. 

Persoalannya, 
bagaimana hendak diterangkan kepada anak kecil itu tentang Taqwa
Mudah untuk diceritakan tentang, Dosa dan Pahala. Syurga dan Neraka, walaupun perkara-perkara ini tidak boleh dilihat oleh mata. 

Tetapi Taqwa ini soal hati ...
I suka nak jawab supaya tak perlulah diterangkan perkara-perkara yang besar begitu kepada budak yang lima tahun - mudah! 

Tetapi memasukkan faham kepada kanak-kanak adalah kecintaan I, sebab budak-budak ini laksana 'sponge kering'. 

Semua perkara diserapnya kedalam sub-consious mind. peringkat umur beginilah, masa terbaik untuk kita membina peribadi insan.

I pernah cerita tentang Taqwa ni, tetapi sekarang version kanak-kanak

Taqwa, ialah perasaan takut kehilangan cinta Allah.

contoh;
sekiranya anak ini bermain dengan tab'nya sehingga larut malam maka esok dia tidak akan dapat bangun awal untuk subuh kerana mengantuk. Allah tidak sayang orang yang tidak solat. Maka, taqwanya itu ialah apabila ia menidakkan kemahuannya bermain tab walaupun pada hari cuti kerana dia tidak mahu ketinggalan subuh. OK itu TAQWA.

Selesai sudah penjelasan untuk anak kecil itu. 

Kita bagaimana?

Bagaimana dengan Taqwa kita? Berapa kerap kita meninggalkan perkara-perkara biasa kerana kita takut kehilangan Cinta Allah atau kita masih tidak rasa terkilan bila terjaga pagi itu dikejutkan oleh Azan Subuh (tidak sempat tahajud)
Masihkah kita tidak merasa janggal bila kita secara sedar berkata, "sempat sampai rumah untuk Asar sebelum masuk waktu Maghrib".
Walaupun, kita maklum bahawa yang menjemput kita hadir untuk solat itu tentulah hanyalah kerana Cinta Allah.

Ada kawan I, sampai ke petang dia moody, sedih kerana pagi itu tidak dipilih untuk Subuh di Masjid. 
Kita... kita, happy jer tiap-tiap hari lalu-lalang depan Masjid dan tidak singgah. 

Ampun ya Allah





Comments

Popular posts from this blog

melukut di tepi gantang

Hari ini terasa nak guna peribahasa ‘melukut di tepi gantang’ I tahu maksudnya, samalah seperti kata orang ‘masuk tak penuh, keluar pula tak luak’ orang sekarang kata ‘terlebih sudu’ maksudnya; tidak diperlukan tapi sebelum I gunakan peribahasa itu, I terfikir apakah ‘melukut’ ?  kita ni kadang2 sedap bercakap sahaja tetapi tidak periksa apakah yang kita perkatakan. Ustaz I kata, setiap butir perkataan kita itu direkodkan dan kita akan ditanya di Mahsyar kelak tentang semua  yang kita perkatakan. Bukan hadis dan Al Quran sahaja yang kita nak kena verify … semua kata-kata pun bagi orang yang mengaku beriman, nak kena jaga. I kenal ‘gantang’. Gantang adalah ukuran capacity 4 cupak iaitu lebih kurang 3kg. Beras kalau 3 kilo bagi I banyak, sebab I beli beras sekilo sahaja dan boleh bertahan 2 bulan. Maksudnya mewahlah ukuran gantang itu. I pun google search maksud ‘melukut’ … Ampun ya Allah Melukut ini maksudnya ‘ broken rice grain’ , beras hancu...

An Nisa 142

bismillah ...  semalam migraine, seharian. Yang memotivasikan  untuk bangun pagi tadi hanyalah kerana I berjanji boleh tidur semula selepas solat subuh - dan, selalunya bila sakit - I minta Allah bagi hadiah kerana I sabar menjalani sakit (kononnya). Alhamdulillah, kerana sifat kasih Allah itu melebihi daripada apapun maka, sebagai hadiah yang I nampak ialah ayat 142 surah An Nisa yang singgah pada bacaan pagi tadi. Verily, the hypocrites seek to deceive Allâh, but it is He Who deceives them. And when they stand up for As-Salât (the prayer), they stand with laziness and to be seen of men, and they do not remember Allâh but little. (4:142)   maka, hari ini - I minta ampun banyak-banyak kerana I lah orang yang solat tetapi lalai. I tahu bahawa solat itu adalah ibadah yang sangat amazing, I maklum tentang kelebihan rukuk dan sujud ... ehem, I yang juga mengajar tentang solat. I faham apa yang baca dalam solat tetapi I jugalah yang ke sana dan ke mari dalam solat....

Amalan setiap malam sebelum tidur, Surah Al Mulk

Bismillah Lama, I duduk diam. Perhati dan berfikir. Antara dua perkara yang Allah suka jika kita amalkan tetapi kebanyakan kita tak suka buat … lama, I duduk diam dan relate (mengaitkan) perkara2 yang   lalu lintas pada pendengaran, penglihatan dan hati dengan Al Quran dan vice versa – iaitu, Al Quran dengan apa2 yang di alami melalui pancaindera. Kebanyakan orang sudah tidak biasa, duduk diam dan merasa, merasa dan relate. Relate dan mengambil pengajaran. Cikgu I kata, “keep the lesson …” Kebanyakkan kita secepat merasa itulah akan berkata2.   Sangat cepat nak kongsi pendapat dan tekan butang ‘send’. Dunia sekarang semua orang suka berpendapat, cepat bereaksi   dan sangat suka mengulas … bahaya ! dan I, sejak I belajar tadabbur dan tazzakur ini. I buat tadabbur satu persatu, I tazzakur pula perlahan2 dan tidak publish. Sebab tujuan utama kita bertadabbur dan tazzakur ini ialah untuk beramal dengan ayat2 Al Quran.  Bila beramal pula buka...