Skip to main content

menghidupkan sunnah

Bismillah

Pagi itu Marieah telefon, biasa perjalanan ke pejabat adalah waktu yang I berebut-rebut antara doa pagi dan panggilan telefon samada daripada Marieah dan Ibrahim. Kadang-kadang I wonder juga macamanalah orang lain sempat nak melayan radio semasa memandu … I sibuk!

Ok, balik kepada cerita asal; Marieah telefon, katanya kebiasaan di surau asrama tirai antara bahagian lelaki dan perempuan akan di buka. So, maghrib yang berkenaan dia solat di bahagian hadapan maka di melihatkan pelajar lelaki yang masbuk di bahagian belakang.
Dia perasan bahawa ramai antara pelajar2 yang duduk antara dua sujud dan takbir cara yang tidak sunnah, kemudian dia terfikir ‘apakah mak2 mereka ini tidak menunjuk cara solat yang betul?’

I tanya anak yang manis itu, apakah ibunya mengajar dia cara yang betul
Alhamdulillah, dia jawab
“mummy ada ajar …” lapanglah sikit dada I.

I kata, ucapkanlah Alhamdulillah kerana Allah SWT bagi you ibu yang ada ilmu.

Ye lah …
jika kurang tepat cara rukuk dan sujud kita, tidaklah membatalkan solat. Malah jika tidak mampu kita menyempurnakannya atas faktor kesihatan dsb ada kelonggaran untuk itu

Cuma, sayanglah sebab kita tidak dapat menghidupkan beberapa sunnah. Lebih sedih jika tidak tahu bahawa itu adalah sunnah, kann

Pernah I bercakap tentang sunnah dalam solat, ada juga yang bertanya mana I tau itu cara Rasulullah SAW sebab Rasulullah sudah lama meninggal dunia …

Ampun ya Allah 

Ada beberapa perkara yang Allah SWT perlihara dan antaranya ialah Al Quran dan Sunnah. Jika tak pernah cari, jangan kata tak ada. RUGI!!!

“Shalatlah kalian, sebagaimana kalian melihat aku shalat”
Muttafaq’Alaih

Kita menghidupkan sunnah ini kerana;

Dan dia tidak memperkatakan (sesuatu yang berhubung dengan agama Islam) menurut kemahuan dan pendapatnya sendiri. Segala yang diperkatakannya tidak lain hanyalah wahyu yang diwahyukan kepadanya.
(53: 3-4)

Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik … (33:21)
 
Dari Abu Hurairah r.a. bahawasanya Rasulullah SAW bersabda: “semua umatku itu dapat memasuki syurga, melainkan orang yang enggan – tidak suka.”

Beliau ditanya: “siapakah orang yang enggan itu, ya Rasulullah?” Beliau menjawab: “Barang siapa yang taat kepadaku, maka ia dapat memasuki syurga dan barang siapa yang bermaksiat padaku – menyalahi ajaranku, maka dialah orang yang benar-benar enggan.”
(Riwayat Bukhari)

Kawan2, 
Jika sesuatu amalan itu sunnah, tentulah ada nilai kebaikannya kepada kita. Kita percaya kan bahawa Rasulullah itu sebaik-baik contoh ikutan. Ke you tak percaya? (Ini sudah balik kepada persoalan Iman …) dan selalunya bila dibuat kajian secara sainstifik PASTI akan membuktikan keajaiban amalan tersebut – atau masa itu barulah kita terkagum dengan kehebatan amalan sunnah – sedih! Tapi OKlah juga kalau kita nak ikut hujung2 kann (teringat Aziz).

Tak pernah terlambat,
nak buat macamana jika ‘hadiah’ Allah nak sampai sekarang dan bukan dulu. 

Alhamdulillah … dapatlah insyallah kita kemasukkan dalam golongan umat Rasulullah (Allahuma Amin)

Jom check cara rukuk dan sujud kita,
manalah tau mungkin ada yang boleh kita perbaiki lagi kannn...

Sekian, selamat malam



Comments

Popular posts from this blog

Amalan setiap malam sebelum tidur, Surah Al Mulk

Bismillah Lama, I duduk diam. Perhati dan berfikir. Antara dua perkara yang Allah suka jika kita amalkan tetapi kebanyakan kita tak suka buat … lama, I duduk diam dan relate (mengaitkan) perkara2 yang   lalu lintas pada pendengaran, penglihatan dan hati dengan Al Quran dan vice versa – iaitu, Al Quran dengan apa2 yang di alami melalui pancaindera. Kebanyakan orang sudah tidak biasa, duduk diam dan merasa, merasa dan relate. Relate dan mengambil pengajaran. Cikgu I kata, “keep the lesson …” Kebanyakkan kita secepat merasa itulah akan berkata2.   Sangat cepat nak kongsi pendapat dan tekan butang ‘send’. Dunia sekarang semua orang suka berpendapat, cepat bereaksi   dan sangat suka mengulas … bahaya ! dan I, sejak I belajar tadabbur dan tazzakur ini. I buat tadabbur satu persatu, I tazzakur pula perlahan2 dan tidak publish. Sebab tujuan utama kita bertadabbur dan tazzakur ini ialah untuk beramal dengan ayat2 Al Quran.  Bila beramal pula buka...

Surah An Naba

Surah ini adalah hadiah daripada seorang kekasih.  Saya ini terbiasa -  antaranya, bila memulakan kata-kata, I akan sebut ‘uhm …’ besar kemungkinan kerana I sedang mengarang ayat sebelum menyatakannya atau mungkin I saja nak berkata-kata sedangkan belum betul pasti apa yang hendak I katakan. Katanya, adalah lebih baik sekiranya I sambung sedikit lagi menjadikannya ayat pertama Surah An Naba, sekurang-kurangnya I boleh memanfaatkan diri dengan pembacaan ayat-ayat Al Quran … Sebenarnya, dia tidak menghadiahkan surah ini secara fizikal tetapi oleh kerana dia sentiasa menyambut setiap kali I menyebut ‘uhm’ dengan membacakan ayat pertama Surah An Naba. maka, terbiasalah I teringatkannya bila menyebut 'uhm' walaupun dia sudah tidak lagi bersama! Tetapi oleh kerana I ni selalunya melihat bahawa tidak akan bergerak satu zarah tanpa Izin Allah, dan sebagai orang yang sentiasa meminta daripada Allah, kita hendaklah sentiasa menadah tangan untuk menerima apa yang Alla...

melukut di tepi gantang

Hari ini terasa nak guna peribahasa ‘melukut di tepi gantang’ I tahu maksudnya, samalah seperti kata orang ‘masuk tak penuh, keluar pula tak luak’ orang sekarang kata ‘terlebih sudu’ maksudnya; tidak diperlukan tapi sebelum I gunakan peribahasa itu, I terfikir apakah ‘melukut’ ?  kita ni kadang2 sedap bercakap sahaja tetapi tidak periksa apakah yang kita perkatakan. Ustaz I kata, setiap butir perkataan kita itu direkodkan dan kita akan ditanya di Mahsyar kelak tentang semua  yang kita perkatakan. Bukan hadis dan Al Quran sahaja yang kita nak kena verify … semua kata-kata pun bagi orang yang mengaku beriman, nak kena jaga. I kenal ‘gantang’. Gantang adalah ukuran capacity 4 cupak iaitu lebih kurang 3kg. Beras kalau 3 kilo bagi I banyak, sebab I beli beras sekilo sahaja dan boleh bertahan 2 bulan. Maksudnya mewahlah ukuran gantang itu. I pun google search maksud ‘melukut’ … Ampun ya Allah Melukut ini maksudnya ‘ broken rice grain’ , beras hancu...