Skip to main content

Solat Rawatib

Bismillah

Matahari sudah tidak kelihatan, baru jam 6 petang ..
macam hendak hujan,
niat untuk turun berendam I batalkan.


I ini seorang guru ... 
macam lah orang berladang, bila lama tidak tidak turun ke padang tentulah akan lebih tinggi rumput daripada lalang. Hmm, sudah lama tidak ada kelas. Kelas suka rela dan percuma ini memang selalunya orang ambil ringan ... biasa.

so - hari ini tanda cikgu tidak melupakan anak-anak murid. I bertanyalah dalam group - siapa yang buat solat Qabliyah & Badiyah Zohor sila angkat tangan ... 

seorang cuti,
Din angkat tangan
dan Alin - dia jawab bahawa dia belum kuat, masih hanya focus kepada solat-solat fardu 

yang lain-lain ... 'not connected'

dan lagi, alin kata "ticer bagilah ayat apa2 ... so far yg Qabliyah & Badiyah ini saya tak terpaksakan pun - ampun ya Allah"
confirm student I,
sebab penghujung ayat dia sama sahaja dengan I kan!


Ampun ya Allah !!!

Ok, mula2 I derdoa dulu 
Wahai Tuhan kami!
Janganlah Engkau pikulkan kepada kami 
apa yang kami tidak terdaya memikulnya 
dan, maafkanlah kesalahan kami, 
serta, ampunkanlah dosa kami 
dan berilah rahmat kepada kami
Engkaulah penolong kami; 
oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai 
kemenangan 

Alin sayang, betapalah kita ini mengasihi Rasulullah SAW dan sangat-sangat hendak dikenali sebagai umatnya, di dunia dan di akhirat kelak. 
Apakah tidak kita merasa bahagia apabila kita membuat apa yang disukai oleh baginda Rasulullah. 

Bila kita mengetahui bahawa Rasulullah menyuruh sahabatnya minum sambil duduk - kita pun asyiklah mendidik anak-anak kita supaya tidak minum berdiri. 
Apabila kita belajar yang Rasulullah mulakan sesuatu dengan tangan kanan atau kaki kanan, kita pun praktis terus ... kadang2 bila terpakai kasut dengan kaki kiri cepat2 kita tukar dengan kaki kanan.

Perkara-perkara yang Rasulullah suka, kita turuti maka pada perkara-perkara yang Rasulullah pesan, ingatkan dan bimbing para sahabat, tentulah sangat2 hendak kita titik beratkan.
Solat ...
Dalam banyak-banyak ibadah. Yang paling Rasulullah sukai ialah solat. Solat itu hiburan pada Rasulullah, kita pun patutnya suka dan rela mendirikan solat. Kita patutnya bersungguh2. 

Iman Ahmad meriwayatkan habis berikut daripada habis Tamim al-Dari bahawa Rasullulah (s.a.w) pernah bersabda:

Mula-mula pemeriksaan yang dilakukan ke atas seseorang manusia pada hari kiamat kelak solat yang telah dilakukannya. Jika dia telah melakukannya dengan sempurna,maka dipastikan baginya pahala yang sempurna dan jika dia mengerjakannya dengan tidak sempurna, maka Allah berfirman kepada para malaikatnya:”Periksakanlah oleh kamu apakah kamu dapati amalan sunat pada catatan hambaku yang dapat menjadikan sebagai pelengkap bagi amalan fardunya?” 

Dengan solat sunat sebagai penyempurna solat - alhamdulillah. Sungguh Allah mahukan kita ini masuk syurga. Apakah mahu kita meninggalkan solat2 sunat. 
Kita sentiasa berusaha memperbaiki solat fardu, tetapi kita inikan manusia yang lemah. disana-sini mungkin ada kekurangannya maka, marilah rajin2 buat solat sunat bagi menampung kekurangan kita ...

Dari Ummul Mukminin iaitu  Ummu Habibah iaitu Ramlah binti Abu Sufyan r.a. katanya: “Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Tiada seorang hamba pun yang Muslim yang bersembahyang kerana Allah SWT setiap hari dua belas rakaat sebagai solat sunnah yang diwajibkan, melainkan Allah akan mendirikan untuknya sebuah rumah dalam syurga, atau: Melainkan untuknya akan didirikan sebuah rumah dalam syurga.” (Riwayat Muslim)

Dari Aisyah r.a. pula, katanya: “Tidak ada sesuatu amalan pun dari golongan amalan-amalan sunnah yang lebih ditetapi oleh Nabi SAW melebihi dari dua rakaat fajar – iaitu dua rakaat sebelum solat Subuh.” (Muttafaq ‘alaih)

Dari Aisyah r.a. pula daripada Nabi SAW sabdanya: "Dua rakaat sunnah fajar iaitu sebelum Subuh - adalah lebih baik nilainya daripada dunia dan seisinya." (Riwayat Muslim)
Dalam riwayat lain disebutkan: Nabi SAW bersabda: "Nescayalah kedua rakaat sebelum Subuh itu lebih saya cintai daripada dunia seluruhnya ini."

Cukuplah setakat ini beberapa hadis yang menjadi pendorong untuk kita bertekun menjadikan Solat Rawatib sebagai pakaian harian. 

Mohonlah kemaafan daripada Allah, mohon hidayahNya supaya kita mampu berjalan lurus - menjadi Hamba yang diredhai ...  





Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Amalan setiap malam sebelum tidur, Surah Al Mulk

Bismillah Lama, I duduk diam. Perhati dan berfikir. Antara dua perkara yang Allah suka jika kita amalkan tetapi kebanyakan kita tak suka buat … lama, I duduk diam dan relate (mengaitkan) perkara2 yang   lalu lintas pada pendengaran, penglihatan dan hati dengan Al Quran dan vice versa – iaitu, Al Quran dengan apa2 yang di alami melalui pancaindera. Kebanyakan orang sudah tidak biasa, duduk diam dan merasa, merasa dan relate. Relate dan mengambil pengajaran. Cikgu I kata, “keep the lesson …” Kebanyakkan kita secepat merasa itulah akan berkata2.   Sangat cepat nak kongsi pendapat dan tekan butang ‘send’. Dunia sekarang semua orang suka berpendapat, cepat bereaksi   dan sangat suka mengulas … bahaya ! dan I, sejak I belajar tadabbur dan tazzakur ini. I buat tadabbur satu persatu, I tazzakur pula perlahan2 dan tidak publish. Sebab tujuan utama kita bertadabbur dan tazzakur ini ialah untuk beramal dengan ayat2 Al Quran.  Bila beramal pula buka...

Surah An Naba

Surah ini adalah hadiah daripada seorang kekasih.  Saya ini terbiasa -  antaranya, bila memulakan kata-kata, I akan sebut ‘uhm …’ besar kemungkinan kerana I sedang mengarang ayat sebelum menyatakannya atau mungkin I saja nak berkata-kata sedangkan belum betul pasti apa yang hendak I katakan. Katanya, adalah lebih baik sekiranya I sambung sedikit lagi menjadikannya ayat pertama Surah An Naba, sekurang-kurangnya I boleh memanfaatkan diri dengan pembacaan ayat-ayat Al Quran … Sebenarnya, dia tidak menghadiahkan surah ini secara fizikal tetapi oleh kerana dia sentiasa menyambut setiap kali I menyebut ‘uhm’ dengan membacakan ayat pertama Surah An Naba. maka, terbiasalah I teringatkannya bila menyebut 'uhm' walaupun dia sudah tidak lagi bersama! Tetapi oleh kerana I ni selalunya melihat bahawa tidak akan bergerak satu zarah tanpa Izin Allah, dan sebagai orang yang sentiasa meminta daripada Allah, kita hendaklah sentiasa menadah tangan untuk menerima apa yang Alla...

melukut di tepi gantang

Hari ini terasa nak guna peribahasa ‘melukut di tepi gantang’ I tahu maksudnya, samalah seperti kata orang ‘masuk tak penuh, keluar pula tak luak’ orang sekarang kata ‘terlebih sudu’ maksudnya; tidak diperlukan tapi sebelum I gunakan peribahasa itu, I terfikir apakah ‘melukut’ ?  kita ni kadang2 sedap bercakap sahaja tetapi tidak periksa apakah yang kita perkatakan. Ustaz I kata, setiap butir perkataan kita itu direkodkan dan kita akan ditanya di Mahsyar kelak tentang semua  yang kita perkatakan. Bukan hadis dan Al Quran sahaja yang kita nak kena verify … semua kata-kata pun bagi orang yang mengaku beriman, nak kena jaga. I kenal ‘gantang’. Gantang adalah ukuran capacity 4 cupak iaitu lebih kurang 3kg. Beras kalau 3 kilo bagi I banyak, sebab I beli beras sekilo sahaja dan boleh bertahan 2 bulan. Maksudnya mewahlah ukuran gantang itu. I pun google search maksud ‘melukut’ … Ampun ya Allah Melukut ini maksudnya ‘ broken rice grain’ , beras hancu...