Bismillah
semalam sebelum masuk tidur – I pergi ke rak buku mencari sesuatu yang menarik untuk di baca sementara melayan mata untuk tidur. Terjumpa buku yang sudah di beli tetapi masih berbungkus, belum di baca …
Alhamdulillah, terima kasih ya Allah kerana mengizinkan I baca buku ini sementara masih ada hayat dikandung badan (jika tidak, warislah yang memperolehi manfaatnya)
I rasa macam nak share sedikit intipati daripada buku “Tuhan, maaf, kami sedang sibuk”. Maka, hari ini ticer nak buat sedutan daripada ringkasan tersebut …
Allah, kami ini
benar-benar sibuk, sehinggakan kami tidak ada masa untuk-Mu. Allah, harap
maklum, kami – hamba-hambaMu yang begitu banyak rutin harian sehingga kami
susah untuk mengatur jadual untuk mengadapMu.
Allah, kami sangat
sibuk. Jangankan berjemaah, malah solat sendirian juga kami tangguh-tangguhkan.
Jangan Rawatib dan Tahajud malah, kewajipan lima waktu sahaja sudah sangat
memberatkan kami.
Allah, maaf – kami
sedang sibuk. Memang kami takut neraka, tetapi kami masih kesulitan
masa untuk mengerjakan amalan yang dapat menjauhkan kami dari NerakaMu.
Allah, maaf – kami
orang-orang yang sibuk. Kami memang mengharapkan Syurga, tetapi kami belum ada
waktu untuk mencari bekal menuju SyurgaMu.
Dulu, masa mula-mula menjinak-jinakan kaki di Kemensah untuk belajar, bila ustaz tanya tentang homework. I selalu sahaja beralasan, maklumlah orang berjawatan dan aktif pula dengan NGO.
Ustaz bolehlah buat macam-macam dia takde kerja, kan?
dan,yang I nak cerita ialah,
senyum sinis ustaz - dia tidak kata apa-apa.
Hari ini, I jadi cikgu ... bila students bagi alasan tak buat homework, tidak buat assignments.
I rasa macam tak cukup mulut I nak bagi tau betapa semua-muanya yang dia buat kat luar itu adalah main-mainan sahaja.
Tak seberat kepak seekor nyamuk pun jika dibandingkan dengan apa yang sebenar-benarnya Allah perintahkan
Tapi ...inilah dunia, inilah manusia (I juga) - kita tidak boleh paksa.
Dan I, I mesti sabar & baik sangka seperti biasa. Sebab inilah ujian untuk I, special delivery ...
Ampun ya Allah (untuk ustaz kita hadiahkan doa & fatihah)
Jadi cikgu ni, kita harap dengan kata-kata kita sahaja cukuplah untuk student ini nampak betapa lumayannya Ibadah yang benar dan tepat. takde baking powder, takde sugar coated.
Tetapi amal kepada ilmu itu hanya akan menjadi dengan 'hidayah' dan cikgu-cikgu tidak ada free pass of Hidayah untuk murid-muridnya.
Itulah, bila cikgu itu duduk berdoa,
disebutnya satu per satu nama anak-anak muridnya kerana kasih dan sayangnya, sebab itulah sahaja keupayaan seorang cikgu.
Masa I jadi murid, I ni pun degil juga. Keras kepala.
Sudahlah begitu, rajin pula memandai-mandai.
Ampun ya Ustaz!
I ingat dengan doa dari orang tua itu jugalah yang mendewasa dan memandaikan I sampai ke hari ini. Dulu I selalu minta dia doakan I untuk jadi baik ...
Betapa anehnya orang yang enggan masuk SYURGA. Lebih aneh lagi, orang itu ialah KITA!
Terdapat sebuah hadits yang diriwayatkan dari sahabat Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu , bahwa Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
“Setiap umatku akan masuk surga, kecuali orang-orang yang enggan untuk
memasukinya”. Ada seseorang yang bertanya, siapakah orang yang enggan tersebut
wahai Rasulullah? Beliau bersabda, “Barangsiapa mentaatiku akan masuk surga,
barangsiapa tidak taat kepadaku sungguh dia orang yang enggan masuk surga“ enggan
memasukinya.
ü
Betapa seringnya kau sibuk mencantikkan wajahmu.
Tetapi kau lupa untuk mencantikkan
jiwamu
ü
Tiap hari menghitung harta
Hingga kau lupa menghitung dosa
ü
Betapa risau dirimu tentang masa depan
Namun mudah lupa tantang kematian
ü
Betapa kau mencintai dunia
Hingga lupa bahawa semuanya sementara
Comments
Post a Comment