Skip to main content

doa - ibadah yang keliru 1

Bismillah

Banyak perkara yang terjadi ... 
kadang-kadang menurut kehendak kita. Molek sepertimana yang kita perihalkan dalam doa … tetapi banyak juga yang tidak kita ingini. Yang tidak kita sukai. 
Malah ada juga yang menyedihkan, kita rasa kecewa dan sakit hati.
Tetapi, selepas beberapa waktu kita melihat bahawa perkara yang 'berat' pada pandangan kita itu juga membawa kepada kesudahan yang baik …

Kita kata kita percaya bahawa Allah itu Maha Mengetahui, kita maklum bahawa Allah itu Maha Penyayang serta Maha Pengasihani … 

Kita mengaku bahawa kita ini hamba yang Redha 

tetapi ...
pada masa yang sama, kita masih duduk lama selepas solat mendetailkan satu per satu permintaan kita seolah-olah kita khuartir kalau-kalau Allah terlepas pandang apa yang baik untuk kita. 

Takut Allah lupa nak bekalkan rezeki untuk kita …

Bukan I anti doa, 
berdoalah.

Rasulullah SAW pun berdoa juga … tapi janganlah lagi lama doa dari solat.

I pun tau juga bahawa doa itu adalah salah satu daripada cabang ibadah dan I ini pun antara orang-orang yang sangat suka berdoa.

I ajar student2 berdoa sepanjang masa. Nampak panas; doa. Nampak mendung, doa juga. Bila hujan memang dah ada doa yang Rasulullah SAW ajar.
Sedih, kita berdoa. Gembira – lebih2lah lagi kita berdoa. Kena marah dengan boss, kita doa. Buat salah … haa, doalah banyak2.

Pendek kata 24 jam sehari untuk hayat ini selagi tidak tidur, berdoa sahajalah … (orang yang pandai, tidur pun jadi ibadah)

Waktu bekerja kita undur diri 10 atau 15 minit untuk solat cukuplah. Kemudian segera bertebaran untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab. 

Berdoa ini pada I adalah perkara ringan ...
Sambil pakai tudung boleh berdoa, pakai kasut masih berdoa. Sambil lenggang kangkung ke pejabat pun doa jugalah.

I bukan memperlekehkan orang yang berdoa ... tetapi jika you duduk lama2 atas sejadah dalam waktu bekerja, nampak macam tidak berapa bijak kerana memandang berat perkara yang ringan. 

Bekerja waktu, WAJIB bekerja!

Berdoa ini bukan semestinya di sejadah dan dalam bertelekung sahaja. Memang baik jika kita berwuduk dan menutup aurat semasa berdoa … kenapa you rasa doa you tak power masa you bekerja? Atau sambil berjalan

Atau … (ampun) you tidak menutup aurat semasa bekerja?

Ish Ish Ish … kenapa?

Sekali lagi I katakan bahawa I ini bukan anti berdoa, malah Aisyah r.a. berpesan bila nak pasang tali kasut pun berdoalah.

I suka nak share time power nak berdoa, 
iaitu antara pukul 3.30 pagi sehingga 5.00 pagi. Confirm, tak ambil masa sesiapa, bukan masa majikan, bukan masa suami, bukan masa untuk anak2. Masa ni kita punya. tak ada istilah mencuri masa. 

haaa ...  mengadu dan meninta dengan Allah SWT

Allah SWT sudah berjanji Dia turun di langit terendah untuk mendengar kepada semua permintaan doa. 

Jika kita ini bersungguh2 hendak meminta, ada berhajat tetapi tidak bangun untuk tahajud. 
adakah, kerana masa itu tidak convenient untuk kita, atau kita sebenarnya tidaklah berhajat sangat. mana2lah tepuk dada tanya selera!

dan kalau hendak berwirid, 
yang power adalah selepas subuh hingga naik matahari dan kita tutup dengandua rakaat solat. masa itu pun selalunya kita free ... cuba buat masa hari2 bercuti. sebab Rasulullah SAW berjanji - haji dan Umrah, Haji dan Umrah, Haji dan Umrah*

saya mohon mencadang baca doa ini selepas solat

“Cukuplah Allah untuk kami dan Dia sebaik-baik pengurus”  (3:173)

pendek dan ringkas

Allah melapangkan, yang sempit. Meluruskan yang kusut, menambah apa yang sedikit. Mengasihi. Merahmati. Mencukupkan. Allah Maha mengetahui … cukuplah Allah.
ya, cukuplah Allah.

sekian.


*From Anas bin Malik, may Allah be pleased with him, who said:  “The Messenger of Allah, sallallahu `alayhi wa sallam, said:  ‘Whoever prays the morning prayer in congregation then sits remembering Allah until the sun rises, then prays two units of prayer has the reward like that of Hajj and `Umrah.’”  He said, “Allah’s Messenger, sallallahu `alayhi wa sallam, said: ‘Complete, complete, complete (i.e. reward)’” (narrated by Tirmidhi).


Comments

Popular posts from this blog

Amalan setiap malam sebelum tidur, Surah Al Mulk

Bismillah Lama, I duduk diam. Perhati dan berfikir. Antara dua perkara yang Allah suka jika kita amalkan tetapi kebanyakan kita tak suka buat … lama, I duduk diam dan relate (mengaitkan) perkara2 yang   lalu lintas pada pendengaran, penglihatan dan hati dengan Al Quran dan vice versa – iaitu, Al Quran dengan apa2 yang di alami melalui pancaindera. Kebanyakan orang sudah tidak biasa, duduk diam dan merasa, merasa dan relate. Relate dan mengambil pengajaran. Cikgu I kata, “keep the lesson …” Kebanyakkan kita secepat merasa itulah akan berkata2.   Sangat cepat nak kongsi pendapat dan tekan butang ‘send’. Dunia sekarang semua orang suka berpendapat, cepat bereaksi   dan sangat suka mengulas … bahaya ! dan I, sejak I belajar tadabbur dan tazzakur ini. I buat tadabbur satu persatu, I tazzakur pula perlahan2 dan tidak publish. Sebab tujuan utama kita bertadabbur dan tazzakur ini ialah untuk beramal dengan ayat2 Al Quran.  Bila beramal pula buka...

Surah An Naba

Surah ini adalah hadiah daripada seorang kekasih.  Saya ini terbiasa -  antaranya, bila memulakan kata-kata, I akan sebut ‘uhm …’ besar kemungkinan kerana I sedang mengarang ayat sebelum menyatakannya atau mungkin I saja nak berkata-kata sedangkan belum betul pasti apa yang hendak I katakan. Katanya, adalah lebih baik sekiranya I sambung sedikit lagi menjadikannya ayat pertama Surah An Naba, sekurang-kurangnya I boleh memanfaatkan diri dengan pembacaan ayat-ayat Al Quran … Sebenarnya, dia tidak menghadiahkan surah ini secara fizikal tetapi oleh kerana dia sentiasa menyambut setiap kali I menyebut ‘uhm’ dengan membacakan ayat pertama Surah An Naba. maka, terbiasalah I teringatkannya bila menyebut 'uhm' walaupun dia sudah tidak lagi bersama! Tetapi oleh kerana I ni selalunya melihat bahawa tidak akan bergerak satu zarah tanpa Izin Allah, dan sebagai orang yang sentiasa meminta daripada Allah, kita hendaklah sentiasa menadah tangan untuk menerima apa yang Alla...

melukut di tepi gantang

Hari ini terasa nak guna peribahasa ‘melukut di tepi gantang’ I tahu maksudnya, samalah seperti kata orang ‘masuk tak penuh, keluar pula tak luak’ orang sekarang kata ‘terlebih sudu’ maksudnya; tidak diperlukan tapi sebelum I gunakan peribahasa itu, I terfikir apakah ‘melukut’ ?  kita ni kadang2 sedap bercakap sahaja tetapi tidak periksa apakah yang kita perkatakan. Ustaz I kata, setiap butir perkataan kita itu direkodkan dan kita akan ditanya di Mahsyar kelak tentang semua  yang kita perkatakan. Bukan hadis dan Al Quran sahaja yang kita nak kena verify … semua kata-kata pun bagi orang yang mengaku beriman, nak kena jaga. I kenal ‘gantang’. Gantang adalah ukuran capacity 4 cupak iaitu lebih kurang 3kg. Beras kalau 3 kilo bagi I banyak, sebab I beli beras sekilo sahaja dan boleh bertahan 2 bulan. Maksudnya mewahlah ukuran gantang itu. I pun google search maksud ‘melukut’ … Ampun ya Allah Melukut ini maksudnya ‘ broken rice grain’ , beras hancu...