Skip to main content

Al Quran di hatiku


Alhamdulillah - 
Seminar ini, kali ini di Johor pula. 

Bila orang sibuk membuat kebaikan, I suka menumpang. maka, untuk seminar ini kerja I ialah mendaftarkan penyertaan orang ramai yang berminat untuk mengikutinya. 


'Uthman bin 'Affan (May Allah be pleased with him) reported:
The Messenger of Allah (ﷺ) said, "The best amongst you is the one who learns the Qur'an and teaches it."

[Al-Bukhari].

Ini mungkin, bukan seminar yang terbaik untuk belajar Al Quran tetapi perjuangan untuk menghidupkan Al Quran supaya bertahta semula di hati masyarakat pada pendapat I adalah pekerjaan yang mulia. 

Dewasa ini, bila bercakap ... I perasan. Kita berpendapat, kita mencadang, kita merancang tetapi jarang2 I dengar pendapat, cadangan dan rancangan ini merujuk dan bersandar kepada Al Quran. 

Sebab
selalunya kita baca Al Quran tanpa memahaminya. Kita cepat nak khatam, terutama bila bulan Ramadan. Kita leka membetulkan lagu bacaan supaya lunak didengar orang (memang semua itu ada kebaikannya) - tetapi selalunya kita tidak sempat mengetahui tafsiran Al Quran. 

Bukan semua orang faham bahasa Arab tetapi itu tidak boleh dijadikan alasan untuk tidak memahami Al Quran. 

Bila ada seruan kepada kebaikan, jadilah sebahagian daripadanya. Tak reti baca Quran, tolong siapkan tempat untuk orang mengaji pun dapat juga pahala kan ...

Kali ini, kerja I cuma tolong daftarkan peserta. 
bunyi macam mudah (ok, bandingkan dengan kerja orang lain - jauhlah mudahnya kerja I). kerenah mendaftarkan 1000 penyertaan ini - alhamdulillah.
Tiba-tiba telefon yang jarang2 berbunyi itu sudah ligat. Maklum orang dah pencen. Bateri pun setengah hari sudah meleset ... nak kena sediakan power bank.


Ada kes, mula-mula cikgu ni hantar 36 orang - lusa dia message pula tidak dapat bawa pelajar seramai itu sebab guru ada tugasan lain. Ada yang hantar 4 nama, esok dua keluarkan 2. lusa tambah 1 lagi. 

I ni melayan sahaja ... nasib baik itu sahajalah kerja I. 
Best bila dia dah daftar dengan kumpulan A. nanti I jumpa nama dia lagi di group B.
Ada juga kawan yang suka2 dah daftar online, dia daftar lagi manually kat I. kelakar.


Banyak-banyak yang I kena layan, 
hiburan kepada I - ialah ucapan terima kasih daripada peserta dan yang daftarkan, I happy sebab dapat tolong orang nak belajar Al Quran.

Doa I, orang-orang ini nanti akan menggerakkan rumah-rumah ngaji di Negeri Johor. Orang-orang kat Johor ni memang suka mengaji cuma kita hendak menjadikan Al Quran ini gaya hidup kita ... . 


Esok I nak balik Johor.
Jadi orang Johor semula untuk program Cordobana dan sehingga selesai program Al Quran di hati ku 27 Februari ini. 

Cari I eh ... pengusaha rumah ngaji akan berjubah putih dan tudung pink hari itu. senang nak kenal.

Terima kasih ya Allah.






Comments

Popular posts from this blog

Amalan setiap malam sebelum tidur, Surah Al Mulk

Bismillah Lama, I duduk diam. Perhati dan berfikir. Antara dua perkara yang Allah suka jika kita amalkan tetapi kebanyakan kita tak suka buat … lama, I duduk diam dan relate (mengaitkan) perkara2 yang   lalu lintas pada pendengaran, penglihatan dan hati dengan Al Quran dan vice versa – iaitu, Al Quran dengan apa2 yang di alami melalui pancaindera. Kebanyakan orang sudah tidak biasa, duduk diam dan merasa, merasa dan relate. Relate dan mengambil pengajaran. Cikgu I kata, “keep the lesson …” Kebanyakkan kita secepat merasa itulah akan berkata2.   Sangat cepat nak kongsi pendapat dan tekan butang ‘send’. Dunia sekarang semua orang suka berpendapat, cepat bereaksi   dan sangat suka mengulas … bahaya ! dan I, sejak I belajar tadabbur dan tazzakur ini. I buat tadabbur satu persatu, I tazzakur pula perlahan2 dan tidak publish. Sebab tujuan utama kita bertadabbur dan tazzakur ini ialah untuk beramal dengan ayat2 Al Quran.  Bila beramal pula buka...

Surah An Naba

Surah ini adalah hadiah daripada seorang kekasih.  Saya ini terbiasa -  antaranya, bila memulakan kata-kata, I akan sebut ‘uhm …’ besar kemungkinan kerana I sedang mengarang ayat sebelum menyatakannya atau mungkin I saja nak berkata-kata sedangkan belum betul pasti apa yang hendak I katakan. Katanya, adalah lebih baik sekiranya I sambung sedikit lagi menjadikannya ayat pertama Surah An Naba, sekurang-kurangnya I boleh memanfaatkan diri dengan pembacaan ayat-ayat Al Quran … Sebenarnya, dia tidak menghadiahkan surah ini secara fizikal tetapi oleh kerana dia sentiasa menyambut setiap kali I menyebut ‘uhm’ dengan membacakan ayat pertama Surah An Naba. maka, terbiasalah I teringatkannya bila menyebut 'uhm' walaupun dia sudah tidak lagi bersama! Tetapi oleh kerana I ni selalunya melihat bahawa tidak akan bergerak satu zarah tanpa Izin Allah, dan sebagai orang yang sentiasa meminta daripada Allah, kita hendaklah sentiasa menadah tangan untuk menerima apa yang Alla...

melukut di tepi gantang

Hari ini terasa nak guna peribahasa ‘melukut di tepi gantang’ I tahu maksudnya, samalah seperti kata orang ‘masuk tak penuh, keluar pula tak luak’ orang sekarang kata ‘terlebih sudu’ maksudnya; tidak diperlukan tapi sebelum I gunakan peribahasa itu, I terfikir apakah ‘melukut’ ?  kita ni kadang2 sedap bercakap sahaja tetapi tidak periksa apakah yang kita perkatakan. Ustaz I kata, setiap butir perkataan kita itu direkodkan dan kita akan ditanya di Mahsyar kelak tentang semua  yang kita perkatakan. Bukan hadis dan Al Quran sahaja yang kita nak kena verify … semua kata-kata pun bagi orang yang mengaku beriman, nak kena jaga. I kenal ‘gantang’. Gantang adalah ukuran capacity 4 cupak iaitu lebih kurang 3kg. Beras kalau 3 kilo bagi I banyak, sebab I beli beras sekilo sahaja dan boleh bertahan 2 bulan. Maksudnya mewahlah ukuran gantang itu. I pun google search maksud ‘melukut’ … Ampun ya Allah Melukut ini maksudnya ‘ broken rice grain’ , beras hancu...