Skip to main content

Posts

Showing posts from 2016

menghidupkan sunnah

Bismillah Pagi itu Marieah telefon, biasa perjalanan ke pejabat adalah waktu yang I berebut-rebut antara doa pagi dan panggilan telefon samada daripada Marieah dan Ibrahim. Kadang-kadang I wonder juga macamanalah orang lain sempat nak melayan radio semasa memandu … I sibuk! Ok, balik kepada cerita asal; Marieah telefon, katanya kebiasaan di surau asrama tirai antara bahagian lelaki dan perempuan akan di buka. So, maghrib yang berkenaan dia solat di bahagian hadapan maka di melihatkan pelajar lelaki yang masbuk di bahagian belakang. Dia perasan bahawa ramai antara pelajar2 yang duduk antara dua sujud dan takbir cara yang tidak sunnah, kemudian dia terfikir ‘apakah mak2 mereka ini tidak menunjuk cara solat yang betul?’ I tanya anak yang manis itu, apakah ibunya mengajar dia cara yang betul Alhamdulillah, dia jawab “mummy ada ajar …” lapanglah sikit dada I. I kata, ucapkanlah Alhamdulillah kerana Allah SWT bagi you ibu yang ada ilmu. Ye lah … jika kurang tepat ...

doa - ibadah yang keliru 1

Bismillah Banyak perkara yang terjadi ...  kadang-kadang menurut kehendak kita. Molek sepertimana yang kita perihalkan dalam doa … tetapi banyak juga yang tidak kita ingini. Yang tidak kita sukai.  Malah ada juga yang menyedihkan, kita rasa kecewa dan sakit hati. Tetapi, selepas beberapa waktu kita melihat bahawa perkara yang 'berat' pada pandangan kita itu juga membawa kepada kesudahan yang baik … Kita kata kita percaya bahawa Allah itu Maha Mengetahui, kita maklum bahawa Allah itu Maha Penyayang serta Maha Pengasihani …  Kita mengaku bahawa kita ini hamba yang Redha  tetapi ... pada masa yang sama, kita masih duduk lama selepas solat mendetailkan satu per satu permintaan kita seolah-olah kita khuartir kalau-kalau Allah terlepas pandang apa yang baik untuk kita.  Takut Allah lupa nak bekalkan rezeki untuk kita … Bukan I anti doa,  berdoalah. Rasulullah SAW pun berdoa juga … tapi janganlah lagi lama doa dari solat. I ...

kelebihan solat sunat sebelum dan selepas zohor

Bismillah Soalan; Siapa nak masuk syurga? Jika I dalam classroom, tentulah semua pelajar akan angkat tangan kecuali jika dia tertidur (orang yang diluar sedar, kita kecualikan daripada kira-kira) Soalan lagi; Jika dimaklumkan sesiapa yang masukkan RM10 dalam tabung ini setiap hari – akan masuk syurga. You ingat, siapa yang tidak akan melakukannya? Kita dah 40 tahun,  rasanya kita akan hidup paling lama pun lagi 50 tahun.  Kira-kira kasarnya, kita perlu menabung hanya sejumlah RM3,650.00 setahun, separuh daripada itu adalah harga handphone yang kita tukar setiap tahun untuk masuk syurga – apa ada hal, kann Kita belanja untuk perkara yang tidak berfaedah kadang2 lebih daripada RM10 sehari, dan – kalau you merokok, you bazir duit lebih daripada itu hanya untuk ‘asap’ sahaja pun. Ish! Ish! Ish! Okay … itu duit, ada nilainya. jika Rasulullah SAW,  nabi besar junjungan kita. Yang kita sayang. Yang kita percaya. Yang kita beriman ...

nak jadi golongan yang sedikit, orang yang asing ...

Bismillah … I pernah dengar cerita tentang doa seorang pemuda semasa zaman Khalifah Saidina Umar Al Khatab – tentang doanya untuk dimasukkan dalam golongan yang sedikit … Selalu juga bila kita selak-selak dan terjumpa ayat tentang ‘kebanyakan’ di dalam Al Quran. I pun selalu juga menyebut-nyebut betapa takutnya jika termasuk dalam golongan yang ‘kebanyakan’ dan sejak ada pengetahuan untuk mencari ayat menggunakan root word maka pada petang  Jumaat yang berbahagia I pun cubalah mengkaji … Untuk pengetahuan you,  ada 167 ayat daripada 6324 ayat dalam Al Quran itu menyebut hal “banyak” dan apabila I tapis sekali lalu I dapati 88 ayat yang memperkatakan tentang golongan yang banyak ini.  Lebih daripada 1% daripada Naskah yang setebal 604 mukasurat itu. Hal puasa di bulan Ramadan yang menjadi amalan penting dalam hidup kita ini di sebut hanya sekali dalam Al Quran maka, sudah tentulah perkara yang disebut 88 sangat memerlukan perhatian kita kann ... k...

Sakit dan Ubat

Bismillah Alarm berbunyi … suara cik’zu (alarm sound ialah rakaman nyanyian Zulaika, anak Ain) menceriakan pagi yang masih gelap. I terdaya untuk senyapkan alarm tetapi tiada upaya untuk bangun. Satu badan terasa letih, macamlah semalam mendaki gunung.  Teringat pula pengalaman mendaki gunung … bila pagi tak boleh nak gerakkan kaki dan tangan (ha ha ha …) OK hari ini saya sakit. Ampun ya Allah …. Sedih betul bila tidak larat untuk subuh di masjid. Memanglah belum ke tahap merangkak tetapi nak berjalan ke kereta pun rasa macam tak terdaya. Ampun ya Allah I mengambil masa yang sangat lama untuk mandi, ialah … maklum, bila sakit kita rasakan inilah kali terakhir kita mandi sendiri, lepas ni orang lain pula yang mandikan I. Teringat pula hari Jumaat sebelum ini tak sempat nak potong kuku, hari ini hari Isnin – taknak lah pula meninggal dengan kuku yang tidak kemas. Ampun ya Allah Selepas subuh I baring lagi di atas katil. Hantar message kepada boss, mengataka...

doa untuk kaya raya

Bismillah Hari ini breakfast dengan boss, boss belanja secawan susu kambing (terlebih manis) sepatutnya lazat dan menyehatkan tetapi adik manis di gerai air itu berpendapat susu lebih sedap bila dicampur gula – Ampun! … ini membuatkan I masih kuat berpendapat adalah tidak patut ‘beli’ minuman di kedai. Kita bicara tentang kemurahan rezeki … Boss risaukan duit yang tak pernah cukup, bagaimana pula hendak menguruskan kekayaan. I ingat, I nak tanya satu soalan; “ sejak bila duit ini cukup? ” Contoh yang tidak jauh daripada kita sangat jelas bagaimana orang kaya hutangnya besar juga. Sepatutnya bahagialah kita yang tidak cukup2 modal tetapi tidak berhutang di sana sini kecuali rumah dan kereta. Sebelum I nak mengajar orang tentang teknik berdoa atau ‘money magnet’ , I suka juga nak tahu tentang kesungguhan kita kepada kehendak kita. Contoh; katalah kita nak minta sesuatu pada mak kita (dulu). Bukankah mengikut logic akal kita akan pada sedikit masa sebelum menganj...

Al Quraish

Bismillah masih basah dalam ingatan – seminggu yang lalu, beramai-ramai mengikuti program Quran Hour di Masjid Sultan Iskandar di Bandar Dato Onn.  Cantiknya masjid .. walaupun hanya duduk dikaki lima (sebab masjid penuh) tetap terasa kemegahan tersergamnya masjid tersebut. Tetapi yang sangat berkesan pada hati ialah surah Al Quraish (106) yang dihuraikan pagi itu. Sebelum ini sudah beratus kali surah ini di baca malah mungkin mencapai bilangan ribu selama kehidupan setengah abad ini.  Pagi itu, surah yang mengandungi empat ayat sahaja itu transform menjadi sekuntum bunga yang mekar, merah dan mewangi. Pulang daripada Masjid Sultan Iskandar pagi itu, I menjadi hamba yang lebih baik lagi.  Cuba you baca surah itu,  mungkin you boleh menghabiskan satu surah itu senafas – mudah dan mesra sahaja surah ini pada naluri kita kan, kann. Satu, kelebihan Juz Ammar ini ialah ringan pada sebutan – kerana itulah yang sebenarnya kehendak Allah SWT untu...

Kehebatan 'Bismillah'

Bismillah Hari ini, suasana di Pejabat – senyap. Berpatutan bila bekerja di antara cuti. Semalam cuti Hari Kemerdekaan dan esok pula hujung minggu. Ramai yang mengambil peluang untuk bercuti panjang. I menjangkakan hari ini I akan sempat menulis surat untuk Marieah (my daughter). Orang yang terlalu rindukan I, terlalu perlukan kata-kata yang baik, maklum dia sedang menduduki trial untuk SPM. Hari ini Add Math. Pukul 9, sementara rupa wajah Aziz belum kelihatan. Boss sudah telefon daripada kampong halaman (dia, cuti). Ada ‘event’ dan dewan belum siap. ish ish ish … hari itu kata tak comfirm, hari ini jadi lah pula! kita pun mulakan dengan ‘ bismillah …’ (breakfast on hold).  I perasan bahawa I kini sudah bertambah tenang. ‘orang’ memang senang nak panic sebab bila kita merancang kita HENDAK rancangan kita berjalan lancar seperti yang kita perihalkan dalam doa kita selepas solat subuh tadi. Especially bab kerja, sebab kita percaya ini adalah kerjaya kita dan Al...

Al Kauthar 108: 2

Bismillah Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur).   Surah Al Kauthar 108:2 hari ini I akan bercakap tentang isu ‘ibadah korban’ Peringatan untuk  diri sendiri, yang selama ini ikut sukahati nak buat atau taknak melaksanakan ibadah korban.  bila menjelang aidil adha – bila di ajak kawan2 atau adik beradik, atau mak … I ambil ringan. Jika waktu di war2kan isu korban, I akan tengok apa yang ada dalam saku. I ambillah satu bahagian. Selalunya I ini mencukupkan bilang. Ada satu bahagian kurang, I suka dan relalah mencukupkannya.  Atas alasan, kesian. I suka hendak meringankan orang2 lain yang bersungguh2 hendak melakukan ibadah.  I berkorban, bukan sebab nak berkorban …  Ampun ya Allah. RUGI! RUGI! RUGI! Sedikitnya ilmu selama ini, I tidak merasakan itu kewajiban diri … hari ini, bila memikirkannya I pun ‘hilang punca’ mengapakan I lalai.  Walaupun sebe...