Skip to main content

Sakit dan Ubat

Bismillah
Alarm berbunyi … suara cik’zu (alarm sound ialah rakaman nyanyian Zulaika, anak Ain) menceriakan pagi yang masih gelap. I terdaya untuk senyapkan alarm tetapi tiada upaya untuk bangun. Satu badan terasa letih, macamlah semalam mendaki gunung. 
Teringat pula pengalaman mendaki gunung … bila pagi tak boleh nak gerakkan kaki dan tangan (ha ha ha …)

OK hari ini saya sakit.

Ampun ya Allah ….
Sedih betul bila tidak larat untuk subuh di masjid. Memanglah belum ke tahap merangkak tetapi nak berjalan ke kereta pun rasa macam tak terdaya.

Ampun ya Allah
I mengambil masa yang sangat lama untuk mandi, ialah … maklum, bila sakit kita rasakan inilah kali terakhir kita mandi sendiri, lepas ni orang lain pula yang mandikan I. Teringat pula hari Jumaat sebelum ini tak sempat nak potong kuku, hari ini hari Isnin – taknak lah pula meninggal dengan kuku yang tidak kemas.

Ampun ya Allah
Selepas subuh I baring lagi di atas katil.
Hantar message kepada boss, mengatakan yang I tidak sihat. FYI sekarang saya bekerja, bila sakit kenalah I adakan bukti sakit – nak ambil MC. Nak pergi klinik … Lawatan ke klinik ini memang bukan kegemaran lebih2 lagi bila sakit.
Selalunya dulu, jika sakit I cuma telefon Dr Rashid. Tanya dia sikit lebih kurang dan rehat sahaja di rumah dan minum air banyak2.
Di rumah paracetamol ada, ubat migraine pun ada. Selalunya kita hanya perlukan rehat untuk merawat sakit kannn …

Jika nak ke klinik pun I kena bersiap,
bila dah pakai baju, pakai bedak baik pergi office sahaja lah. Lagi pun ada beberapa report yang I perlu siapkan, tak payahlah turun naik, turun naik untuk tengokkan event.
Doakan event berjalan lancar – doa orang sakit kan bagus!

Bila sakit,
I cuma perlukan sedikit kasih sayang dan happiness.

Happiness SEGERA; 
kita boleh dapatkan di McDonald’s;
McDonald’s ada Fish Filet yang boleh mengembirakan I, dan ada apple pie juga.
Alhamdulillah mudahnya mencapai bahagia.

Happiness SEBENAR;
hadis Rasulullah SAW
“Tidaklah seorang muslim tertimpa suatu penyakit dan sejenisnya melainkan Allah akan menggugurkan bersamnya dosa-dosanya seperti pohon yang menggugurkan daun-daunnya”

 – Hadis Riwayat Bukhari 5660
Dan
“Tidaklah seorang muslim ditimpa keletihan, penyakit, kesusahan, kesedihan, gangguan hingga duri yang menusuknya melainkan Allah akan menghapuskan sebagian dari kesalahan2nya”

– Hadis Riwayat Bukhari 2641

Dan sebagai ubat;
Sebelum kita ke doctor pagi ini – kita bacalah surah Al Ikhlas, Surah Al Falaq dan Surah An Nas seperti yang di ajarkan oleh Rasulullah SAW

Okay, sekarang I juga doakan supaya I dan kawan-kawan dan semua orang kekal dalam iman, sihat walafiat, sejahtera, bahagia dan kaya raya! Amin ya Allah  
Ini doa orang yang sakit ni, jom Amin kan …




Rujukan;

Narrated `Abdullah bin Mas`ud:
I visited Allah's Messenger () while he was suffering from a high fever. I touched him with my hand and said, "O Allah's Messenger ()! You have a high fever." Allah's Messenger () said, "Yes, I have as much fever as two men of you have." I said, "Is it because you will get a double reward?" Allah's Messenger () said, "Yes, no Muslim is afflicted with harm because of sickness or some other inconvenience, but that Allah will remove his sins for him as a tree sheds its leaves."
Sahih al-Bukhari 5660

Narrated Abu Sa`id Al-Khudri and Abu Huraira: 
The Prophet () said, "No fatigue, nor disease, nor sorrow, nor sadness, nor hurt, nor distress befalls a Muslim, even if it were the prick he receives from a thorn, but that Allah expiates some of his sins for that."
Sahih al-Bukhari 5641, 5642

Narrated 'Aisha:
Whenever Allah's Apostle went to bed, he used to recite Surat-al-Ikhlas, Surat-al-Falaq and Surat-an-Nas and then blow on his palms and pass them over his face and those parts of his body that his hands could reach. And when he fell ill, he used to order me to do like that for him.

Comments

Popular posts from this blog

Amalan setiap malam sebelum tidur, Surah Al Mulk

Bismillah Lama, I duduk diam. Perhati dan berfikir. Antara dua perkara yang Allah suka jika kita amalkan tetapi kebanyakan kita tak suka buat … lama, I duduk diam dan relate (mengaitkan) perkara2 yang   lalu lintas pada pendengaran, penglihatan dan hati dengan Al Quran dan vice versa – iaitu, Al Quran dengan apa2 yang di alami melalui pancaindera. Kebanyakan orang sudah tidak biasa, duduk diam dan merasa, merasa dan relate. Relate dan mengambil pengajaran. Cikgu I kata, “keep the lesson …” Kebanyakkan kita secepat merasa itulah akan berkata2.   Sangat cepat nak kongsi pendapat dan tekan butang ‘send’. Dunia sekarang semua orang suka berpendapat, cepat bereaksi   dan sangat suka mengulas … bahaya ! dan I, sejak I belajar tadabbur dan tazzakur ini. I buat tadabbur satu persatu, I tazzakur pula perlahan2 dan tidak publish. Sebab tujuan utama kita bertadabbur dan tazzakur ini ialah untuk beramal dengan ayat2 Al Quran.  Bila beramal pula buka...

Surah An Naba

Surah ini adalah hadiah daripada seorang kekasih.  Saya ini terbiasa -  antaranya, bila memulakan kata-kata, I akan sebut ‘uhm …’ besar kemungkinan kerana I sedang mengarang ayat sebelum menyatakannya atau mungkin I saja nak berkata-kata sedangkan belum betul pasti apa yang hendak I katakan. Katanya, adalah lebih baik sekiranya I sambung sedikit lagi menjadikannya ayat pertama Surah An Naba, sekurang-kurangnya I boleh memanfaatkan diri dengan pembacaan ayat-ayat Al Quran … Sebenarnya, dia tidak menghadiahkan surah ini secara fizikal tetapi oleh kerana dia sentiasa menyambut setiap kali I menyebut ‘uhm’ dengan membacakan ayat pertama Surah An Naba. maka, terbiasalah I teringatkannya bila menyebut 'uhm' walaupun dia sudah tidak lagi bersama! Tetapi oleh kerana I ni selalunya melihat bahawa tidak akan bergerak satu zarah tanpa Izin Allah, dan sebagai orang yang sentiasa meminta daripada Allah, kita hendaklah sentiasa menadah tangan untuk menerima apa yang Alla...

melukut di tepi gantang

Hari ini terasa nak guna peribahasa ‘melukut di tepi gantang’ I tahu maksudnya, samalah seperti kata orang ‘masuk tak penuh, keluar pula tak luak’ orang sekarang kata ‘terlebih sudu’ maksudnya; tidak diperlukan tapi sebelum I gunakan peribahasa itu, I terfikir apakah ‘melukut’ ?  kita ni kadang2 sedap bercakap sahaja tetapi tidak periksa apakah yang kita perkatakan. Ustaz I kata, setiap butir perkataan kita itu direkodkan dan kita akan ditanya di Mahsyar kelak tentang semua  yang kita perkatakan. Bukan hadis dan Al Quran sahaja yang kita nak kena verify … semua kata-kata pun bagi orang yang mengaku beriman, nak kena jaga. I kenal ‘gantang’. Gantang adalah ukuran capacity 4 cupak iaitu lebih kurang 3kg. Beras kalau 3 kilo bagi I banyak, sebab I beli beras sekilo sahaja dan boleh bertahan 2 bulan. Maksudnya mewahlah ukuran gantang itu. I pun google search maksud ‘melukut’ … Ampun ya Allah Melukut ini maksudnya ‘ broken rice grain’ , beras hancu...