Skip to main content

nak jadi golongan yang sedikit, orang yang asing ...

Bismillah …

I pernah dengar cerita tentang doa seorang pemuda semasa zaman Khalifah Saidina Umar Al Khatab – tentang doanya untuk dimasukkan dalam golongan yang sedikit …

Selalu juga bila kita selak-selak dan terjumpa ayat tentang ‘kebanyakan’ di dalam Al Quran. I pun selalu juga menyebut-nyebut betapa takutnya jika termasuk dalam golongan yang ‘kebanyakan’ dan sejak ada pengetahuan untuk mencari ayat menggunakan root word maka pada petang  Jumaat yang berbahagia I pun cubalah mengkaji …

Untuk pengetahuan you, 

ada 167 ayat daripada 6324 ayat dalam Al Quran itu menyebut hal “banyak” dan apabila I tapis sekali lalu I dapati 88 ayat yang memperkatakan tentang golongan yang banyak ini. 

Lebih daripada 1% daripada Naskah yang setebal 604 mukasurat itu.

Hal puasa di bulan Ramadan yang menjadi amalan penting dalam hidup kita ini di sebut hanya sekali dalam Al Quran maka, sudah tentulah perkara yang disebut 88 sangat memerlukan perhatian kita kann ...

kebanyakan mereka tidak beriman
(2:100, 12:103, 12:106, 13:1, 17:89, 26:8, 26:67, 26:103, 26:121, 26:139, 26:158, 26:174, 26:190, 30:42, 36:7, 40:59)

kebanyakan manusia tidak bersyukur.. 
(2:243, 7:17, 10:60, 12:38, 27:73, 40:61)

kebanyakan mereka orang-orang yang fasik 
(3:110, 5:49, 5:59, 5:81, 7:102, 9:8, 57:16, 57:26, 57:27)

kebanyakan mereka tidak mengetahui 
(6:111, 7:131, 7:187, 8:34, 10:55, 12:21, 12:64, 16:38, 16:75, 10:101, 21:24, 26:61, 28:13, 28:57, 29:63, 30:6, 30:30, 31:25, 38:28, 34:36, 39:29, 39:49, 40:57, 45:26, 49:4)

apa pendapat you?

kita dah tau Al Quran ini benar, kita memang pun beriman dengannya. Kita percaya juga Allah itu benar, janji-janji Allah itu benar dan tentulah kata-kata Allah dalam Al Quran itu benar. 

I setujulah dengan doa pemuda tadi ...

MAKA, mulai hari ini I bersungguh-sungguh tidak mahu mengikut golongan yang ramai.

Pernah dengar kan … jurujual di kedai tudung tu kata, “sekarang memang ramai orang suka pakai tudung yang jenis ini” atau “jubah macam ini sangat laris” – patutlah kita tidak turut serta sebab tidak mahu menjadi golongan yang ramai, tidak mahu jadi kebanyakan orang

Hari tu, guru I kata; dalam proses membaca Al Quran. Mula-mula kita baca, kemudian kita belajar untuk faham dan kupas apakah petunjuk Allah daripada ayat-ayat yang dibaca. Kita kan tahu bahawa Al Quran itu PETUNJUK yang benar … tentulah, bila dah tau apa yang dituntut daripada kita daripada ayat2 tersebut, kita kenalah ada ‘mode of action’ – bangun kena buat!

Sebab kita tak nak, esok bangun daripada kubur kita akan berkata; 
“alangkah baiknya sekiranya dahulu aku mengerjakan untuk hidupku ini” (89:24). 
Ayat ini pun berkali2 diulang 
dan, 
ada masa-masanya bila berhajat nak but perkara yang sia2, I akan ingatkan diri sendiri bahawa - Al Quran itu benar tetapi itulah resamnya insan itu lemah!

Ampun ya Allah, 
sungguh kami ini sentiasa menzalimi diri sendiri

Jom kawan2 kita jadi golongan yang sedikit, setidak2nya bercita2 untuk menjadi golongan yang asing. 

Comments