Skip to main content

Al Quraish

Bismillah

masih basah dalam ingatan – seminggu yang lalu, beramai-ramai mengikuti program Quran Hour di Masjid Sultan Iskandar di Bandar Dato Onn. 

Cantiknya masjid .. walaupun hanya duduk dikaki lima (sebab masjid penuh) tetap terasa kemegahan tersergamnya masjid tersebut.

Tetapi yang sangat berkesan pada hati ialah surah Al Quraish (106) yang dihuraikan pagi itu. Sebelum ini sudah beratus kali surah ini di baca malah mungkin mencapai bilangan ribu selama kehidupan setengah abad ini. 
Pagi itu, surah yang mengandungi empat ayat sahaja itu transform menjadi sekuntum bunga yang mekar, merah dan mewangi.

Pulang daripada Masjid Sultan Iskandar pagi itu, I menjadi hamba yang lebih baik lagi. 

Cuba you baca surah itu, 
mungkin you boleh menghabiskan satu surah itu senafas – mudah dan mesra sahaja surah ini pada naluri kita kan, kann.

Satu, kelebihan Juz Ammar ini ialah ringan pada sebutan – kerana itulah yang sebenarnya kehendak Allah SWT untuk melekat pada sanubari supaya SENTIASA menjadi pembimbing. 

Hebatkan Allah, 
betul! – Dia tidak melepaskan kita melata di muka bumi ini tanpa bekalan yang cukup tetapi sangat sedikit yang mengambil peringatan … ampun ya Allah.

Sebab golongan yang rugi itu termasuklah diri saya sendiri. Ish ish ish
(terasa merah pipi, di tempeleng kiri dan kanan – adus!)

Pendek kata;
Allah SWT pesan dengan semua kemudahan dan keselesaan hidup yang kita alami ini adalah apa yang Allah telah khaskan untuk kita MAKA wajiblah kita ini ingat dan MengEsakan hanya Allah SWT sahaja dan sedar diri dan juga banyak2 bersyukur.

Allah SWT akan sebut satu persatu nikmat itu sepertimana yang Allah telah rakamkan dalam surah ini.

Telah berlalu musim korban, sudahkah kita berkorban kerana syukur kita atas nikmat yang banyak

Oh Ya!
Bercakap tentang rezeki yang banyak teringat pula pada Doa harian yang kita baca setiap pagi di sini, I bahagia betul hendak mengaminkan doa ini;

Jadikanlah kami hamba-hambaMu yang sentiasa bersyukur samada nikmat yang sedikit lebih-lebih lagi nikmat yang melimpah ruah …

say "Amin ..."


Seronok bekerja di sini,
Banyak I belajar, 
Banyak juga I mengenal … Alhamdulillah.



  

Comments

Popular posts from this blog

melukut di tepi gantang

Hari ini terasa nak guna peribahasa ‘melukut di tepi gantang’ I tahu maksudnya, samalah seperti kata orang ‘masuk tak penuh, keluar pula tak luak’ orang sekarang kata ‘terlebih sudu’ maksudnya; tidak diperlukan tapi sebelum I gunakan peribahasa itu, I terfikir apakah ‘melukut’ ?  kita ni kadang2 sedap bercakap sahaja tetapi tidak periksa apakah yang kita perkatakan. Ustaz I kata, setiap butir perkataan kita itu direkodkan dan kita akan ditanya di Mahsyar kelak tentang semua  yang kita perkatakan. Bukan hadis dan Al Quran sahaja yang kita nak kena verify … semua kata-kata pun bagi orang yang mengaku beriman, nak kena jaga. I kenal ‘gantang’. Gantang adalah ukuran capacity 4 cupak iaitu lebih kurang 3kg. Beras kalau 3 kilo bagi I banyak, sebab I beli beras sekilo sahaja dan boleh bertahan 2 bulan. Maksudnya mewahlah ukuran gantang itu. I pun google search maksud ‘melukut’ … Ampun ya Allah Melukut ini maksudnya ‘ broken rice grain’ , beras hancu...

An Nisa 142

bismillah ...  semalam migraine, seharian. Yang memotivasikan  untuk bangun pagi tadi hanyalah kerana I berjanji boleh tidur semula selepas solat subuh - dan, selalunya bila sakit - I minta Allah bagi hadiah kerana I sabar menjalani sakit (kononnya). Alhamdulillah, kerana sifat kasih Allah itu melebihi daripada apapun maka, sebagai hadiah yang I nampak ialah ayat 142 surah An Nisa yang singgah pada bacaan pagi tadi. Verily, the hypocrites seek to deceive Allâh, but it is He Who deceives them. And when they stand up for As-Salât (the prayer), they stand with laziness and to be seen of men, and they do not remember Allâh but little. (4:142)   maka, hari ini - I minta ampun banyak-banyak kerana I lah orang yang solat tetapi lalai. I tahu bahawa solat itu adalah ibadah yang sangat amazing, I maklum tentang kelebihan rukuk dan sujud ... ehem, I yang juga mengajar tentang solat. I faham apa yang baca dalam solat tetapi I jugalah yang ke sana dan ke mari dalam solat....

Amalan setiap malam sebelum tidur, Surah Al Mulk

Bismillah Lama, I duduk diam. Perhati dan berfikir. Antara dua perkara yang Allah suka jika kita amalkan tetapi kebanyakan kita tak suka buat … lama, I duduk diam dan relate (mengaitkan) perkara2 yang   lalu lintas pada pendengaran, penglihatan dan hati dengan Al Quran dan vice versa – iaitu, Al Quran dengan apa2 yang di alami melalui pancaindera. Kebanyakan orang sudah tidak biasa, duduk diam dan merasa, merasa dan relate. Relate dan mengambil pengajaran. Cikgu I kata, “keep the lesson …” Kebanyakkan kita secepat merasa itulah akan berkata2.   Sangat cepat nak kongsi pendapat dan tekan butang ‘send’. Dunia sekarang semua orang suka berpendapat, cepat bereaksi   dan sangat suka mengulas … bahaya ! dan I, sejak I belajar tadabbur dan tazzakur ini. I buat tadabbur satu persatu, I tazzakur pula perlahan2 dan tidak publish. Sebab tujuan utama kita bertadabbur dan tazzakur ini ialah untuk beramal dengan ayat2 Al Quran.  Bila beramal pula buka...