Skip to main content

Al Kauthar 108: 2

Bismillah

Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur).
 
Surah Al Kauthar 108:2

hari ini I akan bercakap tentang isu ‘ibadah korban’

Peringatan untuk diri sendiri, yang selama ini ikut sukahati nak buat atau taknak melaksanakan ibadah korban. 

bila menjelang aidil adha – bila di ajak kawan2 atau adik beradik, atau mak … I ambil ringan. Jika waktu di war2kan isu korban, I akan tengok apa yang ada dalam saku. I ambillah satu bahagian. Selalunya I ini mencukupkan bilang. Ada satu bahagian kurang, I suka dan relalah mencukupkannya. 

Atas alasan, kesian. I suka hendak meringankan orang2 lain yang bersungguh2 hendak melakukan ibadah. 

I berkorban, bukan sebab nak berkorban … 

Ampun ya Allah.

RUGI! RUGI! RUGI!

Sedikitnya ilmu selama ini, I tidak merasakan itu kewajiban diri … hari ini, bila memikirkannya I pun ‘hilang punca’ mengapakan I lalai. 

Walaupun sebenarnya setiap tahun I buat tetapi perasaan dalam hati tidak ‘ambil berat’. 
Tidak seperti ibadah syahadah, solat, puasa, zakat dan haji. 

Dan, terima kasihlah kerana I sentiasa ada orang-orang keliling kelalang yang suka berpesan dan mengingatkan tentang ibadah ini.

Inilah nikmat hidayah …

bukan sedikit ilmu di dada, quran itu sudah I baca berulang2 tetapi kalau Allah, tidak bagi. Kita tidak akan nampak … kesian kan

Alhamdulillah

Hari ini sudah ada ilmu Tadabbur & Tazakkur
Mulai hari ini kita tidak hanya membaca Al Quran sebagai ibadah, kita sudah pandai membaca Al Quran dan melihat apa ‘pesanan’ Allah SWT kepada diri sendiri.

ketahui kawan2 apa yang saya olah ini adalah renungan peribadi dan bukan sebagai bahan rujukan awam. Maka, you yang membacanya bolehlah ambil iktibar, buat cross reference untuk diri sendiri sahaja.

sekian

dah jam 5.15pm. jom pulang!

selasa 2









Comments

Popular posts from this blog

Amalan setiap malam sebelum tidur, Surah Al Mulk

Bismillah Lama, I duduk diam. Perhati dan berfikir. Antara dua perkara yang Allah suka jika kita amalkan tetapi kebanyakan kita tak suka buat … lama, I duduk diam dan relate (mengaitkan) perkara2 yang   lalu lintas pada pendengaran, penglihatan dan hati dengan Al Quran dan vice versa – iaitu, Al Quran dengan apa2 yang di alami melalui pancaindera. Kebanyakan orang sudah tidak biasa, duduk diam dan merasa, merasa dan relate. Relate dan mengambil pengajaran. Cikgu I kata, “keep the lesson …” Kebanyakkan kita secepat merasa itulah akan berkata2.   Sangat cepat nak kongsi pendapat dan tekan butang ‘send’. Dunia sekarang semua orang suka berpendapat, cepat bereaksi   dan sangat suka mengulas … bahaya ! dan I, sejak I belajar tadabbur dan tazzakur ini. I buat tadabbur satu persatu, I tazzakur pula perlahan2 dan tidak publish. Sebab tujuan utama kita bertadabbur dan tazzakur ini ialah untuk beramal dengan ayat2 Al Quran.  Bila beramal pula buka...

Surah An Naba

Surah ini adalah hadiah daripada seorang kekasih.  Saya ini terbiasa -  antaranya, bila memulakan kata-kata, I akan sebut ‘uhm …’ besar kemungkinan kerana I sedang mengarang ayat sebelum menyatakannya atau mungkin I saja nak berkata-kata sedangkan belum betul pasti apa yang hendak I katakan. Katanya, adalah lebih baik sekiranya I sambung sedikit lagi menjadikannya ayat pertama Surah An Naba, sekurang-kurangnya I boleh memanfaatkan diri dengan pembacaan ayat-ayat Al Quran … Sebenarnya, dia tidak menghadiahkan surah ini secara fizikal tetapi oleh kerana dia sentiasa menyambut setiap kali I menyebut ‘uhm’ dengan membacakan ayat pertama Surah An Naba. maka, terbiasalah I teringatkannya bila menyebut 'uhm' walaupun dia sudah tidak lagi bersama! Tetapi oleh kerana I ni selalunya melihat bahawa tidak akan bergerak satu zarah tanpa Izin Allah, dan sebagai orang yang sentiasa meminta daripada Allah, kita hendaklah sentiasa menadah tangan untuk menerima apa yang Alla...

melukut di tepi gantang

Hari ini terasa nak guna peribahasa ‘melukut di tepi gantang’ I tahu maksudnya, samalah seperti kata orang ‘masuk tak penuh, keluar pula tak luak’ orang sekarang kata ‘terlebih sudu’ maksudnya; tidak diperlukan tapi sebelum I gunakan peribahasa itu, I terfikir apakah ‘melukut’ ?  kita ni kadang2 sedap bercakap sahaja tetapi tidak periksa apakah yang kita perkatakan. Ustaz I kata, setiap butir perkataan kita itu direkodkan dan kita akan ditanya di Mahsyar kelak tentang semua  yang kita perkatakan. Bukan hadis dan Al Quran sahaja yang kita nak kena verify … semua kata-kata pun bagi orang yang mengaku beriman, nak kena jaga. I kenal ‘gantang’. Gantang adalah ukuran capacity 4 cupak iaitu lebih kurang 3kg. Beras kalau 3 kilo bagi I banyak, sebab I beli beras sekilo sahaja dan boleh bertahan 2 bulan. Maksudnya mewahlah ukuran gantang itu. I pun google search maksud ‘melukut’ … Ampun ya Allah Melukut ini maksudnya ‘ broken rice grain’ , beras hancu...