Skip to main content

perosak rumah tangga

Pada pendapatnya, perempuan itu mestilah jahat. Perosak rumahtangga orang. 

I cuba untuk setuju tetapi cik adik cuba tengok betul-betul, siapakah yang sebenarnya yang menipu ... apakah kita selama ini yang ‘sleeping with an enemy’ atau kita leka menguruskan baja dan racun  sehingga anasir luar boleh merosakkan rumahtangga kita?

Kawan I yang satu ini mengadu tentang kes terbaru suaminya. Suami yang sekarang pada pengetahuannya sedang berpacaran ... 

Tidak mahu mengatakan bahawa ini adalah lumrah kehidupan dewasa ini tetapi hakikatnya, begitulah. Kita ini sentiasa diuji dan ujian-ujian itu tentulah tidak mudah kita mengharunginya. 

Alhamdulillah, bagi orang yang melihat Allah dihujung setiap tali yang menariknya itu tentulah tidak terlalu payah. 

Orang biasa akan berhujah tentang keadilan dan sepatutnya, tetapi orang yang tinggi sedikit makamnya maklum bahawa dunia ini akan tidak adil dan tidak patut kerana yang aman dan sejahtera itu NANTI di akhirat. 

Sementara itu ... sementara itu, sebagai hamba kita belajar untuk sabar dan baik sangka.

I ni pun bila terjumpa kes-kes yang macam ini, I belajar lagi. Bagaimana hendak I dudukan perkara ini dalam sanubari I sendiri bahawa inilah warna kehidupan kerana kawan2 I ni pada pandangan I adalah seorang isteri yang baik. Dialah yang bekerja, yang mencukupkan keperluan rumah tangga yang membelai suami dan anak-anak, bila-bila berpeluang. 

Tetapi, ye lah – kita suka untuk setuju bahawa semuanya yang ada pada kita ini adalah pemberian Allah dan kepada Allah jugalah semuanya akan kembali. Kita setuju juga tidak akan bergerakkan satu zarrah tanpa izin Allah, tetapi perempuan yang satu itu tentulah bukan Allah yang menggerakkan. Iya ke?

I cuba mendidik hati bahawa sebenarnya Allah sahajalah yang Maha Mengetahui. Sebab, pengetahuan I sangatlah terhad, I tidak nampak pun apa yang akan berlaku esok ... 

I doalah yang baik-baik semoga I pandai bersabar, sesabar Nabi Yusuf dan Nabi Yakub. Sebab – sabarnya kedua-dua insan istimewa ini melangkaui masa yang panjang juga. Dan, jika inilah yang akan meningkatkan darjat I pada pandangan Allah, jadikanlah I ini merendah diri dalam redha. 

Sekiranya dukacita I ini akan menghapuskan dosa-dosa yang yang banyak itu ... jagalah hati ini O Allah, agar tidak berkeluh kesah. Jika Allah ambil apa yang dipegang oleh tangan ini, mohon gantilah dengan yang lebih baik. Amin ya Allah.

tergamak kita hendak menukar label yang kita letakkan pada perempuan itu daripada 'perosak rumah tangga' kepada 'pemegang kunci syurga' untuk kita? kerana dialah yang akan mentarbiahkan jiwa kita untuk sabar dan redha dan berharap hanyalah kepada Allah dan bukan lagi suami yang pernah menjanjikan bulan dan bintang untuk kita masa bercinta dulu. Rupa-rupanya hanya kepada Allah nikmat berkasih sayang.

Cuba kita untuk berterima kasih kepadanya ... 

Selamat malam jiwa, semoga bahagia & sejahtera.

Comments

Popular posts from this blog

Amalan setiap malam sebelum tidur, Surah Al Mulk

Bismillah Lama, I duduk diam. Perhati dan berfikir. Antara dua perkara yang Allah suka jika kita amalkan tetapi kebanyakan kita tak suka buat … lama, I duduk diam dan relate (mengaitkan) perkara2 yang   lalu lintas pada pendengaran, penglihatan dan hati dengan Al Quran dan vice versa – iaitu, Al Quran dengan apa2 yang di alami melalui pancaindera. Kebanyakan orang sudah tidak biasa, duduk diam dan merasa, merasa dan relate. Relate dan mengambil pengajaran. Cikgu I kata, “keep the lesson …” Kebanyakkan kita secepat merasa itulah akan berkata2.   Sangat cepat nak kongsi pendapat dan tekan butang ‘send’. Dunia sekarang semua orang suka berpendapat, cepat bereaksi   dan sangat suka mengulas … bahaya ! dan I, sejak I belajar tadabbur dan tazzakur ini. I buat tadabbur satu persatu, I tazzakur pula perlahan2 dan tidak publish. Sebab tujuan utama kita bertadabbur dan tazzakur ini ialah untuk beramal dengan ayat2 Al Quran.  Bila beramal pula buka...

Surah An Naba

Surah ini adalah hadiah daripada seorang kekasih.  Saya ini terbiasa -  antaranya, bila memulakan kata-kata, I akan sebut ‘uhm …’ besar kemungkinan kerana I sedang mengarang ayat sebelum menyatakannya atau mungkin I saja nak berkata-kata sedangkan belum betul pasti apa yang hendak I katakan. Katanya, adalah lebih baik sekiranya I sambung sedikit lagi menjadikannya ayat pertama Surah An Naba, sekurang-kurangnya I boleh memanfaatkan diri dengan pembacaan ayat-ayat Al Quran … Sebenarnya, dia tidak menghadiahkan surah ini secara fizikal tetapi oleh kerana dia sentiasa menyambut setiap kali I menyebut ‘uhm’ dengan membacakan ayat pertama Surah An Naba. maka, terbiasalah I teringatkannya bila menyebut 'uhm' walaupun dia sudah tidak lagi bersama! Tetapi oleh kerana I ni selalunya melihat bahawa tidak akan bergerak satu zarah tanpa Izin Allah, dan sebagai orang yang sentiasa meminta daripada Allah, kita hendaklah sentiasa menadah tangan untuk menerima apa yang Alla...

melukut di tepi gantang

Hari ini terasa nak guna peribahasa ‘melukut di tepi gantang’ I tahu maksudnya, samalah seperti kata orang ‘masuk tak penuh, keluar pula tak luak’ orang sekarang kata ‘terlebih sudu’ maksudnya; tidak diperlukan tapi sebelum I gunakan peribahasa itu, I terfikir apakah ‘melukut’ ?  kita ni kadang2 sedap bercakap sahaja tetapi tidak periksa apakah yang kita perkatakan. Ustaz I kata, setiap butir perkataan kita itu direkodkan dan kita akan ditanya di Mahsyar kelak tentang semua  yang kita perkatakan. Bukan hadis dan Al Quran sahaja yang kita nak kena verify … semua kata-kata pun bagi orang yang mengaku beriman, nak kena jaga. I kenal ‘gantang’. Gantang adalah ukuran capacity 4 cupak iaitu lebih kurang 3kg. Beras kalau 3 kilo bagi I banyak, sebab I beli beras sekilo sahaja dan boleh bertahan 2 bulan. Maksudnya mewahlah ukuran gantang itu. I pun google search maksud ‘melukut’ … Ampun ya Allah Melukut ini maksudnya ‘ broken rice grain’ , beras hancu...