Malam tadi sambil makan malam bersama kawan-kawan, kami sedang berbincang tentang buatkan suami
air. kawan I yang seorang ni … seperti biasa orang perempuan akan dahulu dengan
pendapat, berkata; “husband I, tak
pernah minta apa-apa. Tapi, kalau dia minta tentu I bagi” Husband kawan yang
lain pula kata, dia memang tidak meminta tetapi dia tidak pernah menolak bila
wife dia tanya “you, nak air”.
Upacara makan malam berlalu seperti biasa tetapi bila sampai
rumah, sambil minum kopi dan istirehat. I memikirkan scenario makan malam tadi.
Tidak perlu I menjadi orang lelaki atau suami tetapi jika ada orang nak buatkan
I air … tentulah I berlapang dada mendoakan tukang buat air ini supaya
diperlihara Allah SWT siang dan malam. Sebab bila I dah masak penat-penat dan
kita semua dah selesai makan … sentiasa rasa sangat bahagia bila ada anak yang
menawarkan untuk membuatkan I kopi kegemaran I sebagai tanda terima kasih. Bak kata
orang, kalau kita rasa pedas takkan manis pada orang!
Bagaimana pula rasanya bila kita terima sms atau wassap ‘I
love you’ daripada sesiapa pun – tentu kita tersenyum kan … tetapi sebahagian
daripada kita tidak selesa benar bila hendak menghantar pesanan ringkas
sedemikian kepada pasangan hidup kita. Ada juga yang beranggapan bukannya suami
atau isterinya tidak maklum tentang kasih sayang mereka. Malangnya teknologi
masa kini – mudahnya pesanan seperti ini disampaikan bersama atau tidak bersama
maksud sebenar. Dan kita pula, bila menerima pesanan seperti ini – daripada sesiapa
pun, kalau tidak banyak – sedikit pun jadilah. Ada bunga yang kembang dalam
taman. Kalau tidak percaya … cuba hantar pesanan seperti ini kepada kawan kita
yang sama gender. I ingat tidak sampai 30 minit dia akan membalas dengan genre
yang sama. Kemudian cuba bayangkan kehidupan kita sekarang ini di luar sana. Suami
atau isteri kita mungkin beriman benar … tetapi sekeras-keras kerak nasi itu,
terkena air akan lembut juga.
Dengan anak-anak pun I selalu gunakan taktik yang sama. Anak I
yang kedua ini susah betul hendak berkomunikasi. Kita bagi dia handphone, kita
bayarkan bill telefonnya tetapi tetap bila dia nak balik barulah dia telefon,
memberitahu pukul berapa sepatutnya I sambut dia di terminal bas. Maka menjadi
kerja I lah pula untuk mengingatkan dia bahawa dia masih mempunyai seorang ibu.
Apa yang selalunya I buat ialah, I akan hantar pesanan “I love you and I wish
you all the best” nanti dia akan telefon, dia akan minta maaf sebab dah lama
tak call, sebab dia sibuk bla, bla …bla. Sentiasa berhasil untuk mendengar
suaranya bila I buat begitu. Kalau kita marah-marah tentulah gerun budak itu
untuk menelifon kan… begitu jugalah dengan suami. Bila, dia jauh … bila bukan
masa dengan I. I akan hantar pesanan ringkas. “Good night sayang” … dia mungkin
tidak menjawab kerana factor persekitaran yang tidak mengizinkan tetapi maksud
sampai dan diterima. Tidak perlulah merintih rindu atau mengadu hal-hal harian
atau tanya itu dan ini – lemas pakcik tu. Lagi pun suami ini bukankah ‘legally’
kita yang sayang.
anyway … good night, I love you!
Comments
Post a Comment