Hari ini I belajar lagi.
Preview A+ CONFLICT MANAGEMENT.
Pertama, saya suka kepada penyampai preview petang tadi, dia mengingatkan kepada arwah bapa mertua – dalam hati, terfikir kalaulah arwah abah itu dulu berilmu tentulah begini cara cakapnya. Tenang dan sentiasa memulakan ayatnya dengan senyuman. OK pakcik ini tentulah sudah menguasai ilmu yang akan di sampaikannya … Alhamdulillah.
Pertama, saya suka kepada penyampai preview petang tadi, dia mengingatkan kepada arwah bapa mertua – dalam hati, terfikir kalaulah arwah abah itu dulu berilmu tentulah begini cara cakapnya. Tenang dan sentiasa memulakan ayatnya dengan senyuman. OK pakcik ini tentulah sudah menguasai ilmu yang akan di sampaikannya … Alhamdulillah.
Selama hampir sejam preview, satu perkara yang akan saya khabarkan kepada you malam ini ialah katanya; everything that is in the past, belong to the past. Dia bicarakan tentang Surah Sad ayat 24, 25 dan 29.
Dan Nabi Daud (setelah berfikir sejurus), mengetahui sebenarnya Kami telah mengujinya (dengan peristiwa itu), lalu dia memohon ampun kepada Tuhannya sambil merebahkan dirinya sujud, serta dia rujuk kembali (bertaubat). Maka Kami ampunkan kesalahannya itu dan sesungguhnya dia mempunyai kedudukan yang dekat di sisi Kami serta tempat kembali yang sebaik-baiknya (24 & 25)
(Al-Quran ini) sebuah
Kitab yang Kami turunkan kepadamu (dan umatmu wahai Muhammad), Kitab yang
banyak faedah-faedah dan manfaatnya, untuk mereka memahami dengan teliti
kandungan ayat-ayatnya dan untuk orang-orang yang berakal sempurna beringat
mengambil iktibar. (29)
Harapan saya, kita semua tahu kisah Nabi Daud ini … (mungkin I patut ceritakan sedikit tetapi …) rasanya you patut baca ayat 26 sekali kerana dalam ayat itulah pesanan Allah kepada Nabi Daud kerana itulah caranya yang perlu kita buat dalam mennguruskan conflict, terutamanya dalam menguruskan hal-hal rumahtangga.
Contohnya; seorang isteri yang baik. Menjaga rumah tangganya, melahirkan anak-anak yang sihat dan cantik-cantik pula. Bekerja dan bila ada kelapangan, ia mengisi masa dengan FB – maklum kegiatan lumrah masyarakat masa kini.
Nampakkan, FB ini adalah sesuatu yang tidak berbahaya tetapi laksana api sehinggalah suatu hari kalau nasib tak baik, terbakar jari. Maka, berbalik kepada cerita tadi.
Semua ini tidak salah sehinggalah si isteri tergelincir dalam pergaulannya dan ‘jatuh cinta’ dengan orang di hujung sana … biasalah, padang di seberang selalunya lebih hijau. Biasa juga bercinta ini tidak salah sehinggalah apa yang diistilahkan oleh orang sekarang ini ‘kantoi’.
Bila berlaku conflict, kita ini manusia sahaja – bak kata orang, bumi mana yang tidak ditimpa hujan. Tetapi jika kita tidak bijaksana menjadikan Al Quran sebagai petunjuk jalan sebab kita selalunya memang membaca Al Quran tetapi rata-rata kita tidak ada masa untuk mengkaji serta mengambil iktibar daripadanya. (sila rujuk ayat 38:29)
Marah ini okay lagi tau (bab marah kita cerita di lain tempat), kadang-kadang isteri atau suami yang terlanjur itu sudah pun bertaubat (macam Nabi Daud 38:24) tetapi kita yang berada di pihak yang benar ini tidak mengambil pendekatan ayat 25.
Kita suka marah dan yang sangat menyakitkan kita suka juga mengungkit-ungkit kisah salah laku ini bila-bila masa yang kita suka. Pantang dia buat silap sikit, kita akan mulalah ceritakan kisah dulu, mengingatkan apa yang dulu telah pun konon-kononnya kita maafkan dan kalau boleh kita tag’kan pada pasangan kita itu supaya selepas peristiwa hitam itu dia tidak lagi boleh mengangkat muka.
Ish ish ish … tentulah yang terhukum ini rasa macam duduk dalam oven sahaja. Adik saya pandai masak, tentu dia setuju meletakkan adunan cek lama sangat dalam oven akan merosakkan sahaja …
Bagaimana mungkin kita mencipta suasana bahagia lagi selagi kita bersama. Sedangkan kita lupa kebaikan yang pernah dan kini cuba disemai olehnya.
Tak baik kan … sedangkan Allah pun terus sahaja mengampunkan Nabi Daud apabila ia bertaubat.
Inilah perbuatan kita, bila ada sedikit kuasa atau bila kita kelihatan berada di pihak yang benar. Mana kita nak tau kalau Allah sudah pun mengangkat darjatnya yang berdosa tadi dengan taubatnya dan kesungguhannya untuk kembali kepada Allah.
Sedangkan kita masih lagi bergelumang dengan drama ... (part ini, I salahkan TV yang asyik mengajar orang untuk berdrama)
Pengajaran hari ini;
Perkara yang sudah kita tinggalkan adalah sejarah. Kesannya ada, pengajaran daripadanya ada. Kalau tak percaya, tanyalah diri kita sendiri. Tentu ada kesilapan kita yang kita buat dulu-dulu – walaupun tiada yang ingat, kita tidak boleh melupakannya. Dan orang yang Allah beri hidayah akan mengambil kesilapnya sebagai titik tolak untuk menjadi lebih baik.
Tak tau lah orang lain, tetapi I ni –
dalam sunyi malam, sendiri-sendiri akan Allah datangkan kembali ingatan. Waktu itulah tahajud sangat berkesan.
Kita merintih mohon keampunan, kita tahu cuma Allah sahaja yang mampu mententeramkan jiwa, kita tahu cuma Allah sahaja yang dapat membimbing kita ke jalan selamat. Kita mengharap syurga Allah kerana kita tahu akan pedih dan panasnya neraka. Kita takut dengan siksaan dalam neraka. Kita tak mahu dimalukan bila dihisab di mahsyar nanti sebab semua orang akan melihat.
Kata orang, selain daripada orang yang memohon maaf itu mempunyai hati yang besar, tentulah lebih hebat orang yang memaafkan … kan!
Tadi, I ada sebut kan isu yang pertaman kan, tetapi sampai sekarang I tak jumpa faktor kedua. maaf.
Selamat pagi. Bahagia beriman dengan sepotong lagi ayat Al Quran. Alhamdulillah.
Selamat pagi. Bahagia beriman dengan sepotong lagi ayat Al Quran. Alhamdulillah.
Comments
Post a Comment