Setiap kali isteri ini menghubungi saya – ucapannya akan
panjang lebar dan penuh nasihat serta kadang kala termasuk juga beberapa amaran
dan yang saya tidak berdaya untuk membalas kecuali dengan ucapan yang baik-baik
juga.
Sering kali terfikir, mengapalah garang sangat isteri orang ini … saya ini perempuan juga. Tetapi suami sudah berpesan supaya saya tidak menyusahkan orang lain, apa lagi sekiranya jawapan saya itu akan merumitkan lagi suasana. Kata suami, padamkan api dengan air …

Siang itu suami datang, (rasa sangat gembira) seperti biasa dia
bukan seperti suami puan yang akan pulang setiap petang dan akan makan minum di
rumah.
Tetapi bila dia datang – itulah masa hendak bersembang dan berkasih sayang. Kadang-kadang dia datang dengan kelihatan letih. I akan ajak mandi, mak selalu pesan bila balik penat-penat eloklah mandi, buang aura yang bukan-bukan yang mungkin terikut kita pulang. Aura di dalam rumah mudah rosak akibat anasir negative dari luar sana.
Dulu masa anak kecil-kecil bila balik ke rumah selalunya I akan suruh basuh tangan dan kaki dahulu sebelum duduk di sofa atau naik atas katil, sebenarnya I tak suka kotoran yang dibawa daripada luar itu mencemarkan sofa dan cadar.
Tetapi hakikatnya samalah juga. Aktiviti memandikan suami ini antara rutin yang selalunya mengembirakannya, maklum – kali terakhir dia di mandikan semasa kecil-kecil dulu oleh ibunya. Di rumah sekarang sudah tidak ada baby kecil maka, memandikan orang ini seronok juga. Dapat memanjakan orang … paling digemarinya – bab bersyampu. Sebab dia terasa macam di spa, I tak bagi kekasih ke spa sebab I tidak suka kulit badannya disentuh oleh perempuan lain.
Kalau bukan kita yang menjaga suami kita, siapa pula – kan? Sebenarnya I suka mandikan suami sebab I suka nak peluk dan cium orang yang bersih tetapi kalau I suruh dia mandi tentulah dia terasa diperintah … maka, I ajaklah dia mandi bersama.

Bila bersama, aktiviti kita selalunya berkisar dalam bilik
ini sahaja – kadang-kadang sempat kita berjemaah. Sempat berdoa dan mengaminkan
doanya – seronok. Kesian juga tengok orang yang cuma hendak rasa dibelai dan gembira
walaupun seketika.
Kegemaran kita, makan dan minum di atas katil. Sebab selalunya inilah aktiviti terlarang dalam hidupnya. Kita ni bila sudah tiba usia yang matang ini, kita suka nak buat perkara-perkara yang mengembirakan atau menyenangkan hidup kita, bukan lah suami nak kita masak biryani atau nasi lemak (kedua-duanya I tak reti dan itulah memang dia pun sangat pandai). Tetapi roti bakar makan dengan telor mata lembu itulah kegemarannya makan atas katil, kalau tumpah kopi pun tak mengapa – bukan isu besar, nanti I boleh basuh cadar.
Teringat pesan Dr Azizan Osman; bila kita nak bagi service
yang terbaik, kita bagi dengan urut kaki sekali … itu pun yang I suka buat,
perkhidmatan urut kaki … pasti kekasih tidak menolak – maklum, selepas sibuk ke
sana, ke mari. Selepas meeting dan meeting lagi bila dapat urut kaki tentulah rasa
aman dan tenteram. kan?
Sudah hampir jam enam petang, kekasih harus pulang. Tugas dan
tanggung jawab menanti, sebelum pergi selalunya dia akan cium di kepala
isterinya sambil mengucapkan sayang, nanti bila lapang dia akan datang lagi. Entah
dua atau tiga hari … sementara itu I boleh kemana-mana, buat apa sahaja.
Yang best, nanti I bila tengok di atas meja ada tips untuk
seorang isteri …
Comments
Post a Comment