Skip to main content

Antara pedang dan butir bicara


Pernah you dengar perumpamaan, ‘kata-kata itu lebih tajam daripada sebilah pedang’?

I rasa macam I selalu dengar dan I selalu juga menggunakannya. Yang dulu I faham, ialah kata-kata kita itu walaupun hanyalah bunyi-bunyian yang keluar daripada mulut tetapi mampu pada ketikanya menusuk ke sanubari seseorang, mampu menyakitkan hati orang lain, boleh juga mencetuskan pergaduhan dan boleh membawa kepada maut …

Memang kata-kata itu bahaya. Tetapi sepanjang perjalanan ke Johor Bahru petang tadi, I asyik teringatkan perjumpaan pagi tadi … perjumpaan yang biasa, dengan kawan-kawan – bersarapan di hujung minggu. Tetapi kata-kata I, yang sekali lalu itu yang I rasa macam biasa sahaja tetapi entah bagaimana kata-kata yang terpancul daripada mulut I itu asyik teriyang-iyang di telinga.

Seolah-olah tuan di atas sana tidak setuju dengan kata-kata I. Terkesan betul kepada hati … bukannya I rasa menyesal, tetapi sangat nyilu pada hati memikirkan bagaimana esok di hari akhirat di padang mahsyar bilamana kita akan di tanya tentang kata-kata kita yang kadang-kadang kita tidak fikir walaupun sekali sebelum menyatakannya.

Itu pada berkata tentang perkara-perjara yang benar, bayangkan pula sekiranya yang kita kata kan itu adalah dusta atau semata-mata untuk kepentingan diri sendiri. I teringat pula kepada para jurujual, yang selalunya beriya-iya cuba memenangi hati pelanggan. Biasanya juru jual ini akan membakar rasa pelanggan untuk merasakan bahawa mereka perlukan produk tersebut walaupun pada hakikatnya barangan yang dijual itu hanyakan accessories sahaja.

I selalu juga mengikuti kelas-kelas atau promosi produk – yang sedang dipromosikannya semuanya baik, Semuanya sangat kita perlukan di dalam kehidupan kita – daripada kopi, kepada penapis air sehinggalah kepada tilam.

Kadang-kadang I tersenyum sendiri bila teringatkan bahawa Rasulullah itu cuma bertilamkan tikar yang kasar sedangkan baginda lah sebaik-baik insan. Hamba Allah yang sangat mulia. Haa … itu belum lagi dipertikaikan jika ada unsur-unsur penipuan …

Sebagai pengamal NLP, kita memang terlatih untuk berkata-kata dan mempengaruhi orang lain dengan kata-kata. Tetapi cikgu I sentiasa berpesan bila mengunakan kata-kata itu ajaklah kepada kebaikan.

I selalunya ingat pada pesanan itu tetapi adat menjadi insan ini, ialah manusia ini lumrahnya pelupa. kadang-kadang terlupa … ada masa-masanya terlajak juga. Isu dengan ilmu ini kalau tidak dijaga baik – ibarat senjata makan tuan.

Kata orang terlajak perahu memang boleh berundur … tetapi terlajak kata, ya Allah. Ruginya menjadi orang yang apabila sudah mengetahui tetapi masih lagi lupa dan leka.

Orang macam I ini selalu disebut dalam Al Quran. Selalu Allah beri peringatan – Ampun ya Allah. Masa inilah kita baca doa yang diajarkan pada kita, iaitu ayat terakhir dalam surah Al Baqarah. “Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah...”.  

Pertama; I ni sampai ke malam terkenang-kenangkan kata-kata yang ‘terkata…’ Inilah kemalangan kepada orang-orang yang dianugerahkan nikmat tetapi mendatangkan mudarat.

Kedua; I membayangkan sekiranya orang yang menerima kata-kata I itu, kalaulah dia juga terkesan dengan kata-kata I itu tadi. Bagaimana pula jika akan membibitkan kacau ganggu kepada jiwanya.

Ampun ya Allah. Ampun! I nampak pula ‘the ripple effect’ (kesan riak; eee I belum boleh setuju dengan terjemahan dalam bahasa melayu). Benarlah kata-kata itu lebih tajam daripada sebilah pedang. Hari ini kita belajar semula daripada sudut yang lain pula.

Hebatnya ilmu, hanya Allah sahaja yang mengetahui dan Dia memberikan faham kepada hamba-hambaNya mengikut kadar yang Dia sahaja ketahui. Ampun ya Allah, dalam memujiMu masih belum kami sampai pada pujian yang sebenarnya.

Maka, bagaimana esok – macamana nak bercakap?

Ya ... bercakaplah … tetapi kalau boleh kunyah dulu kata-kata tu supaya yang keluar lebih sempurna. Lebih terencana. Cuci mulut selalu … Rasulullah sangat pentingkan upacara membersihkan mulut kan!

Doalah yang baik-baik dan banyak-banyak mohon keampunan siang dan malam, pagi dan petang … sebab memang tiada daya dan upaya kita melainkan dengan izinNya. Insya Allah.


Sebenarnya perumpamaan itu ialah, the pen is mightier than a sword - tetapi dewasa ini, pen itu samalah dengan ketukan keyboard PC atau kepada generasi muda sebagai Laptop dan itu jugalah kata-kata kita yang menzahirkan imej naluri kita sebagai insan.

Sekian, selamat malam. 

Comments

Popular posts from this blog

Amalan setiap malam sebelum tidur, Surah Al Mulk

Bismillah Lama, I duduk diam. Perhati dan berfikir. Antara dua perkara yang Allah suka jika kita amalkan tetapi kebanyakan kita tak suka buat … lama, I duduk diam dan relate (mengaitkan) perkara2 yang   lalu lintas pada pendengaran, penglihatan dan hati dengan Al Quran dan vice versa – iaitu, Al Quran dengan apa2 yang di alami melalui pancaindera. Kebanyakan orang sudah tidak biasa, duduk diam dan merasa, merasa dan relate. Relate dan mengambil pengajaran. Cikgu I kata, “keep the lesson …” Kebanyakkan kita secepat merasa itulah akan berkata2.   Sangat cepat nak kongsi pendapat dan tekan butang ‘send’. Dunia sekarang semua orang suka berpendapat, cepat bereaksi   dan sangat suka mengulas … bahaya ! dan I, sejak I belajar tadabbur dan tazzakur ini. I buat tadabbur satu persatu, I tazzakur pula perlahan2 dan tidak publish. Sebab tujuan utama kita bertadabbur dan tazzakur ini ialah untuk beramal dengan ayat2 Al Quran.  Bila beramal pula buka...

Surah An Naba

Surah ini adalah hadiah daripada seorang kekasih.  Saya ini terbiasa -  antaranya, bila memulakan kata-kata, I akan sebut ‘uhm …’ besar kemungkinan kerana I sedang mengarang ayat sebelum menyatakannya atau mungkin I saja nak berkata-kata sedangkan belum betul pasti apa yang hendak I katakan. Katanya, adalah lebih baik sekiranya I sambung sedikit lagi menjadikannya ayat pertama Surah An Naba, sekurang-kurangnya I boleh memanfaatkan diri dengan pembacaan ayat-ayat Al Quran … Sebenarnya, dia tidak menghadiahkan surah ini secara fizikal tetapi oleh kerana dia sentiasa menyambut setiap kali I menyebut ‘uhm’ dengan membacakan ayat pertama Surah An Naba. maka, terbiasalah I teringatkannya bila menyebut 'uhm' walaupun dia sudah tidak lagi bersama! Tetapi oleh kerana I ni selalunya melihat bahawa tidak akan bergerak satu zarah tanpa Izin Allah, dan sebagai orang yang sentiasa meminta daripada Allah, kita hendaklah sentiasa menadah tangan untuk menerima apa yang Alla...

melukut di tepi gantang

Hari ini terasa nak guna peribahasa ‘melukut di tepi gantang’ I tahu maksudnya, samalah seperti kata orang ‘masuk tak penuh, keluar pula tak luak’ orang sekarang kata ‘terlebih sudu’ maksudnya; tidak diperlukan tapi sebelum I gunakan peribahasa itu, I terfikir apakah ‘melukut’ ?  kita ni kadang2 sedap bercakap sahaja tetapi tidak periksa apakah yang kita perkatakan. Ustaz I kata, setiap butir perkataan kita itu direkodkan dan kita akan ditanya di Mahsyar kelak tentang semua  yang kita perkatakan. Bukan hadis dan Al Quran sahaja yang kita nak kena verify … semua kata-kata pun bagi orang yang mengaku beriman, nak kena jaga. I kenal ‘gantang’. Gantang adalah ukuran capacity 4 cupak iaitu lebih kurang 3kg. Beras kalau 3 kilo bagi I banyak, sebab I beli beras sekilo sahaja dan boleh bertahan 2 bulan. Maksudnya mewahlah ukuran gantang itu. I pun google search maksud ‘melukut’ … Ampun ya Allah Melukut ini maksudnya ‘ broken rice grain’ , beras hancu...