Skip to main content

Posts

taubat 1

Bismillah Sesungguhnya azab Tuhanmu (terhadap orang-orang yang kufur ingkar) amatlah berat. (85:12)   Pagi itu, sementara menantikan Iqamah Subuh. I memerhatikan ‘perempuan’ ini. (sepatutnya I tahu namanya, sepatutnya I sudah berkenalan dengannya, sebab dia ini ahli masjid ini. Tetapi, I memang tidak bersosial pada waktu subuh dan I jarang ke Masjid ini pada waktu2 yang lainnya – ish! Tak bagus kan … belumlah I ini layak menjadi umat contoh) . Sebenarnya, I memang selalu memerhatikannya; I terpanggil sebab dia sentiasa melazimi buku doa yang sudah lusuh ditangan dan setiap pagi dia akan mengulang2inya, macam2 doa yang dibacanya. Suka I melihatkan ketekunannya dan tiap2 kali I tanya pada diri. Belumkah dihafal doa2 itu … Hari ini, I memerhatikannya dengan pandangan yang lain. I nampak ‘ringan’ pada sanubarinya di awal2 waktu begini. I membaca perwatakkan insan istimewa ini sebagai orang yang tidak berdosa. Sebab dia bersahaja saja pada membaca doa2nya. ...

hanya kepada Allah, hebat ayat ini

Bismillah Dan Allah jualah yang mengetahui rahsia langit dan bumi dan kepadaNyalah dikembalikan segala urusan. Oleh itu, sembahlah akan Dia serta berserahlah kepadaNya dan (ingatlah), Tuhanmu tidak sekali-kali lalai akan apa yang kamu lakukan. (11:123) Surah Hud, ayat 123. ayat terakhir dalam surah ini … ayat ini mententeramkan hati pembacanya, kerana dia maklum bahawa Allah SWT itu mengetahui segala kebaikan, amalan dan perkataan hatinya yang mulia. Ayat ini, mengasyikkan seorang hamba untuk menyerah bulat kepada Allah SWT. Dia merasakan manis dalam sujud dan rukuknya kerana dia yakin Allah memerlihara dan mencukupkan untuknya. Damai … dia nampak dua kebun yang dijanjikan Allah untuknya, dia Nampak taman syurga, dia menyaksikan air sungai yang mengalir sejuk dan dia juga merasakan air hidangan yang manis tetapi tidak memabukkan Sekali lagi membaca ayat ini, tiba-tiba hati jadi gerun. Merasa takut dan cemas mencengkam dalam dada. Sakit perutnya memikirka...

kesukaan pada apa-apa yang diingini nafsu

Bismillah Beautified for mankind is love of the joys (that come) from women and offspring; and stored-up heaps of gold and silver, and horses branded (with their mark), and cattle and land. That is comfort of the life of the world. Allah! With Him is a more excellent abode. (3:14)   Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: Kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga) Pagi tadi,  sementara masih gelap alam maya ini, tiba-tiba terasa nak check telephone, nak tengok apakah ayat yang Muslim Pro ada untuk I hari ini …  sepanjang hari,  hari ini I menghayati ayat tersebut …  seronoknya bila dah be...

Thor

Bismillah Sudah sehari Thor, anak Cat – ikut family baru. Hati I pun pecah juga, tetapi tidak boleh lah lebih kucing daripada orang di rumah tu. katanya Thor, bising sepanjang malam mencari ibu & kembarnya. Sedih. Cat pun bising juga mencari2 anak kucing yang berbulu perang itu. Ye lah … tetapi kehidupan ini, begini lah.  Kita tidak melalui taman bunga sepanjang jalan tetapi setiap taman bunga yang kita tempoh, kita raikan dan pada liku dan sukar yang kita temui, kita tau bahawa esok lusa kita kan berjumpa gembira lagi.  Resamnya … Kita ucapkan selamat sejahtera kepada Thor dan keluarga barunya, I yakin dia akan sentiasa di jaga dengan kasih sayang. I juga percaya semua yang kita sayangi, akan bersama-sama dengan kita di syurga nanti … asalkan kita sentiasa berusaha untuk menjadi ahli syurga. Nah, di sini kita berdoa semoga Allah SWT mengampunkan dosa kita dan jadikan kita ahli syurga. Amin.  

selamat tahun baru 2017

Bismillahir Rahmanir Rahim dan, selamat tahun baru - 2017 Satu kelebihan tahun baru, ialah ucapan selamat daripada kenalan, sahabat2 dan ahli keluarga. Tidak kurang juga dengan iringan doa semoga cita-cita kita tercapai.  Alhamdulillah, MOHON Allah perkenankan doa mereka. Dalam hidup ini, selalunya kita idamkan KEJAYAAN dan jika Allah Izinkan kita juga hendakkan KEKAYAAN. Bila I semak2 semula ayat2 azam atau cita2 tahun baru.  Ternyata, akar pada slogan azam itu adalah ‘kejayaan’ & ‘kekayaan’ kannn? bak kata cikgu I – manusia ini kehendaknya hanyalah, menang, kenyang & senang.  I setuju! Pada ilmu baru yang pelajari,  I buat carian daripada Al Quran, I nak tau apa yang diterangkan tentang  KEJAYAAN terdapat 67 kali Al Quran menyebut tentang kejayaan.   Orang yang dikategorikan Berjaya dalam Al Quran ialah; 1.               Orang yang beriman 2. ...

menghidupkan sunnah

Bismillah Pagi itu Marieah telefon, biasa perjalanan ke pejabat adalah waktu yang I berebut-rebut antara doa pagi dan panggilan telefon samada daripada Marieah dan Ibrahim. Kadang-kadang I wonder juga macamanalah orang lain sempat nak melayan radio semasa memandu … I sibuk! Ok, balik kepada cerita asal; Marieah telefon, katanya kebiasaan di surau asrama tirai antara bahagian lelaki dan perempuan akan di buka. So, maghrib yang berkenaan dia solat di bahagian hadapan maka di melihatkan pelajar lelaki yang masbuk di bahagian belakang. Dia perasan bahawa ramai antara pelajar2 yang duduk antara dua sujud dan takbir cara yang tidak sunnah, kemudian dia terfikir ‘apakah mak2 mereka ini tidak menunjuk cara solat yang betul?’ I tanya anak yang manis itu, apakah ibunya mengajar dia cara yang betul Alhamdulillah, dia jawab “mummy ada ajar …” lapanglah sikit dada I. I kata, ucapkanlah Alhamdulillah kerana Allah SWT bagi you ibu yang ada ilmu. Ye lah … jika kurang tepat ...

doa - ibadah yang keliru 1

Bismillah Banyak perkara yang terjadi ...  kadang-kadang menurut kehendak kita. Molek sepertimana yang kita perihalkan dalam doa … tetapi banyak juga yang tidak kita ingini. Yang tidak kita sukai.  Malah ada juga yang menyedihkan, kita rasa kecewa dan sakit hati. Tetapi, selepas beberapa waktu kita melihat bahawa perkara yang 'berat' pada pandangan kita itu juga membawa kepada kesudahan yang baik … Kita kata kita percaya bahawa Allah itu Maha Mengetahui, kita maklum bahawa Allah itu Maha Penyayang serta Maha Pengasihani …  Kita mengaku bahawa kita ini hamba yang Redha  tetapi ... pada masa yang sama, kita masih duduk lama selepas solat mendetailkan satu per satu permintaan kita seolah-olah kita khuartir kalau-kalau Allah terlepas pandang apa yang baik untuk kita.  Takut Allah lupa nak bekalkan rezeki untuk kita … Bukan I anti doa,  berdoalah. Rasulullah SAW pun berdoa juga … tapi janganlah lagi lama doa dari solat. I ...