Bismillah
Dan Allah jualah yang mengetahui rahsia langit dan bumi dan kepadaNyalah dikembalikan segala urusan. Oleh itu, sembahlah akan Dia serta berserahlah kepadaNya dan (ingatlah), Tuhanmu tidak sekali-kali lalai akan apa yang kamu lakukan. (11:123)
Surah Hud, ayat 123.
ayat terakhir dalam surah ini …
ayat terakhir dalam surah ini …
ayat ini mententeramkan hati pembacanya, kerana dia maklum bahawa Allah SWT itu
mengetahui segala kebaikan, amalan dan perkataan hatinya yang mulia. Ayat ini,
mengasyikkan seorang hamba untuk menyerah bulat kepada Allah SWT. Dia merasakan
manis dalam sujud dan rukuknya kerana dia yakin Allah memerlihara dan
mencukupkan untuknya.
Damai …
dia nampak dua kebun yang dijanjikan
Allah untuknya, dia Nampak taman syurga, dia menyaksikan air sungai yang mengalir
sejuk dan dia juga merasakan air hidangan yang manis tetapi tidak memabukkan
Sekali lagi membaca ayat ini, tiba-tiba
hati jadi gerun. Merasa takut dan cemas mencengkam dalam dada. Sakit perutnya
memikirkan dosa yang melekat pada tangan, kaki dan badannya. Malu dan hina
kerana mengikut nafsunya. Rugi, rugi … rugi!
Rasa miskin. Rasa muflis.
kering …
dia nampak merah, api yang panas
membakar.
Kenapalah diikutkan sangat kehendak
hati?
Kenapalah takut sangat rugi dengan
habuan dunia, takut nak buat baik, kedekut untuk bersedekah. Rasa diri hebat
dengan ilmu dan pangkat. Malas nak melebihkan rukuk dan sujud. Berkira untuk
membantu orang hanya kerana dia rasa masa dan kekayaannya, terhad dan harus
diperlihara supaya tidak habis.
Ish … hebatkan Allah, dia turunkan
ayat ini untuk kita semua. Ayat ini memberi kesan yang besar untuk orang yang
taat, hebat juga untuk hamba-hambaNya yang leka. Betullah, kita ken abaca quran
ini sentiasa. Ianya;
Wahai umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Al-Quran yang menjadi nasihat pengajaran dari Tuhan kamu dan yang menjadi penawar bagi penyakit-penyakit batin yang ada di dalam dada kamu dan juga menjadi hidayat petunjuk untuk keselamatan, serta membawa rahmat bagi orang-orang yang beriman. (10:57)
Kesimpulannya, orang yang membaca Al
Quran ini akan dapat 4 kebaikan.
2. Penawar kepada penyakit hati
3. Petunjuk untuk bertindak
4. Rahmat
Itulah bagusnya jadi orang yang
beriman ini, kerana bila dia beriman – dosanya juga membawa dia dekat kepada
Allah SWT kerana sekarang dia tahu bahawa hanya Allah sahajalah yang boleh
mengampunkan kesalahnya dan akhirnya menyelamatkannya daripada azab api neraka.
Maka hari ini,
I nak bertekun pada meminta kemaafan dan keampunan daripada Allah SWT.
I sedar
banyaknya kesalahan dan kesilapan. Masih selalu lalai. Masih takut miskin dan
masih risau dengan apa kata orang … ish, ish, ish.
Tak baik kann …
dengan Allah
kita tidak malu untuk berdosa tetapi dengan makhluk lain bukan sahaja manusia,
kadang2 dengan kucing pun kita malu. Sedangkan sebenarnya Allah itu Maha
Menyaksikan
Ye lah … jomlah baca quran.
Pada
waktu2 bersendiri dan sunyi begini, sebab fahaman kita akan sangat luas.
Ye,
mungkin esok kita akan mengantuk. Mungkin akan kurang produktiviti. Mungkin
juga kita akan mati esok dalam perjalanan ke pejabat, tak sempat nak isukan hal
mengantuk dan hasil kerja tetapi kita dah dapat faham, dah renew syahadah dan
dapat redha Allah. Bukankan itu yang sebenar2nya keuntungan yang LEBIH besar.
Soalan;
kawan2 dah tau bertadabbur & tazakkur kan?
Soalan lagi;
Apakah itu tadabbur & tazakkur?
Kata ustaz harfiz – tadabbur itu
faham Al Quran tahap tinggi dan tazakkur pula ialah merasakan Ayat-ayat Allah
itu pada tahap tinggi.
Orang2 yang hebat macam kita ni tak mau lah lagi baca
quran tahap yang sama jer macam masa kita remaja kannn
Maka,
jika kita masih membaca ayat2 suci
Allah SWT ini dan tidak mendapat 4 perkara yang dibincangkan di atas tetapi
hanya sebotol air mineral yang telah di’perfect’kan molekulnya (itu juga penawar
tetapi hanya untuk jasmani kan?)
jomlah cari ilmu untuk bertadabbur &
tazakkur supaya kita berjaya dunia & akhirat.
Comments
Post a Comment