Skip to main content

taubat 1

Bismillah


Sesungguhnya azab Tuhanmu (terhadap orang-orang yang kufur ingkar) amatlah berat. (85:12) 

Pagi itu, sementara menantikan Iqamah Subuh. I memerhatikan ‘perempuan’ ini. (sepatutnya I tahu namanya, sepatutnya I sudah berkenalan dengannya, sebab dia ini ahli masjid ini. Tetapi, I memang tidak bersosial pada waktu subuh dan I jarang ke Masjid ini pada waktu2 yang lainnya – ish! Tak bagus kan … belumlah I ini layak menjadi umat contoh).

Sebenarnya, I memang selalu memerhatikannya; I terpanggil sebab dia sentiasa melazimi buku doa yang sudah lusuh ditangan dan setiap pagi dia akan mengulang2inya, macam2 doa yang dibacanya.
Suka I melihatkan ketekunannya dan tiap2 kali I tanya pada diri. Belumkah dihafal doa2 itu …

Hari ini,
I memerhatikannya dengan pandangan yang lain.
I nampak ‘ringan’ pada sanubarinya di awal2 waktu begini. I membaca perwatakkan insan istimewa ini sebagai orang yang tidak berdosa. Sebab dia bersahaja saja pada membaca doa2nya.

I ini duduk dalam simpuh berat menanggung dosa. Sangat teringin pada ampunan Allah, dan pagi ini ayat Al Quran yang I sempat tengok sebelum turun untuk Subuh ialah ayat di atas.

Nyilu memikirkan azab Allah.
Melintas beberapa peristiwa ngeri yang berlaku pada orang lain di depan mata yang bagaikan azab tapi mungkin juga bukan tetapi itu pun sudah cukup untuk merasa terhukum jika akan ditanggung badan.

Ya Allah – tak pandainya I untuk ‘berdosa’ untuk ingkar sedangkan I tahu betul bahawa azab Allah SWT apabila ia menurunkan Azab adalah dahsyat. Kita sudah membacanya daripada sirah dan Al Quran betapa pedihnya azab Allah.

Tidak cukup rendah tanah, hati I menyembah pagi itu … memohon keampunanNya. Minta pemerliharaanNya. Minta RedhaNya supaya hidup ini tidak sia-sia dan di akhirat nanti tidak kecewa.

Ampun ya Allah.
Ita ini lemah …  

Tetapi sangat takut pada siksaanMu. Sangat mengharapkan ampunanMu, KasihMu dan RahmatMu. Tidak lain hanya Allah lah sahaja tempat I meminta.

Ada beberapa doa yang I lazimi, dan I hafal semuanya. I tidak perlu doa yang baru sebab doa yang ada ini bila Allah perkenankan, cukup. Insyallah.

Cemburu melihatkan orang yang tidak berdosa apabila mereka berdoa, mereka selesa untuk meminta itu dan ini. Boleh pula membacanya sambil lalu kerana merasakan tenang sudah dengan rahmat Allah yang melimpah ruah kepada mereka.

Sedangkan I yang berdosa ini, hanya jika di ampunkan – jika dikurniakan apa yang sentiasa I ulang2 antara dua sujud, selamat pula daripada siksaan kubur dan akhirat. Selamat daripada fitnah kehidupan dan kematian, selamat daripada fitnah Dajjal. Tentulah I orang yang paling beruntung …  

Hari ini, fitnah kehidupan ini masih I harungi … kesianilah hambaMu ini O Allah.

Sepanjang hari ini, beberapa orang tegur ‘murung’ yang I memberati sanubari.


Ya Allah, ampunilah kami.

Comments

Popular posts from this blog

Amalan setiap malam sebelum tidur, Surah Al Mulk

Bismillah Lama, I duduk diam. Perhati dan berfikir. Antara dua perkara yang Allah suka jika kita amalkan tetapi kebanyakan kita tak suka buat … lama, I duduk diam dan relate (mengaitkan) perkara2 yang   lalu lintas pada pendengaran, penglihatan dan hati dengan Al Quran dan vice versa – iaitu, Al Quran dengan apa2 yang di alami melalui pancaindera. Kebanyakan orang sudah tidak biasa, duduk diam dan merasa, merasa dan relate. Relate dan mengambil pengajaran. Cikgu I kata, “keep the lesson …” Kebanyakkan kita secepat merasa itulah akan berkata2.   Sangat cepat nak kongsi pendapat dan tekan butang ‘send’. Dunia sekarang semua orang suka berpendapat, cepat bereaksi   dan sangat suka mengulas … bahaya ! dan I, sejak I belajar tadabbur dan tazzakur ini. I buat tadabbur satu persatu, I tazzakur pula perlahan2 dan tidak publish. Sebab tujuan utama kita bertadabbur dan tazzakur ini ialah untuk beramal dengan ayat2 Al Quran.  Bila beramal pula buka...

Surah An Naba

Surah ini adalah hadiah daripada seorang kekasih.  Saya ini terbiasa -  antaranya, bila memulakan kata-kata, I akan sebut ‘uhm …’ besar kemungkinan kerana I sedang mengarang ayat sebelum menyatakannya atau mungkin I saja nak berkata-kata sedangkan belum betul pasti apa yang hendak I katakan. Katanya, adalah lebih baik sekiranya I sambung sedikit lagi menjadikannya ayat pertama Surah An Naba, sekurang-kurangnya I boleh memanfaatkan diri dengan pembacaan ayat-ayat Al Quran … Sebenarnya, dia tidak menghadiahkan surah ini secara fizikal tetapi oleh kerana dia sentiasa menyambut setiap kali I menyebut ‘uhm’ dengan membacakan ayat pertama Surah An Naba. maka, terbiasalah I teringatkannya bila menyebut 'uhm' walaupun dia sudah tidak lagi bersama! Tetapi oleh kerana I ni selalunya melihat bahawa tidak akan bergerak satu zarah tanpa Izin Allah, dan sebagai orang yang sentiasa meminta daripada Allah, kita hendaklah sentiasa menadah tangan untuk menerima apa yang Alla...

melukut di tepi gantang

Hari ini terasa nak guna peribahasa ‘melukut di tepi gantang’ I tahu maksudnya, samalah seperti kata orang ‘masuk tak penuh, keluar pula tak luak’ orang sekarang kata ‘terlebih sudu’ maksudnya; tidak diperlukan tapi sebelum I gunakan peribahasa itu, I terfikir apakah ‘melukut’ ?  kita ni kadang2 sedap bercakap sahaja tetapi tidak periksa apakah yang kita perkatakan. Ustaz I kata, setiap butir perkataan kita itu direkodkan dan kita akan ditanya di Mahsyar kelak tentang semua  yang kita perkatakan. Bukan hadis dan Al Quran sahaja yang kita nak kena verify … semua kata-kata pun bagi orang yang mengaku beriman, nak kena jaga. I kenal ‘gantang’. Gantang adalah ukuran capacity 4 cupak iaitu lebih kurang 3kg. Beras kalau 3 kilo bagi I banyak, sebab I beli beras sekilo sahaja dan boleh bertahan 2 bulan. Maksudnya mewahlah ukuran gantang itu. I pun google search maksud ‘melukut’ … Ampun ya Allah Melukut ini maksudnya ‘ broken rice grain’ , beras hancu...