Skip to main content

Thor

Bismillah


Sudah sehari Thor, anak Cat – ikut family baru. Hati I pun pecah juga, tetapi tidak boleh lah lebih kucing daripada orang di rumah tu.
katanya Thor, bising sepanjang malam mencari ibu & kembarnya.

Sedih.

Cat pun bising juga mencari2 anak kucing yang berbulu perang itu. Ye lah … tetapi kehidupan ini, begini lah. 
Kita tidak melalui taman bunga sepanjang jalan tetapi setiap taman bunga yang kita tempoh, kita raikan dan pada liku dan sukar yang kita temui, kita tau bahawa esok lusa kita kan berjumpa gembira lagi. 
Resamnya …

Kita ucapkan selamat sejahtera kepada Thor dan keluarga barunya, I yakin dia akan sentiasa di jaga dengan kasih sayang.

I juga percaya semua yang kita sayangi, akan bersama-sama dengan kita di syurga nanti … asalkan kita sentiasa berusaha untuk menjadi ahli syurga.


Nah, di sini kita berdoa semoga Allah SWT mengampunkan dosa kita dan jadikan kita ahli syurga. Amin.  

Comments

Popular posts from this blog

melukut di tepi gantang

Hari ini terasa nak guna peribahasa ‘melukut di tepi gantang’ I tahu maksudnya, samalah seperti kata orang ‘masuk tak penuh, keluar pula tak luak’ orang sekarang kata ‘terlebih sudu’ maksudnya; tidak diperlukan tapi sebelum I gunakan peribahasa itu, I terfikir apakah ‘melukut’ ?  kita ni kadang2 sedap bercakap sahaja tetapi tidak periksa apakah yang kita perkatakan. Ustaz I kata, setiap butir perkataan kita itu direkodkan dan kita akan ditanya di Mahsyar kelak tentang semua  yang kita perkatakan. Bukan hadis dan Al Quran sahaja yang kita nak kena verify … semua kata-kata pun bagi orang yang mengaku beriman, nak kena jaga. I kenal ‘gantang’. Gantang adalah ukuran capacity 4 cupak iaitu lebih kurang 3kg. Beras kalau 3 kilo bagi I banyak, sebab I beli beras sekilo sahaja dan boleh bertahan 2 bulan. Maksudnya mewahlah ukuran gantang itu. I pun google search maksud ‘melukut’ … Ampun ya Allah Melukut ini maksudnya ‘ broken rice grain’ , beras hancu...

Amalan setiap malam sebelum tidur, Surah Al Mulk

Bismillah Lama, I duduk diam. Perhati dan berfikir. Antara dua perkara yang Allah suka jika kita amalkan tetapi kebanyakan kita tak suka buat … lama, I duduk diam dan relate (mengaitkan) perkara2 yang   lalu lintas pada pendengaran, penglihatan dan hati dengan Al Quran dan vice versa – iaitu, Al Quran dengan apa2 yang di alami melalui pancaindera. Kebanyakan orang sudah tidak biasa, duduk diam dan merasa, merasa dan relate. Relate dan mengambil pengajaran. Cikgu I kata, “keep the lesson …” Kebanyakkan kita secepat merasa itulah akan berkata2.   Sangat cepat nak kongsi pendapat dan tekan butang ‘send’. Dunia sekarang semua orang suka berpendapat, cepat bereaksi   dan sangat suka mengulas … bahaya ! dan I, sejak I belajar tadabbur dan tazzakur ini. I buat tadabbur satu persatu, I tazzakur pula perlahan2 dan tidak publish. Sebab tujuan utama kita bertadabbur dan tazzakur ini ialah untuk beramal dengan ayat2 Al Quran.  Bila beramal pula buka...

Pada Melihat Awan Gelap

Wajah pagi, murung. Macam akan hujan atau mungkin index jerebu sangat tinggi. Terlintas dalam hati memohon keampunan daripada Allah. Teringat Rasulullah SAW, teringat hadis yang menceritakan bila langit berubah warna baginda akan keluar masuk rumah gelisah. Rasulullah gerunkan sekiranya awan hitam itu membawa azab daripada Allah SWT. Itu Rasulullah, itu hamba yang mulia, yang tidak berdosa. Kita ...! Bila kita melihat awan hitam dan langit gelap rasa bagaimana? Cuak, cemas?  Sekiranya kita ini orang perempuan mungkin kita akan terkenangkan jemuran. Sebahagian daripada agak bertuah kerana mempunyai Aini, akan mendoakan supaya Aini ingat untuk mengangkat jemuran. Bagi yang tidak ber’Aini macam saya, jika jemuran kita letakkan di luar rumah – kenalah pasrah. Bersiap sedia untuk membilas dan menyidai semula jemuran ...  Bagi kawan-kawan kita abang motor, tentu di benak mereka memikirkan tadi ada ke sayang saya masukkan baju hujan dalam beg. Kalau ada, Alhamdulillah. Kalau...