Skip to main content

kesukaan pada apa-apa yang diingini nafsu

Bismillah

Beautified for mankind is love of the joys (that come) from women and offspring; and stored-up heaps of gold and silver, and horses branded (with their mark), and cattle and land. That is comfort of the life of the world. Allah! With Him is a more excellent abode. (3:14) 
Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: Kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga)

Pagi tadi, 
sementara masih gelap alam maya ini, tiba-tiba terasa nak check telephone, nak tengok apakah ayat yang Muslim Pro ada untuk I hari ini … 

sepanjang hari, 

hari ini I menghayati ayat tersebut … 


seronoknya bila dah belajar bertadabbur & tazakkur ini. Kita lebih senang hati menghayati satu ayat daripada semuka Quran.

Sehari ayat itu bermain dalam minda, sebenarnya I buat tadabbur level satu sahaja. Itu pun bukan main amazing dengan kalam Allah.

Sekali pandang;

Kita nampak bahawa semua perkara yang kita sukai itu adalah tidak baik untuk kita, kann …

I nampak bahawa memang disediakan yang indah2 itu untuk kita, memang ada orang yang Allah bagi keindahan2 itu. 

Tetapi hendaklah kita ingat bahawa semua itu adalah ujian. Orang yang baik itu selalunya faham disamping memiliki hiburan dunia ini, dia tahu bahwa Allah lah yang mendatangkannya kepada kita dan dengan adat meminjam sementara waktu … yang kekal dan yang lebih baik tentulah Allah SWT.

Maksudnya ...

bila kita diberi kesenangan, kebahagiaan – kitalah yang lebih banyak bersyukur. 
Lebih taat beribadat. 
Lebih dulu sampai ke masjid mengambil saf yang depan. 
Lebih segera membantu orang yang susah. 
Lebih selalu menyebut nama2 Allah. 
Lebih tekun menjaga solat malam. 
Lebih lembut tutur kata, dan 
lebih santun. 

Begitulah kan …

Terima kasih O Allah SWT, hadiah pagi ini sangat berharga. Alhamdulillah.

sekejab lagi nak isya dan kemudian I nak tidur. 

kekasih yang kita sayangi, tinggallah dulu. 

Jodoh kita pun Allah yang jaga … walaupun I sangat teringin untuk melihat wajahnya sekali lagi. Esok boleh insyallah. 

kawan2, dengan apa-apa yang kita pilih sebagai hiburan dan ketenangan jiwa tentulah mendekatkan diri kepada Allah, mencari redhaNya adalah yang lebih baik.

Allah lebih mengetahui .... 

selamat malam.


Comments

Popular posts from this blog

melukut di tepi gantang

Hari ini terasa nak guna peribahasa ‘melukut di tepi gantang’ I tahu maksudnya, samalah seperti kata orang ‘masuk tak penuh, keluar pula tak luak’ orang sekarang kata ‘terlebih sudu’ maksudnya; tidak diperlukan tapi sebelum I gunakan peribahasa itu, I terfikir apakah ‘melukut’ ?  kita ni kadang2 sedap bercakap sahaja tetapi tidak periksa apakah yang kita perkatakan. Ustaz I kata, setiap butir perkataan kita itu direkodkan dan kita akan ditanya di Mahsyar kelak tentang semua  yang kita perkatakan. Bukan hadis dan Al Quran sahaja yang kita nak kena verify … semua kata-kata pun bagi orang yang mengaku beriman, nak kena jaga. I kenal ‘gantang’. Gantang adalah ukuran capacity 4 cupak iaitu lebih kurang 3kg. Beras kalau 3 kilo bagi I banyak, sebab I beli beras sekilo sahaja dan boleh bertahan 2 bulan. Maksudnya mewahlah ukuran gantang itu. I pun google search maksud ‘melukut’ … Ampun ya Allah Melukut ini maksudnya ‘ broken rice grain’ , beras hancu...

An Nisa 142

bismillah ...  semalam migraine, seharian. Yang memotivasikan  untuk bangun pagi tadi hanyalah kerana I berjanji boleh tidur semula selepas solat subuh - dan, selalunya bila sakit - I minta Allah bagi hadiah kerana I sabar menjalani sakit (kononnya). Alhamdulillah, kerana sifat kasih Allah itu melebihi daripada apapun maka, sebagai hadiah yang I nampak ialah ayat 142 surah An Nisa yang singgah pada bacaan pagi tadi. Verily, the hypocrites seek to deceive Allâh, but it is He Who deceives them. And when they stand up for As-Salât (the prayer), they stand with laziness and to be seen of men, and they do not remember Allâh but little. (4:142)   maka, hari ini - I minta ampun banyak-banyak kerana I lah orang yang solat tetapi lalai. I tahu bahawa solat itu adalah ibadah yang sangat amazing, I maklum tentang kelebihan rukuk dan sujud ... ehem, I yang juga mengajar tentang solat. I faham apa yang baca dalam solat tetapi I jugalah yang ke sana dan ke mari dalam solat....

Amalan setiap malam sebelum tidur, Surah Al Mulk

Bismillah Lama, I duduk diam. Perhati dan berfikir. Antara dua perkara yang Allah suka jika kita amalkan tetapi kebanyakan kita tak suka buat … lama, I duduk diam dan relate (mengaitkan) perkara2 yang   lalu lintas pada pendengaran, penglihatan dan hati dengan Al Quran dan vice versa – iaitu, Al Quran dengan apa2 yang di alami melalui pancaindera. Kebanyakan orang sudah tidak biasa, duduk diam dan merasa, merasa dan relate. Relate dan mengambil pengajaran. Cikgu I kata, “keep the lesson …” Kebanyakkan kita secepat merasa itulah akan berkata2.   Sangat cepat nak kongsi pendapat dan tekan butang ‘send’. Dunia sekarang semua orang suka berpendapat, cepat bereaksi   dan sangat suka mengulas … bahaya ! dan I, sejak I belajar tadabbur dan tazzakur ini. I buat tadabbur satu persatu, I tazzakur pula perlahan2 dan tidak publish. Sebab tujuan utama kita bertadabbur dan tazzakur ini ialah untuk beramal dengan ayat2 Al Quran.  Bila beramal pula buka...