Bismillah Masih dengan project yang sama – sehari satu surah Sebelum itu I ada berbincang sedikit tentang project ini dengan kekasih, dia pesan suruh buka sahaja mana-mana surah kerana itulah yang digerakkan Allah. Dalam hati berkata juga, orang ini suruh I buka mana-mana surah, I ini bukanlah hafiz boleh petik mana-mana surah macam orang memetik daun. Ada juga surah yang belum sempat I explore dan mengaji tentangnya – mana bisa ambil mana-mana surah tetapi, hati tidak pandai untuk terlalu menentang. Pagi itu, sebelum waktu untuk sahur – I cuba selak Quran, mencari pengisian hari ini Terjumpa Surah Al Nisa ayat 40 Sesungguhnya Allah tidak sekali-kali menganiaya (seseorang) sekalipun seberat zarah (debu) dan kalaulah (amal yang seberat zarah) itu amal kebajikan, nescaya akan menggandakannya dan akan memberi, dari sisiNya, pahala yang amat besar. (4:40) Haa … bagaimana? Bagi I terasa macam segera nak buat baik, Tak perlu nak tung...