Skip to main content

Posts

Pakaian mandi muslimah

siang tadi ke pejabat ... (perkara yang jarang-jarang berlaku). Nisak - tegur, dia kata I kelihatan sedikit kurus.  Maka,  I ceritalah bagaimana Doktor menyarankan supaya I berhenti treadmill di Gym dan bertukar kepada aktiviti renang kerana routine di Gym agak membebankan saraf yang sudah tidak berapa kuat ... hu hu Sekarang I berenang setiap hari ...  yang menyebabkan I menulis ini ialah soalan Nisak. "Puan, berenang pakai pakaian renang muslimah?" Tidak boleh tidak, I jawab bahawa tiada pakaian renang di luar sana yang menurut tuntutan Agama. Orang perempuan ini, kalau dia balut badan dia dengan cadar sekali pun bila dia masuk kolam renang ... tetaplah aurat itu menjadi isu. bukan bila I buat menjadikan perkara itu betul. yang salah tetap salah. jadi, sesiapa di luar sana jika membeli belah untuk pakaian renang ketahuilah bahawa kita ini termasuk dalam golongan orang-orang yang berdosa. kawan-kawan - bila kita melihat label ' muslimah ' pada setiap item a...

mengumpat ...

Mengumpat ...  kita memang tidak suka melakukannya tetapi kita masih belum bebas daripada aktiviti ini (ampun ya Allah).  semalam, sangat lewat I dapat pesanan ringkas - bertanyakan apa yang I dah cerita tentang diri I sendiri  kepada XYZ. Mula-mula malas nak melayan tetapi oleh kerana penghujung pesanan itu ialah Mak sekarang susah hati, dah seminggu demam - merana akibat cerita orang. Eh ... ambil peduli jugalah! Bila I menyonsong kes tersebut. semua cerita orang itu adalah cerita benar, cuma (mungkin) intonasi dan special effect'nya sedikit dramatik atau mungkin ada perasa tambahan, I tidak tahu dan tidak mahu ambil tahu. Allahuakhbar !!!  Bukan I, orang pertama yang bercerai dalam dunia ini.  Dan, bukan rumahtangga I sahaja yang menghadapi isu ... yang tidak bercerai pun ada banyak isu.  so ... orang kata!  siapa yang orang tidak kata?  orang kawin, pun orang kata ... tidak kawin, lagilah orang mengata. Ada anak, pun jadi bahan ce...

Jemputan Majlis Perkahwinan

Disember ... "Jemputan Majlis Perkahwinan" Dulu, masa I kecil2 ... selalu wonder mengapa Arwah Abah tidak suka menghadiri majlis keramaian, dia sentiasa menolak walaupun tidak pernah menghalangi kami (mak dan anak2nya) untuk memenuhi jemputan orang. lama sudah abah meninggal dunia dan hal tersebut pun sudah lama luput dalam ingatan kebelakangan ini, setelah berusia hampir separuh abad ini - dalam diam I perasan rupanya I mewarisi Arwah Abah bab jemputan majlis perkahwinan ini. Mungkin atas alasan yang sama ... I tak tau, sebab I tak pernah sempat nak tanya dia dan dulu kita beranggapan bahawa beliau tidak suka bercampur dengan orang ramai. bagi diri I pula ...  1. I tak tau macamana I nak 'greet' tuan rumah - patutkah I ucapkan tahniah kepada tuan rumah yang telah bersusah payah untuk memperagakan anak gadisnya dengan tudung singkat dan baju ketat? yang mana sebenarnya I rasa kesian kepadanya. tetapi kalau I pula hendak menegur, tentulah di situ bukan temp...

Nikmat yang dilupakan ...

Setiap kali I membayar 'over price' coffee di luar sana, I mesti teringat surah Ar Rahman, lebih tepat ayat yang 31 kali diulang-ulang dalam surah tersebut. " Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? "   tetapi kopi ini adalah kesukaan   selain daripada air kosong, I minum kopi. I tak minum air bergas, tak minat pada teh. Tidak cenderung pada jus dan lain-lain di luar sana, hanya kopi dan bukan nescafe Tak tahu kenapa tetapi seolah-olah kemampuan membayar jumlah yang sedemikian untuk secawan kopi mengingatkan I bahawa nanti akan ditanya tentang nikmat ini ... tidak boleh I dustakan apa-apa yang Allah telah kurniakan, sedangkan  harga secawan kopi itu setara dengan satu hidangan makanan untuk sebuah keluarga miskin Ampun ya Allah Ita mesti sentiasa bersyukur dan, Ita mesti ingat bahawa ada bahagian untuk orang lain daripada apa yang telah Engkau berikan kepada Ita  teringat sebuah hadis; Dari Abu Hurairah r.a.,...

Surah Qaf

Hampir jam 4 petang I dah mandi, tukar baju bersiap untuk Asar. Teringat masa bekerja dulu, bila masuk jam 4 saja - ada beberapa orang kawan2 yang dah siap bertelekung sambil masih mengadap PC masing-masing kerana masih waktu bekerja tetapi sudah bersedia untuk berjemaah. Tiba-tiba bergetar rindu ... kawan-kawan macam ni kita doakan mereka masuk syurga. dan kita doakan juga mereka ni nanti kat syurga ingat kat kita ... manalah tau keadaan kita macamana masa tu. sebab kita kan baik dengan mereka, doa kita mereka akan seru kita untuk bersama-sama dengan mereka di Jannah. Alhamdulillah  (sebab tu kita digalakkan berkawan dengan orang-orang yang baik2) Pernah you berjumpa dengan orang yang bila kita ajak solat, dia kata "nanti sekejab" sebab dia nak habiskan kerja dia. Sebab kerja dia banyak tau! Sebab ... kalau dia tidak siapkan kerja-kerja tu siapa nak buat? you? Kalau company tak untung, macamana nak bayar gaji staff? Kalau tak ada gaji - macamana nak bayar bills. nak beli b...

Solat, hanya solat sahaja

Solat, dan hanya solat sahaja kemudian barulah kita melihat kepada amalan dan ibadah yang lain2. I tau, semua orang pun solat. Bagi hamba-hamba Allah yang mengaku taat ini, kita buatlah solat - lima waktu sehari semalam. mengikut ketetapan pada Rukun Islam. Buat pengetahuan you, selama-lama I mengajar solat - I masih dapati rata-rata kita belum lagi solat pada pengertian solat itu sendiri. kenapa I mengajar solat? sebab ... sebab, I suka bila semua orang jumpa khusyuk dalam solat. I nak, semua orang merasakan bagaimana solat itu adalah hiburan kepada Rasulullah SAW - kita semua tahu apa yang Rasulullah lalui dalam hidup Baginda, menghadapi kepayahan dakwah yang sentiasa ditentang. credibility yang sentiasa dipersoalkan. dituduh gila, dikatakan mengamalkan sihir macam-macam.  kita pun macam tu juga sikit lebih kurang.  tanggungjawab yang membukit.  tekanan daripada boss dan client.  tak cukup duit,  tak cukup masa,  tak cukup rehat.  a...

Ke Hospital

Bismillah ... Alhamdulillah - hari ini kita berpeluang untuk kaya lagi. Semalam, I dapat berita yang anak2 saudara I masuk hospital akibat serangan kuman. So, hari ini kita boleh jalan-jalan ke hospital. Berbahagialah orang yang berpeluang untuk menziarahi orang sakit sebab faedahnya sangat besar. 1. Mengeratkan hubungan persaudaraan - sebab yang sakit tu ahli keluarga, tentulah di hospital nanti ada juga saudara mara yang lain, inilah yang dikatakan 'sambil menyelam minum air' 2. berbakti kepada Ibu - I akan ke rumah mak dulu, ambil mak untuk bawa mak ke hospital sebab mak tak ada kemudahan lain untuk ke sana. Ini namanya leverage. Maximise the advantage. 3. Boleh berdoa untuk orang yang sakit dan boleh juga minta orang sakit doakan kita ... happy la I. 4. Boleh singgah Taman Putra, beli baju ... double happiness! dan, walau bagaimana pun menziarahi orang yang sakit ini antara ibadah yang sangat dituntut. Sebenarnya ini adalah hak orang yang sakit untuk diziarahi. S...