Skip to main content

Pakaian mandi muslimah

siang tadi ke pejabat ... (perkara yang jarang-jarang berlaku). Nisak - tegur, dia kata I kelihatan sedikit kurus. 
Maka, 
I ceritalah bagaimana Doktor menyarankan supaya I berhenti treadmill di Gym dan bertukar kepada aktiviti renang kerana routine di Gym agak membebankan saraf yang sudah tidak berapa kuat ... hu hu

Sekarang I berenang setiap hari ... 
yang menyebabkan I menulis ini ialah soalan Nisak. "Puan, berenang pakai pakaian renang muslimah?"

Tidak boleh tidak, I jawab bahawa tiada pakaian renang di luar sana yang menurut tuntutan Agama. Orang perempuan ini, kalau dia balut badan dia dengan cadar sekali pun bila dia masuk kolam renang ... tetaplah aurat itu menjadi isu.


bukan bila I buat menjadikan perkara itu betul. yang salah tetap salah. jadi, sesiapa di luar sana jika membeli belah untuk pakaian renang ketahuilah bahawa kita ini termasuk dalam golongan orang-orang yang berdosa.

kawan-kawan - bila kita melihat label 'muslimah' pada setiap item atau logo 'halal' belum lagi membebaskan kita daripada tanggungjawab sebagai seorang yang beriman untuk berdialong dengan ilmu dan akal. 

Sebab kita semua akan dipersoalkan dengan apa yang kita lakukan ... tidak boleh esok kita nak jawab "eh ... kan ada logo halal!"

cikgu I kata, bila ramai orang membuatnya selalunya dan nampak best. itu adalah perkara sia-sia kerana neraka itu dikelilingi apa kesukaan syahwat dan syurga dikelilingi oleh perkara-perkara yang payah dan tidak disenangi jiwa.

ye lah. jagalah baik diri sendiri!


Walau bagaimana pun,
selepas sebulan berenang secara konsisten - I makin sihat, lebih bertenaga. Gembira dan terasa kaya raya  (tetapi tetap berdosa). 


Yang bestnya berenang ini. 

Selama sesi berenang itu I boleh duduk dalam Zero Mind Process. Cuma I dan nafas ... next, I cerita bab berenang lah eh 

Selamat Malam, muah! 



Comments

Popular posts from this blog

melukut di tepi gantang

Hari ini terasa nak guna peribahasa ‘melukut di tepi gantang’ I tahu maksudnya, samalah seperti kata orang ‘masuk tak penuh, keluar pula tak luak’ orang sekarang kata ‘terlebih sudu’ maksudnya; tidak diperlukan tapi sebelum I gunakan peribahasa itu, I terfikir apakah ‘melukut’ ?  kita ni kadang2 sedap bercakap sahaja tetapi tidak periksa apakah yang kita perkatakan. Ustaz I kata, setiap butir perkataan kita itu direkodkan dan kita akan ditanya di Mahsyar kelak tentang semua  yang kita perkatakan. Bukan hadis dan Al Quran sahaja yang kita nak kena verify … semua kata-kata pun bagi orang yang mengaku beriman, nak kena jaga. I kenal ‘gantang’. Gantang adalah ukuran capacity 4 cupak iaitu lebih kurang 3kg. Beras kalau 3 kilo bagi I banyak, sebab I beli beras sekilo sahaja dan boleh bertahan 2 bulan. Maksudnya mewahlah ukuran gantang itu. I pun google search maksud ‘melukut’ … Ampun ya Allah Melukut ini maksudnya ‘ broken rice grain’ , beras hancu...

Amalan setiap malam sebelum tidur, Surah Al Mulk

Bismillah Lama, I duduk diam. Perhati dan berfikir. Antara dua perkara yang Allah suka jika kita amalkan tetapi kebanyakan kita tak suka buat … lama, I duduk diam dan relate (mengaitkan) perkara2 yang   lalu lintas pada pendengaran, penglihatan dan hati dengan Al Quran dan vice versa – iaitu, Al Quran dengan apa2 yang di alami melalui pancaindera. Kebanyakan orang sudah tidak biasa, duduk diam dan merasa, merasa dan relate. Relate dan mengambil pengajaran. Cikgu I kata, “keep the lesson …” Kebanyakkan kita secepat merasa itulah akan berkata2.   Sangat cepat nak kongsi pendapat dan tekan butang ‘send’. Dunia sekarang semua orang suka berpendapat, cepat bereaksi   dan sangat suka mengulas … bahaya ! dan I, sejak I belajar tadabbur dan tazzakur ini. I buat tadabbur satu persatu, I tazzakur pula perlahan2 dan tidak publish. Sebab tujuan utama kita bertadabbur dan tazzakur ini ialah untuk beramal dengan ayat2 Al Quran.  Bila beramal pula buka...

Qalbun Saleem

Cara terbaik untuk celebrate birthday orang tersayang ...  lama tidak ke Imuslim untuk belajar kelas berbayar mahu pun percuma, tetapi - hari ini special sebab birthday Ibrahim Topik hari ini best - Qalbun Saleem.  Kawan-kawan, akan tiba satu hari nanti ... di mana harta benda dan ahli keluarga tidak akan dapat menyelamatkan diri kita KECUALI bagi orang-orang yang beriman; yang memiliki hati yang bersih (Qalbun Saleem); yang sentiasa ingat kepada Allah (berdiri, duduk dan baring) yang sentiasa meminta keampunan daripada Allah berdoa supaya terperlihara daripada azab api neraka. (rujuk surah Al Imran; ayat 10, 16 & 17) Soalannya, apakah kita memiliki hati yang bersih ini? hati yang bersih ini kita perlukan bila kita berdiri di hari pembalasan esok. maknanya, hari ini tak perlu sangatlah.  Bak kata Sheikh itu semalam, kepada Allah - tidak mendatangkan apa-apa mudarat kepadaNya samada kita percaya kepada Allah atau tidak. Samada kita taat atau tidak ... ata...