Skip to main content

mengumpat ...

Mengumpat ... 
kita memang tidak suka melakukannya tetapi kita masih belum bebas daripada aktiviti ini (ampun ya Allah). 

semalam, sangat lewat I dapat pesanan ringkas - bertanyakan apa yang I dah cerita tentang diri I sendiri kepada XYZ. Mula-mula malas nak melayan tetapi oleh kerana penghujung pesanan itu ialah Mak sekarang susah hati, dah seminggu demam - merana akibat cerita orang. Eh ... ambil peduli jugalah!

Bila I menyonsong kes tersebut. semua cerita orang itu adalah cerita benar, cuma (mungkin) intonasi dan special effect'nya sedikit dramatik atau mungkin ada perasa tambahan, I tidak tahu dan tidak mahu ambil tahu.

Allahuakhbar !!! 
Bukan I, orang pertama yang bercerai dalam dunia ini. 
Dan, bukan rumahtangga I sahaja yang menghadapi isu ... yang tidak bercerai pun ada banyak isu. 

so ... orang kata! 
siapa yang orang tidak kata? 
orang kawin, pun orang kata ... tidak kawin, lagilah orang mengata. Ada anak, pun jadi bahan cerita orang. tak ada anak ... ish! lagi lah menjadi berita. bercerai orang kata, tak bercerai pun dikata orang juga. 
pendek kata - orang yang suka berkata-kata itu akan berkata-kata seperti kononnya mereka tidak tau bahawa setiap butir perkataan yang keluar daripada mulut ini tidak akan dipersoalkan. 

FYI Di akirat nanti oleh Allah dan dipersaksikan oleh semua-mua makhluk. (boleh bayangkan macamana keadaannya bila satu stadium mendengar soal siasat akibat perkara yang kita sangkakan remeh)

kadang-kadang I tengok orang di dalam masjid pun orang-orang kita ini suka berkata-kata. walaupun semua orang sedia maklum bahawa waktu antara Azan dan Iqamah itulah doa mustajab. 
Paling kesian, dah berkumandang iqamah, sudah meluruskan saf pun dia masih berkehendak untuk berkata-kata.

Ok, CUKUPLAH ... 
jom jaga diri kita mulai hari ini. Sekiranya kata-kata kita itu boleh menyebab orang sampai seminggu demam. Di kuartiri esok lusa kita juga boleh jadi lebam dengan kata-kata orang.

Teringat kisah Aishah yang difitnah dalam surah An Nur. satu persatu Allah huraikan dalam surah itu alangkah ruginya sekiranya kita tidak mengambil pengajaran. (rujuk Surah An Noor 24: 11-22) - untuk makluman kes awal tadi bukan isu fitnah, ok!

Sesungguhnya orang-orang yang membawa berita yang amat dusta itu ialah segolongan dari kalangan kamu; janganlah kamu menyangka (berita yang dusta) itu buruk bagi kamu, bahkan ia baik bagi kamu. Tiap-tiap seorang di antara mereka akan beroleh hukuman sepadan dengan kesalahan yang dilakukannya itu dan orang yang mengambil bahagian besar dalam menyiarkannya di antara mereka, akan beroleh seksa yang besar (di dunia dan di akhirat). (11) Sepatutnya semasa kamu mendengar tuduhan itu, orang-orang yang beriman lelaki dan perempuan, menaruh baik sangka kepada diri (orang-orang) mereka sendiri. dan berkata: Ini ialah tuduhan dusta yang nyata. (12)

tetapi yang menarik pada I, ialah ayat ke 22 ... I ingat inilah antara jalan mudah memeta laluan untuk mendapat ampunan daripada Allah, iaitu memaafkan sahaja orang-orang itu

hendaklah mereka memaafkan serta melupakan kesalahan orang-orang itu; tidakkah kamu suka supaya Allah mengampunkan dosa kamu? Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani. (22)
Mak I selalu pesan masa I kecil2 dulu. Bahawa Ular yang menyusur akar tidak akan hilang bisanya ... 
kita ni bukanlah berbisa sangat tetapi bila sudah seusia begini dan dengan pengalaman hidup yang berbagai inilah yang telah membolehkan I jadi 'Relationship Coach' dan dapat membantu ramai orang. Alhamdulillah.

 I sangat percaya sekiranya kita pandai mendidik jiwa untuk tidak melambung bila menerima pujian, kita juga tidak akan tercubit dengan cercaan. (sekali lagi, untuk makluman - isu sebenar bukanlah kes fitnah) 

pesanan terakhir buat adik I malam tadi ialah minta dia agar memujuk Mak supaya sabar dan baik sangka. Atau jika boleh menghiburkan Mak, ajaklah dia mengira-ngira berapakan pahala orang yang 'mengata' itu telah dicreditkan ke dalam akaunnya. 

Maklum, kita juga selalu kemelesetan pahala akibat daripada mengata orang - sekian.





Comments

Popular posts from this blog

Amalan setiap malam sebelum tidur, Surah Al Mulk

Bismillah Lama, I duduk diam. Perhati dan berfikir. Antara dua perkara yang Allah suka jika kita amalkan tetapi kebanyakan kita tak suka buat … lama, I duduk diam dan relate (mengaitkan) perkara2 yang   lalu lintas pada pendengaran, penglihatan dan hati dengan Al Quran dan vice versa – iaitu, Al Quran dengan apa2 yang di alami melalui pancaindera. Kebanyakan orang sudah tidak biasa, duduk diam dan merasa, merasa dan relate. Relate dan mengambil pengajaran. Cikgu I kata, “keep the lesson …” Kebanyakkan kita secepat merasa itulah akan berkata2.   Sangat cepat nak kongsi pendapat dan tekan butang ‘send’. Dunia sekarang semua orang suka berpendapat, cepat bereaksi   dan sangat suka mengulas … bahaya ! dan I, sejak I belajar tadabbur dan tazzakur ini. I buat tadabbur satu persatu, I tazzakur pula perlahan2 dan tidak publish. Sebab tujuan utama kita bertadabbur dan tazzakur ini ialah untuk beramal dengan ayat2 Al Quran.  Bila beramal pula buka...

Surah An Naba

Surah ini adalah hadiah daripada seorang kekasih.  Saya ini terbiasa -  antaranya, bila memulakan kata-kata, I akan sebut ‘uhm …’ besar kemungkinan kerana I sedang mengarang ayat sebelum menyatakannya atau mungkin I saja nak berkata-kata sedangkan belum betul pasti apa yang hendak I katakan. Katanya, adalah lebih baik sekiranya I sambung sedikit lagi menjadikannya ayat pertama Surah An Naba, sekurang-kurangnya I boleh memanfaatkan diri dengan pembacaan ayat-ayat Al Quran … Sebenarnya, dia tidak menghadiahkan surah ini secara fizikal tetapi oleh kerana dia sentiasa menyambut setiap kali I menyebut ‘uhm’ dengan membacakan ayat pertama Surah An Naba. maka, terbiasalah I teringatkannya bila menyebut 'uhm' walaupun dia sudah tidak lagi bersama! Tetapi oleh kerana I ni selalunya melihat bahawa tidak akan bergerak satu zarah tanpa Izin Allah, dan sebagai orang yang sentiasa meminta daripada Allah, kita hendaklah sentiasa menadah tangan untuk menerima apa yang Alla...

melukut di tepi gantang

Hari ini terasa nak guna peribahasa ‘melukut di tepi gantang’ I tahu maksudnya, samalah seperti kata orang ‘masuk tak penuh, keluar pula tak luak’ orang sekarang kata ‘terlebih sudu’ maksudnya; tidak diperlukan tapi sebelum I gunakan peribahasa itu, I terfikir apakah ‘melukut’ ?  kita ni kadang2 sedap bercakap sahaja tetapi tidak periksa apakah yang kita perkatakan. Ustaz I kata, setiap butir perkataan kita itu direkodkan dan kita akan ditanya di Mahsyar kelak tentang semua  yang kita perkatakan. Bukan hadis dan Al Quran sahaja yang kita nak kena verify … semua kata-kata pun bagi orang yang mengaku beriman, nak kena jaga. I kenal ‘gantang’. Gantang adalah ukuran capacity 4 cupak iaitu lebih kurang 3kg. Beras kalau 3 kilo bagi I banyak, sebab I beli beras sekilo sahaja dan boleh bertahan 2 bulan. Maksudnya mewahlah ukuran gantang itu. I pun google search maksud ‘melukut’ … Ampun ya Allah Melukut ini maksudnya ‘ broken rice grain’ , beras hancu...