Skip to main content

Posts

Showing posts from 2017

Berinteraksi dengan Al Quran

Bismillah Cuba hendak tidur tetapi luar biasa aktiviti malam ini menjadikan mata tidak mengantuk. Tadi keluar menjemput ustaz yang tiba dari Kuala Lumpur untuk program di UTM esok. Sudah seminggu berpuasa, menjalani Ramadan. Bagaimana? Bagaimana dengan hubungan kita dengan Al Quran. Ustaz I pesan supaya setiap Ramadan, kita buka Al Quran seolah-olah inilah kali pertama kita berinteraksi dengannya.  FYI, bila dikatakan BERINTERAKSI – maka tentulah ianya melibatkan hubungan dua hala. Macam bila I berinteraksi dengan you, maksudnya tentulah apa-apa yang lakukan dengan you ada balasan balik daripada pihak yang satu lagi. Macam dialog, tak jadi jika monolog. Sudah bertahun-tahun kita lalui Ramadan dengan tekun membaca Al Quran, hendak-hendaknya kita pula ada niat untuk Khatam Al Quran ini setidak-tidaknya sekali. Hendak khatam dengan majlis2 khatam Al Quran yang akan diadakan pada sepuluh malam terakhir Ramadan. Alangkah … Sepatutnya Al Quran yang 600 muka dan...

last day at the office

Bismillah Hari ini adalah hari terakhir di pejabat (1 August 2016 – 31 May 2017)… Masih ingat lagi, hari pertama menjawat jawatan di sini – Sembilan bulan yang lalu. Ya Allah Sembilan bulan sudah, rasa macam sekejab sahaja. Begitulah masa kan … jika kita tidak awas. Tiba-tiba sahaja nanti kita dah tua … Tiba-tiba “rumput sudah lebih tinggi dari lalang …” perumpamaan ini sebenarnya sangat tajam, I memang sangat kagum dengan kebijasanaan orang yang boleh mengulas peribahasa sehinggakan sindiran yang tajam itu tetap lembut bila berbutir dengan kata-kata. Maka, kita yang kemudian ini sepatutnyalah belajar sedikit sebanyak untuk menghargainya. Walau bagaimanapun … Hari ini adalah hari terakhir, apa yang melekat sungguh pada sanubari I ialah surau yang luas dan bersih dan sangat selesa di Bangunan Sultan Iskandar ini. Pengguna bangunan ini selesa, malah tetamu yang keluar masuk daripada negara tercinta ini juga dapat merasai nikmat beribadah … Lagi satu … panel kaca ...

persiapan ramadan 2017

Bismillah Selamat petang dan selamat menyambut Ramadan … dua tiga orang yang sempat jumpa dan bercerita tentang Ramadan, mengharapkan Ramadan kali ini special, atau terbaik.  Tetapi siang tadi, bila I singgah ke Kipmart (pasar) … ampun ya Allah. Trolley sudah habis, eh … ramainya orang ke pasar? Bukankah bulan Ramadan ini bulan untuk berpuasa? Maksudnya – tidak boleh makan atau kurang makan, bukannya untuk makan2. Hiss … I pergi pasar sebab nak beli buah – buat buah tangan untuk nak ziarah, keluarga di Taib Andak. Nak hantar sikit kurma … tanda kasih sayang sempena Ramadan yang penuh keberkatan ini … agaknya semua orang pun macam tu lak kot. Nak memerlihara hubungan sesama insan kannn … Ramadan kali ini - harapan I, untuk ada hubungan yang lebih baik dengan Al Quran.  Dah selalu belajar …  kali ini, nak duduk diam2 dan berinteraksi dengan Al Quran. Pertama; I ingat nak simpan remote control TV ni dalam laci supaya tidak mudah di capai tangan....

Bila Allah menjawab doa kita?

Bismillah Soalan; Bila Allah menjawab doa kita? Allah jawab semasa kita berdoa, atau selepas? Atau suatu masa nanti? Hari tu – cikgu I tanya soalan ini dalam class. Hampir 15 minit satu kelas, sejumlah lebih kurang 80 orang itu membahaskannya. I jawab semasa merujuk pada ayat 186 daripada surah Al Baqarah … “.. Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKu …” PERISTIWA 1 Siang tadi, Allah berkenan untuk menunjukkan bukti ilmu. (you all tau kan, bila kita belajar kadang2 kerana kita sangat hendak tau – Allah akan tunjukkan bukti kepada ilmu supaya hati kita tenteram) Hari ini, I tak berapa nak happy dengan isu semasa. Macam biasa dalam hidup ini kita akan menghadapi ujian demi ujian. I bertanya – inikah yang Allah sedang tunjukkan kepada I. apakah berita-berita yang yang terima ini kaedah Allah menjawab untuk I tamatkan usahasama dengan bekas suami yang satu ini. hari pula begitu panas, lantas mulut menyebut “hujanlah hend...

cara melihat trajedi kehidupan

Bismillah Semalam kali kedua I buat treatment menggunakan movie. You selalu menyaksikan bagaimana trainer selalu tayangkan video clip untuk memotivasikan kita, bagaimana diterangkan maksud tersirat isi program. Okay … I ni ada client yang manja.  Yang berdegil dengan isu yang dihadapinya, pada dia – biasalah masalah dia adalah halangan besar untuk dia memajukan dirinya. Dia suka duduk dalam alam dukacita dan selesa untuk simpati pada diri sendiri. Walaupun hampir 27 juta masyarakat Malaysia sedang mengahadapi masalah yang jauh lebih besar daripada masalahnya … I ada cara baru untuk buat treatment. I bagi dia duduk selesa2 dan I mainkan movie.  I mainkan cerita cinta yang sedih 'the fault in our stars' …  I bagi dia nangis puas2. Sebab dia memang hendak menangis, dia memang hendak bersedih. Cuma I tidak mahu dia sedihkan cerita dia sahaja. I tidak mahu dia nampak kisah cintanya sahaja yang trajis.  Hilang boy friend jer kot – ish! ...

sabar dan baik sangka 2

Pernah ke terfikir, kenapa kita cari – apa yang kita tidak boleh jumpa? I rasa macam tidak pandai tetapi, beginilah halnya insan dan dunia semua ini telah ditulis satu persatu dalam Al Quran. Kita baca, kita selalu baca. Kita selalu jumpa dan kita faham tetapi selalunya kita tidak memikirkannya, jarang merenung.  I pun macam tu juga sehinggalah petang tadi.  Bila I mencari sabun untuk nak lap lantai – satu rumah I mencarinya. Dua kali I pusing rumah yang sekangkang kera ini. Bukankah lebih baik guna sahaja sabun yang baru, sementara yang dah tinggal sedikit itu Allah pilih untuk kita temui.  Mengapa kita suka bergantung kepada kecerdasan akal fikiran kita sedangkan kita tahu bahawa sebagai insan kita ini lemah. Kita sangat maklum pula bahawa Allah SWT ini Maha Mengetahui , tetapi kita pun selalu sahaja tak nak percaya pada apa yang Allah bagi.  Teruk betul.  Dah lah gitu, kita juga selalu diingatkan bahawa apa-apa yang Allah turunkan...

taubat 1

Bismillah Sesungguhnya azab Tuhanmu (terhadap orang-orang yang kufur ingkar) amatlah berat. (85:12)   Pagi itu, sementara menantikan Iqamah Subuh. I memerhatikan ‘perempuan’ ini. (sepatutnya I tahu namanya, sepatutnya I sudah berkenalan dengannya, sebab dia ini ahli masjid ini. Tetapi, I memang tidak bersosial pada waktu subuh dan I jarang ke Masjid ini pada waktu2 yang lainnya – ish! Tak bagus kan … belumlah I ini layak menjadi umat contoh) . Sebenarnya, I memang selalu memerhatikannya; I terpanggil sebab dia sentiasa melazimi buku doa yang sudah lusuh ditangan dan setiap pagi dia akan mengulang2inya, macam2 doa yang dibacanya. Suka I melihatkan ketekunannya dan tiap2 kali I tanya pada diri. Belumkah dihafal doa2 itu … Hari ini, I memerhatikannya dengan pandangan yang lain. I nampak ‘ringan’ pada sanubarinya di awal2 waktu begini. I membaca perwatakkan insan istimewa ini sebagai orang yang tidak berdosa. Sebab dia bersahaja saja pada membaca doa2nya. ...

hanya kepada Allah, hebat ayat ini

Bismillah Dan Allah jualah yang mengetahui rahsia langit dan bumi dan kepadaNyalah dikembalikan segala urusan. Oleh itu, sembahlah akan Dia serta berserahlah kepadaNya dan (ingatlah), Tuhanmu tidak sekali-kali lalai akan apa yang kamu lakukan. (11:123) Surah Hud, ayat 123. ayat terakhir dalam surah ini … ayat ini mententeramkan hati pembacanya, kerana dia maklum bahawa Allah SWT itu mengetahui segala kebaikan, amalan dan perkataan hatinya yang mulia. Ayat ini, mengasyikkan seorang hamba untuk menyerah bulat kepada Allah SWT. Dia merasakan manis dalam sujud dan rukuknya kerana dia yakin Allah memerlihara dan mencukupkan untuknya. Damai … dia nampak dua kebun yang dijanjikan Allah untuknya, dia Nampak taman syurga, dia menyaksikan air sungai yang mengalir sejuk dan dia juga merasakan air hidangan yang manis tetapi tidak memabukkan Sekali lagi membaca ayat ini, tiba-tiba hati jadi gerun. Merasa takut dan cemas mencengkam dalam dada. Sakit perutnya memikirka...