Skip to main content

Berinteraksi dengan Al Quran

Bismillah

Cuba hendak tidur tetapi luar biasa aktiviti malam ini menjadikan mata tidak mengantuk. Tadi keluar menjemput ustaz yang tiba dari Kuala Lumpur untuk program di UTM esok.

Sudah seminggu berpuasa, menjalani Ramadan. Bagaimana?

Bagaimana dengan hubungan kita dengan Al Quran. Ustaz I pesan supaya setiap Ramadan, kita buka Al Quran seolah-olah inilah kali pertama kita berinteraksi dengannya. 
FYI, bila dikatakan BERINTERAKSI – maka tentulah ianya melibatkan hubungan dua hala. Macam bila I berinteraksi dengan you, maksudnya tentulah apa-apa yang lakukan dengan you ada balasan balik daripada pihak yang satu lagi. Macam dialog, tak jadi jika monolog.

Sudah bertahun-tahun kita lalui Ramadan dengan tekun membaca Al Quran, hendak-hendaknya kita pula ada niat untuk Khatam Al Quran ini setidak-tidaknya sekali. Hendak khatam dengan majlis2 khatam Al Quran yang akan diadakan pada sepuluh malam terakhir Ramadan.

Alangkah …

Sepatutnya Al Quran yang 600 muka dan padat dengan petunjuk ini, apabila kita baca menjadikan;
  1. Kita faham
  2.  Kita menjadi lebih baik (mengikut apa yang kita faham)

Jika selepas Ramadan, kita masih macam kita yang dulu – ada kemungkinan pembacaan kita pada Al Quran ini tidak mendatangkan kesan. 

Soalan nya – mukzijat itu dimana?

Ingat Hadis 40, yang selalu (atau, tak selalu – hu hu) kita baca. Hadis pertama – setiap perbuatan kita itu bermula daripada niat.

Ehem … soalan I yang selanjutnya. 
Hari itu masa mula2 buka Al Quran menjelang Ramadan niat kita apa? Nak Khatam? Nak hafal?

Jika sekiranya hari itu kita silap, jom re’start membaca Al Quran dengan niat untuk menimba ilmu dan menguasai faham.

"Rabbi Zidni 'Ilman (Ta Ha 20:114) War Zuqni Fahman"
(O Allah tambahkan saya ilmu dan kefahaman)

Jika dulu selepas kita membaca Al Quran, kita rasa tenang dan seronok kerana sudah mencukupi bilangan muka atau juzuk yang kita rancang. 

Hari ini kita buat permohonan doa, supaya ilmu yang kita perolehi dengan faham akan merubah gaya hidup kita. Menjadikan kita hamba yang berbeza keluar daripada Ramadan nanti.

Cikgu I pesan – Membaca setiap ayat, kita sambut dengan sepotong doa.

Contoh – Surah Al Baqarah
Ayat pertama;
Kita baca; Alif, Lam, Mim
Kita Doa; O Allah sungguh saya ini tidak mengetahui dan hanya Engkau ya Allah yang mempunyai segala pengetahuan, anugerahkanlah saya ini pengetahuan supaya saya menjadi hamba yang lebih bersyukur.

Ayat kedua;
Kita baca: Kitab Al Quran ini, tidak ada keraguan padanya. Petunjuk bagi mereka yang bertakwa.
Kita doa: Ya Allah benar Al Quran ini tidak ada keraguan padanya, jadikanlah kami hamba yang benar2 beriman dengannya. Dan taat mengikuti panduan daripadanya. Bukakanlah hati kami untuk faham ya Allah. Jadikanlah kami ini hambaMu yang bertakwa.

Dan ayat2 selanjutnya …

Mungkin kita tidak sempat khatam tetapi kita dah sempat menghayati Al Quran ini. Tahu mana perintah, mana amaran, mana janji2 Allah SWT kann. Bila sampai cerita tentang neraka – jadilah kita gerun dan terus meminta perlindungan daripadanya. Bila cerita tentang syurga, kita minta pula untuk dijadikan ahli ini. Barulah betul bahawa kita ini berinteraksi dengan Al Quran.

FYI doa pun ibadah juga. Zikir juga …

Jangan terkejut bila di Mahsyar nanti kita Nampak bukit2 kebajikan atas nama kita, hanya pada doa-doa yang pernah kita hafazkan yang tidak Allah nyatakan di dunia.

Cikgu I selalu pesan, orang islam ini kaya dengan berdoa …

Jom bina relationship yang baru dengan Al Quran dan menjadi hamba yang luar biasa.


Comments

Popular posts from this blog

melukut di tepi gantang

Hari ini terasa nak guna peribahasa ‘melukut di tepi gantang’ I tahu maksudnya, samalah seperti kata orang ‘masuk tak penuh, keluar pula tak luak’ orang sekarang kata ‘terlebih sudu’ maksudnya; tidak diperlukan tapi sebelum I gunakan peribahasa itu, I terfikir apakah ‘melukut’ ?  kita ni kadang2 sedap bercakap sahaja tetapi tidak periksa apakah yang kita perkatakan. Ustaz I kata, setiap butir perkataan kita itu direkodkan dan kita akan ditanya di Mahsyar kelak tentang semua  yang kita perkatakan. Bukan hadis dan Al Quran sahaja yang kita nak kena verify … semua kata-kata pun bagi orang yang mengaku beriman, nak kena jaga. I kenal ‘gantang’. Gantang adalah ukuran capacity 4 cupak iaitu lebih kurang 3kg. Beras kalau 3 kilo bagi I banyak, sebab I beli beras sekilo sahaja dan boleh bertahan 2 bulan. Maksudnya mewahlah ukuran gantang itu. I pun google search maksud ‘melukut’ … Ampun ya Allah Melukut ini maksudnya ‘ broken rice grain’ , beras hancu...

Amalan setiap malam sebelum tidur, Surah Al Mulk

Bismillah Lama, I duduk diam. Perhati dan berfikir. Antara dua perkara yang Allah suka jika kita amalkan tetapi kebanyakan kita tak suka buat … lama, I duduk diam dan relate (mengaitkan) perkara2 yang   lalu lintas pada pendengaran, penglihatan dan hati dengan Al Quran dan vice versa – iaitu, Al Quran dengan apa2 yang di alami melalui pancaindera. Kebanyakan orang sudah tidak biasa, duduk diam dan merasa, merasa dan relate. Relate dan mengambil pengajaran. Cikgu I kata, “keep the lesson …” Kebanyakkan kita secepat merasa itulah akan berkata2.   Sangat cepat nak kongsi pendapat dan tekan butang ‘send’. Dunia sekarang semua orang suka berpendapat, cepat bereaksi   dan sangat suka mengulas … bahaya ! dan I, sejak I belajar tadabbur dan tazzakur ini. I buat tadabbur satu persatu, I tazzakur pula perlahan2 dan tidak publish. Sebab tujuan utama kita bertadabbur dan tazzakur ini ialah untuk beramal dengan ayat2 Al Quran.  Bila beramal pula buka...

Qalbun Saleem

Cara terbaik untuk celebrate birthday orang tersayang ...  lama tidak ke Imuslim untuk belajar kelas berbayar mahu pun percuma, tetapi - hari ini special sebab birthday Ibrahim Topik hari ini best - Qalbun Saleem.  Kawan-kawan, akan tiba satu hari nanti ... di mana harta benda dan ahli keluarga tidak akan dapat menyelamatkan diri kita KECUALI bagi orang-orang yang beriman; yang memiliki hati yang bersih (Qalbun Saleem); yang sentiasa ingat kepada Allah (berdiri, duduk dan baring) yang sentiasa meminta keampunan daripada Allah berdoa supaya terperlihara daripada azab api neraka. (rujuk surah Al Imran; ayat 10, 16 & 17) Soalannya, apakah kita memiliki hati yang bersih ini? hati yang bersih ini kita perlukan bila kita berdiri di hari pembalasan esok. maknanya, hari ini tak perlu sangatlah.  Bak kata Sheikh itu semalam, kepada Allah - tidak mendatangkan apa-apa mudarat kepadaNya samada kita percaya kepada Allah atau tidak. Samada kita taat atau tidak ... ata...