Skip to main content

sabar dan baik sangka 2

Pernah ke terfikir, kenapa kita cari – apa yang kita tidak boleh jumpa?

I rasa macam tidak pandai
tetapi, beginilah halnya insan dan dunia

semua ini telah ditulis satu persatu dalam Al Quran. Kita baca, kita selalu baca. Kita selalu jumpa dan kita faham tetapi selalunya kita tidak memikirkannya, jarang merenung. 

I pun macam tu juga sehinggalah petang tadi. 
Bila I mencari sabun untuk nak lap lantai – satu rumah I mencarinya. Dua kali I pusing rumah yang sekangkang kera ini.

Bukankah lebih baik guna sahaja sabun yang baru, sementara yang dah tinggal sedikit itu Allah pilih untuk kita temui. 
Mengapa kita suka bergantung kepada kecerdasan akal fikiran kita sedangkan kita tahu bahawa sebagai insan kita ini lemah. Kita sangat maklum pula bahawa Allah SWT ini Maha Mengetahui, tetapi kita pun selalu sahaja tak nak percaya pada apa yang Allah bagi. 

Teruk betul. 
Dah lah gitu, kita juga selalu diingatkan bahawa apa-apa yang Allah turunkan kepada kita adalah ‘kebaikan’ tapi kita inginkan perkara2 yang lain juga.

Ampun ya Allah

I ni pun hari2 bergantung sangat pada ampunan Allah. 
Apalah nak jadi kepada kita yang tiap2 hari menzalimi diri kita sendiri. Allah susun satu persatu jalan yang lurus untuk kita, tetapi sentiasa, sentiasanya kita pilih yang lain tetapi berani pula mengaku yang kita ini beriman dan berani pula bercita2 untuk masuk syurga dengan kebaikan yang sikit2 yang pernah kita buat. Bercita2 untuk melihat wajah Allah SWT dengan amalan2 yang huru hara. 
Ampun ya Allah.

I mohon Allah ampunkan kita semua, 
I mohon Allah merahmati kita dan dengan rahmatNya, dia masukkan kita ke Syurga. Sebab kita tidak ada pilihan lain, neraka bukan tempat untuk sesiapa pun walau jahat manapun orang itu. Jika tengok kucing di aniaya pun hati kita luka, inikan pula melihat satu insan yang lain masuk neraka. 
Ish … kat sana sangat teruk kan.

Hari itu I bercerita, betapa jika sakit di dunia ini aka nada akhirnya. Katalah kita pergi dentist, masa dia kerjakan gigi kita tu – kita memang rasa sakit tetapi kita boleh sabra kerana sakit itu akan berakhir. Sedikit masa lagi. 
Begitu juga masa melahirkan anak, ramai orang kata sangat sakit. Memanglah sakit tetapi I boleh tahan sebab I tau ianya akan berakhir dan semuanya akan baik. Tetapi itu hal dunia, tiada yang kekal. 
Walaupun penderitaan. 
Apa lagi bahagia, senang, kaya, pangkat dan harta semuanya akan ada kesudahannya. Tetapi akhirat tiada …

Andainya you pernah marah sangat dengan seseorang, andainya you pernah doakan kemusnahan seseorang – I merayu janganlah doakan neraka sebagai tempat kembali mereka sebab tidak banyak sangatlah salah mereka kepada kita untuk menerima balasan itu. 

Hanya Allah sahajalah yang berkehendak sedemikian kerana keengganan sebahagian daripada kita untuk beriman kepadaNya.

Oh ya – berbalik kepada cerita, mengapa kita cari barang yang Allah jauhkan, hilangkan dan lindung daripada penglihatan kita. 

Apa kata, kita minta Allah pulangkan apa2 yang hilang itu jika ianya baik untuk kita, untuk agama kita dan sementara itu kita gunalah apa yang ada dengan berlapang dada kerana percaya pada kebesaran Allah. Boleh?

Supaya kita tidak kelihatan huru hara, di mata manusia. 
Tidak juga kelihatan sebagai hamba yang degil pada pandangan masyarakat di langit. Supaya kita lebih damai dan jantung kita lebih lunak – mengurangkan resiko heart attack.

Selepas hari ini, I tak nak pusing dua tiga kali rumah ini hanya kerana mencari sesuatu yang Allah  pilih untuk I tidak I temui. Nak jadi hamba yang taat … Allahuma Amin.

Tak kan lah ada orang masuk ke rumah ni sebab nak ambil sabun yang sebotol tu, tak kan pula cat punya kerja … so, jom baik sangka dan tidur lebih lena.

Sekian …

Oh ya – sebelum I berhenti, mohon doakan supaya boss I dianugerahkan hati yang lunak. Tadi dia confess bila jantung dia sangat deras dia akan ‘meletup’. Bila dia meletup, I pun jadi mangsa kena marah – tak syok kan … so, kita doakan dia jadi calon ahli syurga. Sebab antara ciri2 ahli syurga ni mereka tenang dan damai. Amin!


Comments

Popular posts from this blog

Amalan setiap malam sebelum tidur, Surah Al Mulk

Bismillah Lama, I duduk diam. Perhati dan berfikir. Antara dua perkara yang Allah suka jika kita amalkan tetapi kebanyakan kita tak suka buat … lama, I duduk diam dan relate (mengaitkan) perkara2 yang   lalu lintas pada pendengaran, penglihatan dan hati dengan Al Quran dan vice versa – iaitu, Al Quran dengan apa2 yang di alami melalui pancaindera. Kebanyakan orang sudah tidak biasa, duduk diam dan merasa, merasa dan relate. Relate dan mengambil pengajaran. Cikgu I kata, “keep the lesson …” Kebanyakkan kita secepat merasa itulah akan berkata2.   Sangat cepat nak kongsi pendapat dan tekan butang ‘send’. Dunia sekarang semua orang suka berpendapat, cepat bereaksi   dan sangat suka mengulas … bahaya ! dan I, sejak I belajar tadabbur dan tazzakur ini. I buat tadabbur satu persatu, I tazzakur pula perlahan2 dan tidak publish. Sebab tujuan utama kita bertadabbur dan tazzakur ini ialah untuk beramal dengan ayat2 Al Quran.  Bila beramal pula buka...

Surah An Naba

Surah ini adalah hadiah daripada seorang kekasih.  Saya ini terbiasa -  antaranya, bila memulakan kata-kata, I akan sebut ‘uhm …’ besar kemungkinan kerana I sedang mengarang ayat sebelum menyatakannya atau mungkin I saja nak berkata-kata sedangkan belum betul pasti apa yang hendak I katakan. Katanya, adalah lebih baik sekiranya I sambung sedikit lagi menjadikannya ayat pertama Surah An Naba, sekurang-kurangnya I boleh memanfaatkan diri dengan pembacaan ayat-ayat Al Quran … Sebenarnya, dia tidak menghadiahkan surah ini secara fizikal tetapi oleh kerana dia sentiasa menyambut setiap kali I menyebut ‘uhm’ dengan membacakan ayat pertama Surah An Naba. maka, terbiasalah I teringatkannya bila menyebut 'uhm' walaupun dia sudah tidak lagi bersama! Tetapi oleh kerana I ni selalunya melihat bahawa tidak akan bergerak satu zarah tanpa Izin Allah, dan sebagai orang yang sentiasa meminta daripada Allah, kita hendaklah sentiasa menadah tangan untuk menerima apa yang Alla...

melukut di tepi gantang

Hari ini terasa nak guna peribahasa ‘melukut di tepi gantang’ I tahu maksudnya, samalah seperti kata orang ‘masuk tak penuh, keluar pula tak luak’ orang sekarang kata ‘terlebih sudu’ maksudnya; tidak diperlukan tapi sebelum I gunakan peribahasa itu, I terfikir apakah ‘melukut’ ?  kita ni kadang2 sedap bercakap sahaja tetapi tidak periksa apakah yang kita perkatakan. Ustaz I kata, setiap butir perkataan kita itu direkodkan dan kita akan ditanya di Mahsyar kelak tentang semua  yang kita perkatakan. Bukan hadis dan Al Quran sahaja yang kita nak kena verify … semua kata-kata pun bagi orang yang mengaku beriman, nak kena jaga. I kenal ‘gantang’. Gantang adalah ukuran capacity 4 cupak iaitu lebih kurang 3kg. Beras kalau 3 kilo bagi I banyak, sebab I beli beras sekilo sahaja dan boleh bertahan 2 bulan. Maksudnya mewahlah ukuran gantang itu. I pun google search maksud ‘melukut’ … Ampun ya Allah Melukut ini maksudnya ‘ broken rice grain’ , beras hancu...