Skip to main content

Bila Allah menjawab doa kita?

Bismillah

Soalan;

Bila Allah menjawab doa kita?

Allah jawab semasa kita berdoa, atau selepas? Atau suatu masa nanti?

Hari tu – cikgu I tanya soalan ini dalam class.
Hampir 15 minit satu kelas, sejumlah lebih kurang 80 orang itu membahaskannya. I jawab semasa merujuk pada ayat 186 daripada surah Al Baqarah …

“.. Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKu …”

PERISTIWA 1

Siang tadi, Allah berkenan untuk menunjukkan bukti ilmu. (you all tau kan, bila kita belajar kadang2 kerana kita sangat hendak tau – Allah akan tunjukkan bukti kepada ilmu supaya hati kita tenteram)

Hari ini, I tak berapa nak happy dengan isu semasa. Macam biasa dalam hidup ini kita akan menghadapi ujian demi ujian. I bertanya – inikah yang Allah sedang tunjukkan kepada I. apakah berita-berita yang yang terima ini kaedah Allah menjawab untuk I tamatkan usahasama dengan bekas suami yang satu ini.

hari pula begitu panas,
lantas mulut menyebut “hujanlah hendaknya …” 
tiba-tiba hujan turun, terus lebat membasahkan cermin kereta sampai perlu switch on wiper … wah! Secepat itu Allah menjawab. 
betul ayat tadi, betul kepercayaan I. Memang hebat Allah ini.
Ini bukti ilmu

maka, marilah kita sentiasa berdoa. Jaga tertib menyebut doa, jangan minta yang bukan2 sebab adap hamba yang taat itu tidak merepek2 kannn.

marilah suka untuk berdoa. Dan rasa bahagia kerana kita yakin Allah menjawab semua doa kita masa itu juga, dan sebenarnya gembiralah bila kita berdoa kerana sebenar2nya Allah lah juga yang mengilhamkan kita untuk berdoa kerana Dia ingin menjawab doa itu.

apakah kita ingat, kita saja2 yang pandai2 berdoa ... tidak! Kita tau kan bahawa tidak bergerak satu zarah pun tanpa pengetahuanNya. Subhanallah.

PERISTIWA 2

Sementara menunggu anak2 membeli lunch di McDonald’s sebelum berangkat balik ke destinasi masing2 dan maaf, I memang tak terfikir nak masak. Waktu pukul 1 petang, I seronok melihat langit dan awan yang berkepul2. 
Teringat inilah tanda2 kehebatan Allah. Allah yang menjadikan langit, tanpa tiada dan tanpa sebarang kecacatan. Nampak juga silver lining pada awan sangat indah…

I teringat ayat yang I kongsikan tadi, 
I teringat pula pada kawan, bekas suami yang selalu betul mengadakan kacau ganggu pada fikiran. 
Teringat nak mendoakannya – nak minta Allah SWT membimbing dia pada kebenaran. Nak minta Allah SWT … 

Bukankah Allah ini Maha Pengasih, Maha Penyayang dan Maha Pengampun, mengapa I sibuk2 hal orang lain, nak minta itu dan ini. Nak betulkan situ dan sini.  
Baiklah I minta Allah ampunkan diri I yang lemah ini. Bukankan itulah sebaik-baik pemberian daripada Allah …

Dan langit … 
jadilah saksi bahawa Ita ini sedang meminta 

seronoknya menjadi hamba,

seronok juga bila tahu bahawa Allah itu menjawab doa hambaNya ketika dia berdoa. 
Seronok nak berdoa. 
Seronok bila melihat setiap sesuatu yang Allah jadikan ini tidak sia2, kerana akan mendekatkan lagi kita kepadaNya. 

katalah "Alhamdulillah"

Comments

Popular posts from this blog

melukut di tepi gantang

Hari ini terasa nak guna peribahasa ‘melukut di tepi gantang’ I tahu maksudnya, samalah seperti kata orang ‘masuk tak penuh, keluar pula tak luak’ orang sekarang kata ‘terlebih sudu’ maksudnya; tidak diperlukan tapi sebelum I gunakan peribahasa itu, I terfikir apakah ‘melukut’ ?  kita ni kadang2 sedap bercakap sahaja tetapi tidak periksa apakah yang kita perkatakan. Ustaz I kata, setiap butir perkataan kita itu direkodkan dan kita akan ditanya di Mahsyar kelak tentang semua  yang kita perkatakan. Bukan hadis dan Al Quran sahaja yang kita nak kena verify … semua kata-kata pun bagi orang yang mengaku beriman, nak kena jaga. I kenal ‘gantang’. Gantang adalah ukuran capacity 4 cupak iaitu lebih kurang 3kg. Beras kalau 3 kilo bagi I banyak, sebab I beli beras sekilo sahaja dan boleh bertahan 2 bulan. Maksudnya mewahlah ukuran gantang itu. I pun google search maksud ‘melukut’ … Ampun ya Allah Melukut ini maksudnya ‘ broken rice grain’ , beras hancu...

An Nisa 142

bismillah ...  semalam migraine, seharian. Yang memotivasikan  untuk bangun pagi tadi hanyalah kerana I berjanji boleh tidur semula selepas solat subuh - dan, selalunya bila sakit - I minta Allah bagi hadiah kerana I sabar menjalani sakit (kononnya). Alhamdulillah, kerana sifat kasih Allah itu melebihi daripada apapun maka, sebagai hadiah yang I nampak ialah ayat 142 surah An Nisa yang singgah pada bacaan pagi tadi. Verily, the hypocrites seek to deceive Allâh, but it is He Who deceives them. And when they stand up for As-Salât (the prayer), they stand with laziness and to be seen of men, and they do not remember Allâh but little. (4:142)   maka, hari ini - I minta ampun banyak-banyak kerana I lah orang yang solat tetapi lalai. I tahu bahawa solat itu adalah ibadah yang sangat amazing, I maklum tentang kelebihan rukuk dan sujud ... ehem, I yang juga mengajar tentang solat. I faham apa yang baca dalam solat tetapi I jugalah yang ke sana dan ke mari dalam solat....

Amalan setiap malam sebelum tidur, Surah Al Mulk

Bismillah Lama, I duduk diam. Perhati dan berfikir. Antara dua perkara yang Allah suka jika kita amalkan tetapi kebanyakan kita tak suka buat … lama, I duduk diam dan relate (mengaitkan) perkara2 yang   lalu lintas pada pendengaran, penglihatan dan hati dengan Al Quran dan vice versa – iaitu, Al Quran dengan apa2 yang di alami melalui pancaindera. Kebanyakan orang sudah tidak biasa, duduk diam dan merasa, merasa dan relate. Relate dan mengambil pengajaran. Cikgu I kata, “keep the lesson …” Kebanyakkan kita secepat merasa itulah akan berkata2.   Sangat cepat nak kongsi pendapat dan tekan butang ‘send’. Dunia sekarang semua orang suka berpendapat, cepat bereaksi   dan sangat suka mengulas … bahaya ! dan I, sejak I belajar tadabbur dan tazzakur ini. I buat tadabbur satu persatu, I tazzakur pula perlahan2 dan tidak publish. Sebab tujuan utama kita bertadabbur dan tazzakur ini ialah untuk beramal dengan ayat2 Al Quran.  Bila beramal pula buka...