Bismillah
Semalam kali
kedua I buat treatment menggunakan movie. You selalu menyaksikan bagaimana
trainer selalu tayangkan video clip untuk memotivasikan kita, bagaimana
diterangkan maksud tersirat isi program.
Okay … I ni
ada client yang manja.
Yang berdegil dengan isu yang dihadapinya, pada dia –
biasalah masalah dia adalah halangan besar untuk dia memajukan dirinya. Dia suka
duduk dalam alam dukacita dan selesa untuk simpati pada diri sendiri. Walaupun hampir
27 juta masyarakat Malaysia sedang mengahadapi masalah yang jauh lebih besar
daripada masalahnya …
I ada cara baru
untuk buat treatment.
I bagi dia
duduk selesa2 dan I mainkan movie.
I mainkan cerita cinta yang sedih 'the fault in our stars' …
I bagi dia nangis
puas2. Sebab dia memang hendak menangis, dia memang hendak bersedih. Cuma I
tidak mahu dia sedihkan cerita dia sahaja. I tidak mahu dia nampak kisah
cintanya sahaja yang trajis.
Hilang boy friend jer kot – ish!
FYI dia dah
ceria sedikit pagi ni, selepas semalam dia dah bazirkan beberapa helai tisu I.
rasa macam nak telefon cikgu I pagi ni
tapi nantilah – nak tengok outcome of my
experiment dulu.
Kawan2, bila
kita menghadapi sedikit masalah, bila kita ditimpa dukacita – bila kita
kehilangan sesuatu yang kita sayang.
Cuba tengok orang lain …
kata orang bila
kita tidak ada kasut dan cuma pakai selipar sahaja, cuba tengok orang yang tak
ada kaki. Tentu kita akan cepat bersyukur sebab ada kaki yang boleh bawa kita
kesana kemari, especially masjid untuk menunaikan solat berjemaah kerana tanda
bersyukur kepada Tuhan yang memberi sepasang kaki yang segak ini kannn …
Dan bagi
orang yang beriman, yang selalu berinteksi dengan Al Quran dia akan jumpa ayat
ini.
(Iaitu)
orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata:
Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali.
(Al Baqarah, 2:156)
Mereka itu
ialah orang-orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan dari Tuhan
mereka serta rahmatNya dan mereka itulah orang-orang yang dapat petunjuk
hidayatNya. (Al Baqarah, 2:157)
Cuba ayat ini pula;
Dan tiadalah sesuatupun dari makhluk-makhluk yang bergerak di bumi melainkan Allah jualah yang menanggung rezekinya dan mengetahui tempat kediamannya dan tempat dia disimpan. Semuanya itu tersurat di dalam Kitab (Luh Mahfuz) yang nyata (kepada malaikat-malaikat yang berkenaan). (Hud, 11:6)
Cuba ayat ini pula;
Katakanlah
(wahai Muhammad): Tidak sekali-kali akan menimpa kami sesuatu pun melainkan apa
yang telah ditetapkan Allah bagi kami. Dialah Pelindung yang menyelamatkan kami
dan (dengan kepercayaan itu) maka kepada Allah jualah hendaknya orang-orang
yang beriman bertawakal. (At Taubah, 9:51)
Dan jika
Allah mengenakan engkau dengan sesuatu yang membahayakan, maka tiada sesiapa
pun yang akan dapat menghapuskannya melainkan Dia dan jika Dia menghendaki
engkau beroleh sesuatu kebaikan, maka tiada sesiapapun yang akan dapat
menghalangi limpah kurniaNya. Allah melimpahkan kurniaNya itu kepada sesiapa
yang dikendakiNya dari hamba-hambaNya dan Dialah Yang Maha Pengampun lagi Maha
Mengasihani. (Yunus, 10:107)
Dan tiadalah sesuatupun dari makhluk-makhluk yang bergerak di bumi melainkan Allah jualah yang menanggung rezekinya dan mengetahui tempat kediamannya dan tempat dia disimpan. Semuanya itu tersurat di dalam Kitab (Luh Mahfuz) yang nyata (kepada malaikat-malaikat yang berkenaan). (Hud, 11:6)
Kerana
sesungguhnya aku telah berserah diri kepada Allah, Tuhanku dan Tuhan kamu!
Tiadalah sesuatupun dari makhluk-makhluk yang bergerak di muka bumi melainkan
Allah jualah yang menguasainya. Sesungguhnya Tuhanku tetap di atas jalan yang
lurus. (Hud, 11:56)
Dan
(ingatlah) berapa banyak binatang yang tidak membawa rezekinya bersama, Allah
jualah yang memberi rezeki kepadanya dan kepada kamu dan Dialah jua Yang Maha
Mendengar, lagi Maha Mengetahui. (Al Ankabut, 29:60)
Apa jua
jenis rahmat yang dibukakan oleh Allah kepada manusia, maka tidak ada
sesuatupun yang dapat menahannya dan apa jua yang ditahan oleh Allah maka tidak
ada sesuatupun yang dapat melepaskannya sesudah itu dan (ingatlah) Dialah
sahaja Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. (Fatir, 35:2)
Dan demi
sesungguhnya! Jika engkau bertanya kepada mereka itu: Siapakah yang mencipta langit dan bumi?
Sudah tentu mereka akan menjawab: Allah. Katakanlah (kepada mereka): Kalau
demikian, bagaimana fikiran kamu tentang yang kamu sembah yang lain dari Allah
itu? Jika Allah hendak menimpakan daku dengan sesuatu bahaya, dapatkah mereka
mengelakkan atau menghapuskan bahayaNya itu atau jika Allah hendak memberi
rahmat kepadaku, dapatkah mereka menahan rahmatNya itu? Katakanlah lagi:
Cukuplah bagiku: Allah (yang menolong dan memeliharaku); kepadaNyalah hendaknya
berserah orang-orang yang mahu berserah diri. (Az Zumar, 39:38)
Selepas 9
ayat yang I kongsi di atas, tentu you boleh berfikir dari manakah datangnya
kekuatan dalam diri Rasulullah SAW dan sahabat2. Tentulah you boleh Nampak bagaimana
dukacita tidak akan berlegar lama dalam kehidupan mereka kerana mereka melihat
kebesaran Allah itu jauh lebih hebat daripada apa yang ada dalam tangan dan
apa2 yang terlepas daripada pegangan tangan.
Bagi I,
dapat duduk antara dua sujud itu jauh lebih berfaedah daripada bersedih.
Tetapi kalau
dah teringin sangat nak bersedih try tengok ‘kabhi khushi kabhie gham’ –
trajedi.
Oh ya … pagi
ni, I dapat tau adik ipar kawan I baru sahaja kematian suami. Dia masih sangat
muda, tidak bekerja dan ada anak dua orang yang masih lagi kecil. FYI baby kedua yang belum pun setahun itu sakit jantung … so, hilang boyfriend bukanlah
satu isu besar Okay!
get a life!
get a life!
Comments
Post a Comment