Bismillah
Hari ini adalah hari terakhir di pejabat (1
August 2016 – 31 May 2017)…
Masih ingat lagi, hari pertama menjawat
jawatan di sini – Sembilan bulan yang lalu. Ya Allah Sembilan bulan sudah, rasa
macam sekejab sahaja. Begitulah masa kan … jika kita tidak awas. Tiba-tiba sahaja
nanti kita dah tua …
Tiba-tiba “rumput sudah lebih tinggi dari
lalang …”
perumpamaan ini sebenarnya sangat tajam, I
memang sangat kagum dengan kebijasanaan orang yang boleh mengulas peribahasa
sehinggakan sindiran yang tajam itu tetap lembut bila berbutir dengan
kata-kata. Maka, kita yang kemudian ini sepatutnyalah belajar sedikit sebanyak
untuk menghargainya.
Walau bagaimanapun …
Hari ini adalah hari terakhir, apa yang
melekat sungguh pada sanubari I ialah surau yang luas dan bersih dan sangat selesa
di Bangunan Sultan Iskandar ini. Pengguna bangunan ini selesa, malah tetamu
yang keluar masuk daripada negara tercinta ini juga dapat merasai nikmat beribadah
…
Lagi satu … panel kaca seluas mata
memandang yang menyelilingi bangunan ini,
sangat cantik. Dari sini boleh lihat kebesaran Allah SWT dengan jelas. I
suka melihat kepada langit dan awan … I suka juga melihat hujan. Bila hari
hujan dari sini kita boleh melihat bagaimana hujan itu menuju ke BSI, Nampak
betul kebesaran Allah SWT.
Bila panas terik, cepat ingatan kepada peristiwa di Mahsyar, cepat-cepat kita minta ampun, teringat azab yang kita geruni. Cepat juga meminta perlindungan daripadaNya. Waktu Asar bila cuaca terik – I kena pakai sunglass untuk berjalan ke surau …
Bila panas terik, cepat ingatan kepada peristiwa di Mahsyar, cepat-cepat kita minta ampun, teringat azab yang kita geruni. Cepat juga meminta perlindungan daripadaNya. Waktu Asar bila cuaca terik – I kena pakai sunglass untuk berjalan ke surau …
Beginilah hebatnya bangunan ini.
I akan rindu … laman utara dan laman selatan. Pada waktu malam (oh ya … kadang2 I berada di pejabat sampai malam, tengah malam pun ada sebab ada event) dan waktu siang – tempat minum kopi dan rehat. Laman utara dan selatan ini membuatkan I rindu untuk melihat Jannah – di sana katanya tidak ada malam, sentiasa siang. Dan matahari tidak terik, sentiasa nyaman. Laman Utara dan selatan begitulah. Tidak pernah kelihatan seperti ada malam … sentiasa terang, suasana pula sentiasa nyaman sebab dilindungi sunroof. Bestkan … bila hujan, macam nak runtuh langit … setitik pun air hujan tidak tiris ke laman. Jika manusia di Malaysia ini boleh buat macam ini, tentulah Allah boleh buat yang jauh lebih mempersonakan kann.
datanglah melawat BSI bila berkesempatan dan buat walkabout ... merasainya sendiri.
Hari ini I akan tinggalkan semua ini …
hidup ini beginilah, kita bermusafir
sehingga di panggil pulang. I rakamkan beberapa wajah yang I sempat jumpa pagi
ini dan beberapa kenangan yang I bawa bersama. I sebut dalam doa, beberapa
wajah yang terkesan pada sanubari.
9 bulan di sini.
Banyak juga yang I pelajari … tentang manusia
juga. (amazing ciptaan Allah ini, serba unik – they are the same and different
in every other way).. pengajaran yang I bawa pulang ialah tentang Hati dan
kekuasaan Allah sahaja yang mengusainya. Dan yang I selalu belajar ialah betapa
kita merancang, tetapi Allah melaksanakan perancanganNya lebih detail dan bila
kita pandai mendudukan diri sebagai hamba kita akan lebih bahagia di mana pun
kita berada.
I belajar untuk lebih rajin menyebut dan mengingatiNya, I belajar untuk sentiasa berterima kasih kepada Allah dan sentiasa meminta kepadaNya.
Yang lain-lain, insyallah tidak 'payah' ...
Oh ya ... ada beberapa offer baru yang I pun seronok nak ceburi.
- Nak join Bakers Fisabilillah - buat roti untuk saudara mara kita yang kurang berkemampuan
- Nak gerakkan Rumah Ngaji Johor, nak pastikan generasi akan datang membesar dengan quality Al Quran
- Nak ada lebih masa mengaji ...
katalah "Alhamdulillah"
Comments
Post a Comment