Skip to main content

Office Baru

Bismillah
Petang … sementara banyak suara2 background. I sedang membiasakan diri dengan mendengar banyak suara yang tidak patut I dengar.
Ha ha ha
second day working

yeah! FYI – ticer sekarang bekerja semula, selepas hampir 12 tahun tidak bekerja dengan orang (usually I buat kerja sorang2). 

Tiba-tiba sekarang ada lebih daripada 30 orang pada satu masa dalam ruang pejabat. Ada lebih daripada 10 orang bercakap, lebih daripada 2 kumpulan dengan topic masing2 pada masa yang sama!

Ampun!
Sekarang I berterima kasih kerana sebelum ini I pernah menikmati ‘aman & damai’.

Dulu bila Cat bising, 
I dah complain tetapi sekarang bila ramai2 orang bercakap, berborak ‘kosong’ ini … 

I tak boleh complain. I sekarang kena belajar untuk tidak mendengar … (new skill to learn, Alhamdulillah)

dulu masa di ZMP, bilangan kita sedikit cuma. 4 orang, termasuk I. maka, setiap butir perbualan atau perbincangan adalah 'berkenaan'

hari ini, kita hidupkan peribahasa - "jaga tepi kain orang" yang mana JANGAN dibuat supaya kehidupanan kita lebih sejahtera.



Kenapa I bekerja semula?

Mula-mula, I renew Syahadah.

I percaya I tidak pandai merancang, dan I juga percaya Allah SWT tidak share dengan kita apa yang Allah sudah tulis tentang perjalanan hidup kita … maka, Masyallah


Tiap-tiap hari kita doakan kehidupan yang baik di dunia, dan baik di akhirat. Maka, apa2 yang Allah bagi, I percaya inilah hasil doa I; iaitu kehidupan yang baik di dunia & di akhirat ... 


Hari ini masih belum ada aktiviti (kerja) macam semalam - cuma semalam best sikit sebab ada sesi suai kenal dan tour pejabat yang besar ini.


hari ini;
tidak mahu kehilangan apa-apa nikmat yang Allah SWT hadiahkan kepada I. 

Maka, dengan boots yang super selesa ini, kita ambil kesempatan ruang luas yang berhawa dingin ini dengan berjalan

Setiap 2 jam I‘brisk walk’ 5 round. Sudah 4 kali dan I sudah mengumpul sejumlah 5391 langkah.

Alhamdulillah.

Hari ini sangat interesting … mungkin tidak akan ada hari seperti ini.

do something new, or at least different every day!

untuk I, selamat bertugas di PEJABAT !!!

Comments