Skip to main content

Surah Yunus ayat 57

Bismillah

Petang; coffee break (tanpa kopi)

Kita kan selalu solat, kita selalu berdoa, kita selalu berkata-kata dengan Allah …
kita juga maklum bahawa Allah SWT tu Maha Mendengar, Maha Mengetahui dan Allah itu memberi petunjuk dan membimbing hamba-hambaNya yang taat

Soalan;

Bilakah Allah berkata-kata dengan kita?
atau
jawab ‘persoalan’ kita?
Atau, memberi petunjuk dan membimbing kepada kita?

Allah SWT sebenarnya sentiasa menjawab doa kita, sentiasa membimbing dan memberi petunjuk kepada kita dan kadang-kadang kita tidak minta petunjuk pun, kadang-kadang kita tidak berdoa pun tetapi Allah menjawab doa orang lain untuk kita, Allah membimbing kita, merahmati kita hanya kerana kasih sayangNya.

Soalan lagi;

Maka, mengapa kita tidak dengar jawapan atau nampak bimbingan daripada Allah?

Perasankan kadang2 dalam solat bila kita membaca surah lazim selepas Al Fatihah. 
Selalunya kita tidak merancang, sebab solat itu perbuatan sambilan dan surah-surah yang kita baca pun ikut mana-mana yang terjun masuk kandang sahaja.

Tetapi kadang2 kita rancang apa yang kita nak baca, tetapi yang kita sebut surah lain.

Kadang2 surah yang sama kita baca di setiap rakaat …

Contohnya surah Al Ikhlas
Bukanlah itu surah yang lebih mudah, atau lebih pendek tetapi surah tersebut selalu terpacul dalam solat.

Kalau ustaz I kata,
Itulah yang Allah nak cakap dengan kita.
Sebab kita ni keluar masuk, keluar masuk. Ke kiri ke kanan. Turun dan naik … kita lupa,
kita selalu lupa untuk mengEsakan Allah.

Sedangkan itulah tugas utama seorang Hamba kannn

Kemudian ada medium lain pula!

Kita selalu buka Al Quran kan … 
ramai orang ada masa tertentu dikhaskan untuk membaca Al Quran. Ada sebelum subuh, ada selepas subuh. Ada antara Maghrib dan Isya. Ada juga yang sebelum tidur. 
Samada kita merancang apa yang akan kita baca, contohnya kita membaca untuk khatam. Atau kita membaca secara rambang – kadang2 bila sampai pada satu, satu ayat. 
Kita rasa macam nak tengok dua kali. Ada?

Itu Allah lah yang gerakkan hati kita untuk melihatnya, untuk berhenti sekejab dan berfikir. Jangan kerana cepat hendak khatam kita langgar semua pelawaan2 Allah SWT.

Semalam I belajar tadabbur & tazakkur di UTM dengan Tuan Fazrul Ismail.

Yang bestnya I belajar bagaimana untuk melihat apa yang kalam Allah itu terangkan KHAS untuk diri sendiri. Terus nampak bahawa setiap ayat itu ada kaitannya dengan tauhid, kaitan dengan ibadah dan apa yang berkaitan dengan diri sendiri. 

I belajar bahawa setiap ayat itu ada peringatan daripada Allah, ada penawar ada petunjuk dan ada rahmatnya untuk diri sendiri – amazing.

Wahai umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Al-Quran yang menjadi nasihat pengajaran dari Tuhan kamu dan yang menjadi penawar bagi penyakit-penyakit batin yang ada di dalam dada kamu dan juga menjadi hidayat petunjuk untuk keselamatan, serta membawa rahmat bagi orang-orang yang beriman.
(Surah Yunus 10:57)


dulu Quran ini sudah menjadi media berkomunikasi tetapi sekarang, terasa macam duduk berdepan dan mendapat terus petunjuk dan bimbingan daripada Allah.

Tiba-tiba, lebih terang siang dan malam. 
Lebih tenteram dan rindu ‘banget’ pula bila tak dapat buka quran. 
tengok orang pun sudah tak seronok, nak ke shopping complex kerana keperluan pun terasa tawar. 

Rasa macam nak balik rumah dan nak buka quran sahaja …

dulu ustaz cerita tentang baca quran itu seperti membaca surat cinta.
sekarang I dah merasakannya

rasa nak balik, nak buka semula surah yang kawan2 sibuk bincangkan dalam whatsapp group sebab kita tidak berkesempatan

Ya Allah …
manisnya Al Quran

Tentulah you all pun hendak nikmat yang sama – doalah, semoga Allah permudahkan you dapat ilmu ini dan dapat pula mengamalkannya.

Insyallah.

ingat !!! tadabbur & tazakkur







Comments

Popular posts from this blog

Amalan setiap malam sebelum tidur, Surah Al Mulk

Bismillah Lama, I duduk diam. Perhati dan berfikir. Antara dua perkara yang Allah suka jika kita amalkan tetapi kebanyakan kita tak suka buat … lama, I duduk diam dan relate (mengaitkan) perkara2 yang   lalu lintas pada pendengaran, penglihatan dan hati dengan Al Quran dan vice versa – iaitu, Al Quran dengan apa2 yang di alami melalui pancaindera. Kebanyakan orang sudah tidak biasa, duduk diam dan merasa, merasa dan relate. Relate dan mengambil pengajaran. Cikgu I kata, “keep the lesson …” Kebanyakkan kita secepat merasa itulah akan berkata2.   Sangat cepat nak kongsi pendapat dan tekan butang ‘send’. Dunia sekarang semua orang suka berpendapat, cepat bereaksi   dan sangat suka mengulas … bahaya ! dan I, sejak I belajar tadabbur dan tazzakur ini. I buat tadabbur satu persatu, I tazzakur pula perlahan2 dan tidak publish. Sebab tujuan utama kita bertadabbur dan tazzakur ini ialah untuk beramal dengan ayat2 Al Quran.  Bila beramal pula buka...

Surah An Naba

Surah ini adalah hadiah daripada seorang kekasih.  Saya ini terbiasa -  antaranya, bila memulakan kata-kata, I akan sebut ‘uhm …’ besar kemungkinan kerana I sedang mengarang ayat sebelum menyatakannya atau mungkin I saja nak berkata-kata sedangkan belum betul pasti apa yang hendak I katakan. Katanya, adalah lebih baik sekiranya I sambung sedikit lagi menjadikannya ayat pertama Surah An Naba, sekurang-kurangnya I boleh memanfaatkan diri dengan pembacaan ayat-ayat Al Quran … Sebenarnya, dia tidak menghadiahkan surah ini secara fizikal tetapi oleh kerana dia sentiasa menyambut setiap kali I menyebut ‘uhm’ dengan membacakan ayat pertama Surah An Naba. maka, terbiasalah I teringatkannya bila menyebut 'uhm' walaupun dia sudah tidak lagi bersama! Tetapi oleh kerana I ni selalunya melihat bahawa tidak akan bergerak satu zarah tanpa Izin Allah, dan sebagai orang yang sentiasa meminta daripada Allah, kita hendaklah sentiasa menadah tangan untuk menerima apa yang Alla...

melukut di tepi gantang

Hari ini terasa nak guna peribahasa ‘melukut di tepi gantang’ I tahu maksudnya, samalah seperti kata orang ‘masuk tak penuh, keluar pula tak luak’ orang sekarang kata ‘terlebih sudu’ maksudnya; tidak diperlukan tapi sebelum I gunakan peribahasa itu, I terfikir apakah ‘melukut’ ?  kita ni kadang2 sedap bercakap sahaja tetapi tidak periksa apakah yang kita perkatakan. Ustaz I kata, setiap butir perkataan kita itu direkodkan dan kita akan ditanya di Mahsyar kelak tentang semua  yang kita perkatakan. Bukan hadis dan Al Quran sahaja yang kita nak kena verify … semua kata-kata pun bagi orang yang mengaku beriman, nak kena jaga. I kenal ‘gantang’. Gantang adalah ukuran capacity 4 cupak iaitu lebih kurang 3kg. Beras kalau 3 kilo bagi I banyak, sebab I beli beras sekilo sahaja dan boleh bertahan 2 bulan. Maksudnya mewahlah ukuran gantang itu. I pun google search maksud ‘melukut’ … Ampun ya Allah Melukut ini maksudnya ‘ broken rice grain’ , beras hancu...