Skip to main content

Nikmat Berjemaah

Bismillah

Yeah !!! Hari Khamis, yang best hari khamis – tak pakai uniform. 
I boleh jadi Shalita yang biasa. 
Susah betul nak jadi orang biasa dua tiga hari yang lepas, kesian juga Kak Siti (tailor saya) yang bersusah payah hendak meng’shalita’kan pakaian corporate office.

Alhamdulillah, kita sudah jumpa fashion yang I setuju untuk ke pejabat cuma, pejabat tidak cukup sejuk untuk pakaian berlapis2 gitu.
Ampun ya Allah.


soalan;

Apa yang best sangat berbaju 'corporate' ni?

I nak tahu fungsinya .... itu jer 



Yang bestnya Khamis ilah bila I melihat, adik2 yang berbaju corporate dan berseluar kebiasaannya itu – hari ini, ramainya pakai jubah. Manis betul

Confirm ber’jubah ini memang fashion tetapi fashion yang lebih baiklah. Alhamdulillah.



OK lah tu, 
esok lusa dia orang akan faham bahawa menutup aurat ini adalah juga profession kita sebagai orang islam.

Satu lagi perkara;
Yang I perhatikan orang-orang yang bekerja di pejabat ini makan sangat sedikit. Dahlah makan sedikit, bawa bekal pula tu … 
I pun cubalah ‘MASUK KANDANG KAMBING MENGEMBEK’
ada ke patut, sebekas nasi goreng makan tiga atau empat orang. 

I faham makna ‘BERKAT’ berjemaah. 
I perasan dah dua hari – tak lapar sangat pun! Best kan…

memang kalau nak ‘faham’ dari ilmu kena melalui praktikal …

CUMA 
kat sini belum lagi mereka imarahkan solat berjemaah. 

Rindu berdiri dalam saf di ZMP. Rindu, ajakan2 untuk solat. 

So … yang itu kenalah kita introduce kan pula di sini. Bagi Jemaah yang ramai di nikmat kasih sayang kannn

ish! Apa pun, banyak betul I belajar dalam masa 4 hari di alam yang baru ini. Seronok !!!

serious, sampai bila-bila pun kita tidak akan pernah cukup berterima kasih kepada Allah SWT yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani (renew syahadah)

berita paling mengembirakan bagi I ialah – esok CUTI !!!

I dah siap tukar cadar baru pagi ini, untuk tidur yang best malam nanti untuk menemui Jumaat yang rehat! Bukan rehat daripada bekerja tetapi rehatkan minda daripada mendengar banyak suara, rehatkan minda daripada duduk dalam mode ‘beta’.

hebat Allah SWT ini menyusun ertikata Ilmu

I lah juga yang berlajar. Terima kasih ya Allah.

Tahniah kepada Shalita,
Sabtu & Ahad – I akan menghadiri kursus Taddarbur dan Tazakkur di UTM. 

Tak sabar nak faham Al Quran, doakan ilmu dan faham. 

Doakan ilmu itu nanti jadi penyuluh jalan untuk lebih dekat kepada Allah SWT. Doa mohon Allah redha – Amin ya Allah.

Selamat bercuti …
especially kepada yang berbahagia cikpuan Shalita !!!  





Comments

Popular posts from this blog

melukut di tepi gantang

Hari ini terasa nak guna peribahasa ‘melukut di tepi gantang’ I tahu maksudnya, samalah seperti kata orang ‘masuk tak penuh, keluar pula tak luak’ orang sekarang kata ‘terlebih sudu’ maksudnya; tidak diperlukan tapi sebelum I gunakan peribahasa itu, I terfikir apakah ‘melukut’ ?  kita ni kadang2 sedap bercakap sahaja tetapi tidak periksa apakah yang kita perkatakan. Ustaz I kata, setiap butir perkataan kita itu direkodkan dan kita akan ditanya di Mahsyar kelak tentang semua  yang kita perkatakan. Bukan hadis dan Al Quran sahaja yang kita nak kena verify … semua kata-kata pun bagi orang yang mengaku beriman, nak kena jaga. I kenal ‘gantang’. Gantang adalah ukuran capacity 4 cupak iaitu lebih kurang 3kg. Beras kalau 3 kilo bagi I banyak, sebab I beli beras sekilo sahaja dan boleh bertahan 2 bulan. Maksudnya mewahlah ukuran gantang itu. I pun google search maksud ‘melukut’ … Ampun ya Allah Melukut ini maksudnya ‘ broken rice grain’ , beras hancu...

An Nisa 142

bismillah ...  semalam migraine, seharian. Yang memotivasikan  untuk bangun pagi tadi hanyalah kerana I berjanji boleh tidur semula selepas solat subuh - dan, selalunya bila sakit - I minta Allah bagi hadiah kerana I sabar menjalani sakit (kononnya). Alhamdulillah, kerana sifat kasih Allah itu melebihi daripada apapun maka, sebagai hadiah yang I nampak ialah ayat 142 surah An Nisa yang singgah pada bacaan pagi tadi. Verily, the hypocrites seek to deceive Allâh, but it is He Who deceives them. And when they stand up for As-Salât (the prayer), they stand with laziness and to be seen of men, and they do not remember Allâh but little. (4:142)   maka, hari ini - I minta ampun banyak-banyak kerana I lah orang yang solat tetapi lalai. I tahu bahawa solat itu adalah ibadah yang sangat amazing, I maklum tentang kelebihan rukuk dan sujud ... ehem, I yang juga mengajar tentang solat. I faham apa yang baca dalam solat tetapi I jugalah yang ke sana dan ke mari dalam solat....

Amalan setiap malam sebelum tidur, Surah Al Mulk

Bismillah Lama, I duduk diam. Perhati dan berfikir. Antara dua perkara yang Allah suka jika kita amalkan tetapi kebanyakan kita tak suka buat … lama, I duduk diam dan relate (mengaitkan) perkara2 yang   lalu lintas pada pendengaran, penglihatan dan hati dengan Al Quran dan vice versa – iaitu, Al Quran dengan apa2 yang di alami melalui pancaindera. Kebanyakan orang sudah tidak biasa, duduk diam dan merasa, merasa dan relate. Relate dan mengambil pengajaran. Cikgu I kata, “keep the lesson …” Kebanyakkan kita secepat merasa itulah akan berkata2.   Sangat cepat nak kongsi pendapat dan tekan butang ‘send’. Dunia sekarang semua orang suka berpendapat, cepat bereaksi   dan sangat suka mengulas … bahaya ! dan I, sejak I belajar tadabbur dan tazzakur ini. I buat tadabbur satu persatu, I tazzakur pula perlahan2 dan tidak publish. Sebab tujuan utama kita bertadabbur dan tazzakur ini ialah untuk beramal dengan ayat2 Al Quran.  Bila beramal pula buka...