Skip to main content

Sehari Satu Surah - Surah Nooh (71)

Bismillah

Khamis – pagi ini ada orang terbaca cerita I tentang Surah Ibrahim, eh … dia nak tau cerita tentang surah Nooh pula. 

Okay, jom melihat apakah pelajaran yang boleh kita dapat daripada surah ini ….

Oh surah ini pendek sahaja, 
I baca berulang-ulang untuk mendapatkan rasa.

Oleh kerana bulan ini, ialah bulan untuk menuntut kemaafan, I tertarik kepada ayat 10-12. 

Bagaimana Nabi Nooh menyeru kaumnya supaya meminta kemaafan dari Allah SWT.

Pohonkanlah ampun kepada Tuhan kamu, sesungguhnya adalah Dia Maha Pengampun (Sekiranya kamu berbuat demikian), Dia akan menghantarkan hujan lebat mencurah-curah, kepada kamu; Dan Dia akan memberi kepada kamu dengan banyaknya harta kekayaan serta anak-pinak; dan Dia akan mengadakan bagi kamu kebun-kebun tanaman, serta mengadakan bagi kamu sungai-sungai (yang mengalir di dalamnya)


Tidak patutkah, 
I ni betul2 meminta ampun daripada Allah SWT.
tidak patut kah,
i serious dalam permohonan ampun

I nak Allah ampunkan semua dosa-dosa I, 
keseluruhannya, 
yang kecil dan besar, 
yang awal dan yang akhir. 
Juga, 
yang nampak dan yang tersembunyi

Eh bukankah doa ini yang kita baca dalam sujud seperti yang di ajarkan oleh Rasulullah SAW. 

Selepas belajar doa ini, 
I ingat, I lah orang yang paling suka untuk masuk ke dalam sujud. 
Dan betul2 tertib menyusun kata supaya I sedar yang I ini sedang meminta maaf dan sangat-sangat berharapkan kemaafanNya dengan membaca;

Allaahum-maghfir lee thanbee kullahu, diqqahu wa jillahu, wa 'awwalahu wa 'aakhirahu wa 'alaaniyata hu wa sirrahu.

Ustaz I kata, 
jika mengikutkan dosa kita dan cara memohon maaf yang masih juga sangat tidak sepertinya itu tentulah kita ini semuanya sudah pun binasa tetapi Zat Suci Allah yang Maha Pemurah dan Maha Pengasihani itu banyak juga dosa-dosa kita yang Allah SWT ampunkan tanpa kita memintaNya.

Yang I dapat daripada Surah ini, 
ialah hanya dengan meminta keampunan Allah SAHAJA maka, Allah akan limpahkan rezeki untuk kita.

Ustaz I kata;
Nak kaya – taubat.
Nak zuriat – taubat.
Nak jodoh – taubat.
Nak business maju – taubat.
Nak doa makbul – taubat
Nak anak dengar kata –taubat
Nak suami dengar kata pun taubat juga

Soalannya;

Sudahkah kita benar2 bertaubat dan bersungguh2 bertaubat.

Memanglah tiap-tiap hari beristigfar. 100 kali pagi dan 100 kali petang.  (ke tak buat?) tapi quality permohonan taubat itu bagaimana pula.

Kalau setakat berkira2. 
Dapatlah kita mencukup bilang. 
Kalau sebab nak cepat habis maka, cepatlah habis ucapan taubat itu dan segeralah kita boleh buat urusan yang lain dan tidaklah taubat itu berkesan di hati.

Bayangkan kita beramai2 dalam majlis - membaca doa taubat, bersungguh2 hingga menitik airmata kita kerana kesayuan bacaan imam yang kita aminkan

kemudian selesai bacaan doa, kita pun menjamu selera - sambil bergelak tawa dan ceria, 
seolah-olah bacaan doa yang kita aminkan tadi hanyalah upacara doa sahaja dan tidaklah kita dengan maksud sebenar. 

Bila anak kita meminta maaf atas kesalahnya, tanpa tanda-tanda kesal diwajahnya - kita pun tau bahawa itu cuma sekadar melepaskan batuk di tangga

Bila beristigfar dengan wajah yang ceria dan sambil2 melaksanakan tugas harian tentulah tak serious kann ...

I akan selalu ingat, 
pesanan orang tersayang katanya; 
"hendaklah I sentiasa sedar apa yang I perkatakan, especially dalam zikir supaya ianya berkesan dan sampai …"

I teringat pula satu hadis,

"Demi Dzat yang jiwaku berada di tanganNya, kalau kalian tidak berdosa maka Allah akan menjadikan kalian binasa, lalu Allah akan mendatangkan suatu kaum yg mereka berdosa lalu mereka bertaubat kepada Allah lalu Allah mengampuni mereka"


(HR Muslim no 7141)

Ampun ya Allah.
Muflis kita ini dengan dosa2, dan dengan tidak pula pandai pula bertaubat

Ampun ya Allah. 
Bila rasa sangat berdosa ini, I merasakan makin hebat pula sifat Allah itu. 
Terasa I ini hamba dan Allah SWT itu sangat2 berkuasa. Sangat2 Mengasihi dan Sangat2 Mengampunkan

Ampun ya Allah.
Hancur hati I malam ini memikirkan betapa Hebatnya Allah. Betapa pengasihnya Allah Aza wa Jalla. 

Dan kerana kasih dan sayangNya, kerana Dia hendak memaafkan kita maka dititipkan rasa berdosa, rasa bersalah, supaya kita berhempas pulas memohon keampunan 
dan kemudian dimaafkanNya dan, bersama-sama keampunanNya dilimpahkan kita dengan rezeki yang baik2 pula.

Patutlah I ni banyak2 bersyukur. 
Patutlah I ini banyak2 meminta keampunan dan sangat2 berharap ampunanNya

Malam ini 
terasa sejuk sampai ke tulang (ingat I nak kena check temperature air cond ini, sebelum unnecessarily kena frost bite)

Ampun ya Allah.

O ya … 
kita ni dalam meniti hari demi hari mencari malam yang sangat berharga, Power Night.

kita tau malam-malam terakhir Ramadan ini doa sangat berkesan, semetara kita memikirkan macam-macam yang kita HENDAK sebagai bekal bahagia di dunia dan akhirat.

Hendaklah kita ingat apa yang Rasulullah SAW pesan 
 supaya kita baca doa ini bila kita bertemu dengan lailatur Qadar:

"ALLAH HUMMA INNAKA A’FUVUN TOHIB BUL AFVA FA’AFU ANNI" (Tirmidhi)
"O Allah! You are the Forgiver and You like forgiving so forgive me”



Sebelum I berhenti, 
I suka nak share betapa seronoknya I berjumpa dengan surah ini. 
Dan betapa ianya memberi kesan kepada diri I sendiri. Sepanjang hari I menyulam istigfar. Betapa I rasa sangat beruntung untuk menjadi hamba yang sentiasa mengharapkan keampunan daripada Allah SWT.

I pun sangat-sangat berharap you akan membuat lawatan sambil belajar dengan surah ini dan rasakan kesannya kepada hati dan jiwa .. 

Amazing - amalan membaca Al Quran ini!


Terima kasih O Allah






Comments

Popular posts from this blog

Amalan setiap malam sebelum tidur, Surah Al Mulk

Bismillah Lama, I duduk diam. Perhati dan berfikir. Antara dua perkara yang Allah suka jika kita amalkan tetapi kebanyakan kita tak suka buat … lama, I duduk diam dan relate (mengaitkan) perkara2 yang   lalu lintas pada pendengaran, penglihatan dan hati dengan Al Quran dan vice versa – iaitu, Al Quran dengan apa2 yang di alami melalui pancaindera. Kebanyakan orang sudah tidak biasa, duduk diam dan merasa, merasa dan relate. Relate dan mengambil pengajaran. Cikgu I kata, “keep the lesson …” Kebanyakkan kita secepat merasa itulah akan berkata2.   Sangat cepat nak kongsi pendapat dan tekan butang ‘send’. Dunia sekarang semua orang suka berpendapat, cepat bereaksi   dan sangat suka mengulas … bahaya ! dan I, sejak I belajar tadabbur dan tazzakur ini. I buat tadabbur satu persatu, I tazzakur pula perlahan2 dan tidak publish. Sebab tujuan utama kita bertadabbur dan tazzakur ini ialah untuk beramal dengan ayat2 Al Quran.  Bila beramal pula buka...

Surah An Naba

Surah ini adalah hadiah daripada seorang kekasih.  Saya ini terbiasa -  antaranya, bila memulakan kata-kata, I akan sebut ‘uhm …’ besar kemungkinan kerana I sedang mengarang ayat sebelum menyatakannya atau mungkin I saja nak berkata-kata sedangkan belum betul pasti apa yang hendak I katakan. Katanya, adalah lebih baik sekiranya I sambung sedikit lagi menjadikannya ayat pertama Surah An Naba, sekurang-kurangnya I boleh memanfaatkan diri dengan pembacaan ayat-ayat Al Quran … Sebenarnya, dia tidak menghadiahkan surah ini secara fizikal tetapi oleh kerana dia sentiasa menyambut setiap kali I menyebut ‘uhm’ dengan membacakan ayat pertama Surah An Naba. maka, terbiasalah I teringatkannya bila menyebut 'uhm' walaupun dia sudah tidak lagi bersama! Tetapi oleh kerana I ni selalunya melihat bahawa tidak akan bergerak satu zarah tanpa Izin Allah, dan sebagai orang yang sentiasa meminta daripada Allah, kita hendaklah sentiasa menadah tangan untuk menerima apa yang Alla...

melukut di tepi gantang

Hari ini terasa nak guna peribahasa ‘melukut di tepi gantang’ I tahu maksudnya, samalah seperti kata orang ‘masuk tak penuh, keluar pula tak luak’ orang sekarang kata ‘terlebih sudu’ maksudnya; tidak diperlukan tapi sebelum I gunakan peribahasa itu, I terfikir apakah ‘melukut’ ?  kita ni kadang2 sedap bercakap sahaja tetapi tidak periksa apakah yang kita perkatakan. Ustaz I kata, setiap butir perkataan kita itu direkodkan dan kita akan ditanya di Mahsyar kelak tentang semua  yang kita perkatakan. Bukan hadis dan Al Quran sahaja yang kita nak kena verify … semua kata-kata pun bagi orang yang mengaku beriman, nak kena jaga. I kenal ‘gantang’. Gantang adalah ukuran capacity 4 cupak iaitu lebih kurang 3kg. Beras kalau 3 kilo bagi I banyak, sebab I beli beras sekilo sahaja dan boleh bertahan 2 bulan. Maksudnya mewahlah ukuran gantang itu. I pun google search maksud ‘melukut’ … Ampun ya Allah Melukut ini maksudnya ‘ broken rice grain’ , beras hancu...