Skip to main content

Sehari Satu Surah - Al Kahf

Bismillah

Jumaat,
hari ini tidak ternampak surah apakah yang akan menjadi topic untuk I buka dalam laman ini.

So, I tanya beberapa orang yang I dekat dengan I.
Ibrahim menjadi orang pertama yang menjawab – dia cadangkan surah Al Khaf.

Surah ini sepatutnya tidak asing surah ini kepada kita, kerana kita membacanya setiap minggu. Tetapi tentulah masih ada banyak cerita yang boleh kita keluarkan untuk dijadikan petunjuk dan pedoman kann … insyallah.

Dalam surah ini pun ada mengatakan bahawa ;

Katakanlah: Kalaulah semua jenis lautan menjadi tinta untuk menulis Kalimah-kalimah Tuhanku, sudah tentu akan habis kering lautan itu sebelum habis Kalimah-kalimah Tuhanku, walaupun Kami tambahi lagi dengan lautan yang sebanding dengannya, sebagai bantuan. (19:109)

So, kita percaya bahawa –
banyak mana pun diperkisahkan Al Quran ini tentulah tidak akan ada kesudahannya.

Amazingkan …
bertahun-tahun kita baca Quran ini, masih – bila ada orang buka kisah mana2 surah. Kita akan seolah-olah baru sahaja jumpa dengan Surah itu.
Ini, I lah … orang-orang yang biasa-biasa.

Surah ini panjang, ada 111 ayat
Patutlah I tidak kupas semuanya nanti bukan yang membacanya letih, I yang menulis ini pun akan kehabisan ayat. 

I ingat, every Friday kita bicara tentang Al Kahf sehingga habis kita bongkar 111 ayat atau I mati dulu.
Which ever come first ye !!!
Katalah “Insyallah”

Dalam surah ini jugalah kita di ajar untuk mengucapkan “Insyallah”

Dan janganlah engkau berkata mengenai sesuatu (yang hendak dikerjakan): Bahawa aku akan lakukan yang demikian itu, kemudian nanti. Melainkan hendaklah disertakan dengan berkata: Insya Allah dan ingatlah serta sebutlah akan Tuhanmu jika engkau lupa dan katakanlah: Mudah-mudahan Tuhanku memimpinku ke jalan petunjuk yang lebih dekat dan lebih terang dari ini (19: 23 & 24)

Sebenarnya I suka bila I bercakap – 
I mampu gunakan petikan daripada Al Quran.

I suka bila I dapat tahu exactly darimana I petik ayat-ayat itu.
Selalu dulu I cakap dengan ustaz, bahawa I suka bila dia macam air lalu sahaja menyebut mana-mana ayat daripada Al Quran bila dia bercakap.

Tapi, dia selalu juga ingatkan I supaya jangan mengejar2 untuk mendapatkannya. 
Sebab Al Quran itu Allah lah yang menetapkannya dalam jiwa kita.

Hmmm
So, I kena sabar … sabar dan sabar
Tetapi tiap-tiap hari pasang Doa mohon dapat memerlihara Al Quran ini dalam sanubari supaya bila berjalan bukan pakai torchlight tapi spotlight terang benderang – Mohon Allah redha

Try tengok ayat 38
Amazing, I baru terjumpa …
Ampun ya Allah

Hari ini I asal usul phrases yang selalu kita sebut2kan;

“MashaAllah, La Quwwata illa Billah”
Semuanya ialah yang dikehendaki Allah!  
tiada daya dan upaya melainkan dengan pertolongan Allah

cukuplah sedikit sahaja petang ini.
mungkin yang kecil ini akan membawa perubahan yang besar kepada diri kita, bila kita jadikan amalan – InsyaAllah!

cuaca sangat panas dan I sedikit ‘dehydration’
sebenarnya, dalam jiwa ini ada sesuatu yang berlaku. Yang tidak dapat I perihalkan.

Ye lah … bahagian masing2.
I melalui Ramadan yang berbeza daripada tahun-tahun sebelumnya, doalah supaya Allah Redha.
macamana ayat tu;
“I tidak pedulikan semua ini, asalkan Allah tidak murka pada I”


Selamat berbuka !!!
I buat Mango Lassi
 kasi nyaman sedikit tubuh badan yang uzur ini. 
Ampun ya Allah!


Comments

Popular posts from this blog

Amalan setiap malam sebelum tidur, Surah Al Mulk

Bismillah Lama, I duduk diam. Perhati dan berfikir. Antara dua perkara yang Allah suka jika kita amalkan tetapi kebanyakan kita tak suka buat … lama, I duduk diam dan relate (mengaitkan) perkara2 yang   lalu lintas pada pendengaran, penglihatan dan hati dengan Al Quran dan vice versa – iaitu, Al Quran dengan apa2 yang di alami melalui pancaindera. Kebanyakan orang sudah tidak biasa, duduk diam dan merasa, merasa dan relate. Relate dan mengambil pengajaran. Cikgu I kata, “keep the lesson …” Kebanyakkan kita secepat merasa itulah akan berkata2.   Sangat cepat nak kongsi pendapat dan tekan butang ‘send’. Dunia sekarang semua orang suka berpendapat, cepat bereaksi   dan sangat suka mengulas … bahaya ! dan I, sejak I belajar tadabbur dan tazzakur ini. I buat tadabbur satu persatu, I tazzakur pula perlahan2 dan tidak publish. Sebab tujuan utama kita bertadabbur dan tazzakur ini ialah untuk beramal dengan ayat2 Al Quran.  Bila beramal pula buka...

Surah An Naba

Surah ini adalah hadiah daripada seorang kekasih.  Saya ini terbiasa -  antaranya, bila memulakan kata-kata, I akan sebut ‘uhm …’ besar kemungkinan kerana I sedang mengarang ayat sebelum menyatakannya atau mungkin I saja nak berkata-kata sedangkan belum betul pasti apa yang hendak I katakan. Katanya, adalah lebih baik sekiranya I sambung sedikit lagi menjadikannya ayat pertama Surah An Naba, sekurang-kurangnya I boleh memanfaatkan diri dengan pembacaan ayat-ayat Al Quran … Sebenarnya, dia tidak menghadiahkan surah ini secara fizikal tetapi oleh kerana dia sentiasa menyambut setiap kali I menyebut ‘uhm’ dengan membacakan ayat pertama Surah An Naba. maka, terbiasalah I teringatkannya bila menyebut 'uhm' walaupun dia sudah tidak lagi bersama! Tetapi oleh kerana I ni selalunya melihat bahawa tidak akan bergerak satu zarah tanpa Izin Allah, dan sebagai orang yang sentiasa meminta daripada Allah, kita hendaklah sentiasa menadah tangan untuk menerima apa yang Alla...

melukut di tepi gantang

Hari ini terasa nak guna peribahasa ‘melukut di tepi gantang’ I tahu maksudnya, samalah seperti kata orang ‘masuk tak penuh, keluar pula tak luak’ orang sekarang kata ‘terlebih sudu’ maksudnya; tidak diperlukan tapi sebelum I gunakan peribahasa itu, I terfikir apakah ‘melukut’ ?  kita ni kadang2 sedap bercakap sahaja tetapi tidak periksa apakah yang kita perkatakan. Ustaz I kata, setiap butir perkataan kita itu direkodkan dan kita akan ditanya di Mahsyar kelak tentang semua  yang kita perkatakan. Bukan hadis dan Al Quran sahaja yang kita nak kena verify … semua kata-kata pun bagi orang yang mengaku beriman, nak kena jaga. I kenal ‘gantang’. Gantang adalah ukuran capacity 4 cupak iaitu lebih kurang 3kg. Beras kalau 3 kilo bagi I banyak, sebab I beli beras sekilo sahaja dan boleh bertahan 2 bulan. Maksudnya mewahlah ukuran gantang itu. I pun google search maksud ‘melukut’ … Ampun ya Allah Melukut ini maksudnya ‘ broken rice grain’ , beras hancu...