Skip to main content

Surah Al Qamar

Ramadan 23

Bismillah

Apa yang I tinggalkan …
I jugalah yang patut mencarinya semula. 
Kutip apa-apa yang tercicir dan membina semula mana-mana bahagian yang runtuh.

Tiba-tiba I melihat Ramadan ini sudah menuju kepenghujungnya, ada juga I dengar kabar yang mana ‘Lailatur Qadar’ telah berlaku.

Malam ini menjadi saksi apa yang sangat I takutkan iaitu;
Tawarnya Ramadan. Setelah lebih 20 hari beribadah siang dan malam. selalunya waktu2 begini Tadarus pun dah khatam. Masjid pun sudah lengang sedikit ... Ghairah ibadah sudah mulai menurun. 

biasalah bila perkara itu bukan amalan harian kita, ianya selepas beberapa lama akan mula terasa asing dan menjadi hambar. Tubuh badan kita 'rindu' pada kebiasaannya - teringin kembali kepada rutin

Ampun ya Allah …
Apa yang I sibukkan,
Sudah mula melihat anak bulan?
Sudah beralih pandangan kepada baju raya?
Kuih raya?
Sampul duit raya, duit raya? 
Service kereta sebab nak balik kampung? Merancang perjalanan?


Tiba-tiba tersedar
Laksana kembalinya daripada ‘perang’ (macamlah pernah berperang)– walaupun tewas! I ini masih bernyawa, dan di beri peluang hayat …
I tahu, ini adalah tanda kasih Allah dan semoga  Allah SWT melihat bahawa I ini ingin bangun semula.
I tahu ada sebab mengapa Allah SWT bagi ‘kesedaran’ ini

Parah mana sekalipun I jatuh, kata perpatah;
patah sayap bertongkat paruh

I mahu dilihat tidak putus asa dan masih berbaik sangka.

Doa:
“Apa-apa yang berbaki pada Ramadan ini, O Allah – bagilah Ita”

Mungkin I dah missed Lailatur Qadar tetapi sebulan penuh ini penuh rahmat, tentulah 7 hari lagi ini masih berkesempatan I meraih apa-apa yang berbaki daripadanya.
Jangan sampai pagi raya nanti, menangis hiba … ditinggalkan bulan mulia ini.


Muncul Surah Al Qamar – (tentang bulan)
Surah ke 54 ada 55 ayat

Daripada awal ayat 1 hingga 9 itulah gambaran diri ini.
Ampun ya Allah
Telah di tunjukkan kebesaranNya, telah di hantar Rasul2Nya, telah ditinggalkan pula Al Quran yang jelas dengan peringatan2 – tetapi nafsu juga yang jadi tunggangan. 
Masih terkandas dengan kerja yang sia2.

pada ayat ke 10; 
ialah doa Nabi Nooh
Maka dia mengadu kepada Tuhannya: "bahwasanya aku ini adalah orang yang dikalahkan, oleh sebab itu tolonglah aku"

Cuma orang yang merasa sakitnya tewas sahaja yang boleh menyebut doa begini. 
Hanya jika orang itu terjaga bahawa dia sudah ketinggalan malam Lailatur Qadar sahaja yang tau.

Dan, hari ini masa untuk I.
Hari ini I balik dengan badan yang letih dan jiwa yang muflis dan hanya kepada Allah SWT sahajalah sebaik-baik tempat kembali …
Hari ini I boleh faham perasaan Nabi Nuh semasa itu (sikit).

Hmmm …
Alhamdulillah, dengan luka parah begini pun Allah masih mengajar.
Setidak-tidaknya I sudah menghayati satu lagi ayat Al Quran.
Alhamdulillah!
Betul, Allah SWT tidak mensia-siakan doa orang yang berdoa

Satu surah ini bila I membacanya, 
terasa macam sakit perut. rasa macam takut …
Azab daripada Allah ini datang daripada perkara-perkara yang kita sangkakan biasa. Seperti banjir, bunyi yang kuat, penyakit. Perubahan warna kulit … dan bila ditimpa orang-orang yang ingkar ini (ingat – kita pun ingkar juga) akan merasakan bahawa mereka boleh keluar daripada permasalahan itu sehinggalah sangat2 terlambat.
Ampun ya Allah.

I nak jadi orang yang sangat sensitive macam Rasulullah SAW. Bila dilihatnya langit gelap hatinya sudah risau. Takutkan azab Allah, sehingga hujan turun barulah Rasulullah merasa lega.


Seperti di pujuk;
Teringat doa yang selalu Rasulullah SAW baca, iaitu
Ya muqallibal qulub, tsabbit qalbi ‘ala diinik
“Wahai Dzat yang membolak-balikkan hati, teguhkan hati kami di atas agama-Mu."
(HR. Ahmad dan at Tirmidzi)

Doa:
Mohon Rahmat Mu O Allah,
Mohon Redha Mu juga – itu sahaja untuk malam ini. Apa-apa yang berbaki pada Ramadan ini – bagilah Ita! "bahwasanya aku ini adalah orang yang dikalahkan, oleh sebab itu tolonglah aku"

Apa yang I tinggalkan …
I jugalah yang patut mencarinya semula. Kutip apa-apa yang tercicir dan membina semula mana-mana bahagian yang runtuh.
I tak nak putus asa, kerana I maklum bahagian yang Allah SWT sediakan kepada orang-orang yang sabar.


Sekian


Oh ya …
Sebelum lupa, kalau you sama2 menghayati surah ini – kalau you baca dengan tartil maka you juga akan berjumpa dengan ayat yang di ulang2 iaitu ayat 17, 22, 32 dan 40. Ianya adalah satu soalan daripada Allah SWT

Dan demi sesungguhnya! 
Kami telah mudahkan Al-Quran untuk menjadi peringatan dan pengajaran, 
maka adakah sesiapa yang mahu mengambil peringatan dan pelajaran (daripadanya)? 


You agak2 apa yang you nak jawab …

Comments

Popular posts from this blog

Amalan setiap malam sebelum tidur, Surah Al Mulk

Bismillah Lama, I duduk diam. Perhati dan berfikir. Antara dua perkara yang Allah suka jika kita amalkan tetapi kebanyakan kita tak suka buat … lama, I duduk diam dan relate (mengaitkan) perkara2 yang   lalu lintas pada pendengaran, penglihatan dan hati dengan Al Quran dan vice versa – iaitu, Al Quran dengan apa2 yang di alami melalui pancaindera. Kebanyakan orang sudah tidak biasa, duduk diam dan merasa, merasa dan relate. Relate dan mengambil pengajaran. Cikgu I kata, “keep the lesson …” Kebanyakkan kita secepat merasa itulah akan berkata2.   Sangat cepat nak kongsi pendapat dan tekan butang ‘send’. Dunia sekarang semua orang suka berpendapat, cepat bereaksi   dan sangat suka mengulas … bahaya ! dan I, sejak I belajar tadabbur dan tazzakur ini. I buat tadabbur satu persatu, I tazzakur pula perlahan2 dan tidak publish. Sebab tujuan utama kita bertadabbur dan tazzakur ini ialah untuk beramal dengan ayat2 Al Quran.  Bila beramal pula buka...

Surah An Naba

Surah ini adalah hadiah daripada seorang kekasih.  Saya ini terbiasa -  antaranya, bila memulakan kata-kata, I akan sebut ‘uhm …’ besar kemungkinan kerana I sedang mengarang ayat sebelum menyatakannya atau mungkin I saja nak berkata-kata sedangkan belum betul pasti apa yang hendak I katakan. Katanya, adalah lebih baik sekiranya I sambung sedikit lagi menjadikannya ayat pertama Surah An Naba, sekurang-kurangnya I boleh memanfaatkan diri dengan pembacaan ayat-ayat Al Quran … Sebenarnya, dia tidak menghadiahkan surah ini secara fizikal tetapi oleh kerana dia sentiasa menyambut setiap kali I menyebut ‘uhm’ dengan membacakan ayat pertama Surah An Naba. maka, terbiasalah I teringatkannya bila menyebut 'uhm' walaupun dia sudah tidak lagi bersama! Tetapi oleh kerana I ni selalunya melihat bahawa tidak akan bergerak satu zarah tanpa Izin Allah, dan sebagai orang yang sentiasa meminta daripada Allah, kita hendaklah sentiasa menadah tangan untuk menerima apa yang Alla...

melukut di tepi gantang

Hari ini terasa nak guna peribahasa ‘melukut di tepi gantang’ I tahu maksudnya, samalah seperti kata orang ‘masuk tak penuh, keluar pula tak luak’ orang sekarang kata ‘terlebih sudu’ maksudnya; tidak diperlukan tapi sebelum I gunakan peribahasa itu, I terfikir apakah ‘melukut’ ?  kita ni kadang2 sedap bercakap sahaja tetapi tidak periksa apakah yang kita perkatakan. Ustaz I kata, setiap butir perkataan kita itu direkodkan dan kita akan ditanya di Mahsyar kelak tentang semua  yang kita perkatakan. Bukan hadis dan Al Quran sahaja yang kita nak kena verify … semua kata-kata pun bagi orang yang mengaku beriman, nak kena jaga. I kenal ‘gantang’. Gantang adalah ukuran capacity 4 cupak iaitu lebih kurang 3kg. Beras kalau 3 kilo bagi I banyak, sebab I beli beras sekilo sahaja dan boleh bertahan 2 bulan. Maksudnya mewahlah ukuran gantang itu. I pun google search maksud ‘melukut’ … Ampun ya Allah Melukut ini maksudnya ‘ broken rice grain’ , beras hancu...