Skip to main content

Sehari Satu Surah - An Nahl

Bismillah

Petang tadi,
Masihlah bertekun dangan projek Sehari Satu Surah. Orang tersayang memberi I satu ayat daripada Surah An Nahl.

Dan Dia memudahkan bagi kamu malam dan siang dan matahari serta bulan dan bintang-bintang dimudahkan dengan perintahNya untuk keperluan-keperluan kamu. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi tanda-tanda (yang membuktikan kebijaksanaan Allah) bagi kaum yang mahu memahaminya. (16:12) 

I mencari pandangan tentang Surah ini, sebab surah ini panjang dan agak asing (tak selalu I singgah ke halaman ini, ampun ya Allah);

Jawapannya;
“You kena tahu bila nak berhenti.. kalau tak dapat lagi tu makna nya ALLAH said move on.. came back sometime later...at time kita perlukan contoh/kejadian pada  diri baru faham”

Cuma I tidak memberitahunya apa yang berlaku semalam, dan I tidak mungkin dapat menghuraikan tentang pengamalan.

Sehari suntuk I duduk mengulang surah ini sambil menguruskan rumah tangga dan anak2 yang sudah balik untuk beraya di sini. Walaupun I belum bersedia I untuk memetakan keseluruhan surah ini tetapi apa yang menarik perhatian I ialah pada ayat 30

 Dan ditanya pula kepada orang-orang yang bertakwa: "Apakah yang telah diturunkan oleh Tuhan kamu?" Mereka menjawab: "Kebaikan". Orang-orang yang berbuat kebaikan di dunia ini beroleh balasan yang baik dan sesungguhnya balasan negeri akhirat itu lebih baik lagi dan memanglah negeri akhirat ialah sebaik-baik negeri bagi orang-orang yang bertakwa. (16:30)

Ekoran daripada peristiwa semalam, I secara peribadi tidak Nampak sebarang kejadian itu ‘buruk’. I lah orang yang sangat percaya bahawa Allah SWT itu Maha Pengasihani dan Maha Penyayang. 
Tidak Allah jadikan sesuatu perkara itu sia-sia. Dan, tidak bergerak satu zarah pun melainkan dengan kehendakNya.

secara rahsia, I merangkai doa
“O Allah, yang Maha pemurah lagi Maha Pengasihani -  sungguh Engkau Maha pengampun, 
Engkau suka mengampunkan Maka, ampunilah Ita.
Ya Allah masukkanlah Ita dalam golongan orang-orang yang bertakwa kerana Ita juga percaya setiap sesuatu yang Engkau turunkan O Allah adalah kebaikan semata-mata”

Malam itu permohonan sangat syahdu. 
Hati sangat berharap. 
Diri rasa sangat kecil dan rugi Jika tidak Allah SWT mengampunkan maka rugilah diri ini. 
Berkecai hati meratap, 
Mengangkat takbir rasa malu, 
menyembah sujud rasa ngeri, 
takut jika Allah berkehendak tentulah tidak payah untuk bumi ini menelan, 
melenyapkannya daripada mukabumi ini. 
Ampun ya Allah. 
Ampun …

Membaca ayat 30 ini, menerbitkan harap – hanya kerana kita berbaik sangka mohon kerana inilah kita masuk dalam golongan orang2 yang bertakwa. Hanya Allah SWT sahaja yang mampu melayakkan kita jadi orang yang bertakwa. Jika mengikut amal perbuatan kita – rugi!

Cuma I tidak memberitahunya apa yang berlaku semalam, dan I tidak mungkin dapat menghuraikan tentang pengamalan.

Kemudian I bertanya kepada guru,
“bagaimana dengan kita ini sudah tinggi belajar, banyak ilmu – tahu itu dan ini, mengajar pula. Membimbing orang ke jalan yang benar, melatih orang mentaati sabar tetapi apabila di datangkan ujian, tewas juga … apakah kami ini sebenarnya orang2 yang engkar dan sesat seperti yang diperkatakan dalam Al Quran.
Apakah kami ini orang2 yang akan mendapat balasan yang buruk seperti amaran tegas Allah SWT…”

Guru, masih tenang. Dari rentak  suaranya tiada tanda2 gusar atau marah. Dia menjawab;
“itulah tandanya ilmu iaitu apabila berdosa, cepat-cepat kembali kepada Tuhan dan memohon keampunan. Bukan makan pill tidur atau terjun bangunan. 
Bila jatuh, bangun semula. Walaupun luka parah – tidak dipedulikannya, tetap dilalui hidup ini dengan rasa rendah diri, sentiasa memohon keampunan. 
Masihlah dia mengajar dengan sabar kerana walaupun dia guru tetapi dia sendiri maklum bagaimana rupa wajah dosa maka menjadilah dia seorang guru yang lembut jiwa dan perihatin kepada orang2 yang di bimbing”

Bercakap tentang surah An Nahl, guru bagi ayat dan Hadis di bawah;  

Kemudian, sesungguhnya Tuhanmu terhadap orang-orang yang melakukan kejahatan dengan sebab kejahilan, kemudian mereka bertaubat sesudah itu serta memperbaiki amalannya, sesungguhnya Tuhanmu sesudah (mereka bertaubat) itu, adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (16:119)

Dari Anas radhiallahu 'anhu, ia berkata: Saya telah mendengar Rasulullah SAW bersabda : Allah ta’ala telah berfirman : “Wahai anak Adam, selagi engkau meminta dan berharap kepadaKu, maka Aku akan mengampuni dosamu dan Aku tidak pedulikan lagi. Wahai anak Adam, walaupun dosamu sampai setinggi langit, bila engkau mohon ampun kepada-Ku, niscaya Aku memberi ampun kepadamu. Wahai anak Adam, jika engkau menemui Aku dengan membawa dosa sebanyak isi bumi, tetapi engkau tiada menyekutukan sesuatu dengan Aku, niscaya Aku datang kepadamu dengan (memberi) ampunan sepenuh bumi pula”.
 [HR. Tirmidzi no. 3540 (3534)]

Tidak tahu dengan you, 
Tetapi malam itu I tidur lewat sedikit kerana memanjangkan doa dan bangun lebih awal kerana rasa bersalah dan menyambung doa. Mohon keampunan dan maaf. Mohon disambung peluang untuk membuat kebajikan dan mohon bersih apabila di bawa pulang …

Ramadan kali ini memang berbeza
Besar-besaran yang I belajar. Besar-besaran juga ujian untuk mendudukkan ilmu dan pengetahuan.
Tidak tahu bagaimana rupanya buku amalan yang akan di terima di Mahsyar kelak, tentulah I sendiri tidak sanggup melihatnya tetapi kepada siapa lagilah yang boleh kita minta pertolongan kecuali hanya kepada Allah SWT. Jika tanpa ampunanNya RUGIlah kita ini.

Ampun ya Allah
                       Ampun ya Allah







Comments

Popular posts from this blog

Amalan setiap malam sebelum tidur, Surah Al Mulk

Bismillah Lama, I duduk diam. Perhati dan berfikir. Antara dua perkara yang Allah suka jika kita amalkan tetapi kebanyakan kita tak suka buat … lama, I duduk diam dan relate (mengaitkan) perkara2 yang   lalu lintas pada pendengaran, penglihatan dan hati dengan Al Quran dan vice versa – iaitu, Al Quran dengan apa2 yang di alami melalui pancaindera. Kebanyakan orang sudah tidak biasa, duduk diam dan merasa, merasa dan relate. Relate dan mengambil pengajaran. Cikgu I kata, “keep the lesson …” Kebanyakkan kita secepat merasa itulah akan berkata2.   Sangat cepat nak kongsi pendapat dan tekan butang ‘send’. Dunia sekarang semua orang suka berpendapat, cepat bereaksi   dan sangat suka mengulas … bahaya ! dan I, sejak I belajar tadabbur dan tazzakur ini. I buat tadabbur satu persatu, I tazzakur pula perlahan2 dan tidak publish. Sebab tujuan utama kita bertadabbur dan tazzakur ini ialah untuk beramal dengan ayat2 Al Quran.  Bila beramal pula buka...

Surah An Naba

Surah ini adalah hadiah daripada seorang kekasih.  Saya ini terbiasa -  antaranya, bila memulakan kata-kata, I akan sebut ‘uhm …’ besar kemungkinan kerana I sedang mengarang ayat sebelum menyatakannya atau mungkin I saja nak berkata-kata sedangkan belum betul pasti apa yang hendak I katakan. Katanya, adalah lebih baik sekiranya I sambung sedikit lagi menjadikannya ayat pertama Surah An Naba, sekurang-kurangnya I boleh memanfaatkan diri dengan pembacaan ayat-ayat Al Quran … Sebenarnya, dia tidak menghadiahkan surah ini secara fizikal tetapi oleh kerana dia sentiasa menyambut setiap kali I menyebut ‘uhm’ dengan membacakan ayat pertama Surah An Naba. maka, terbiasalah I teringatkannya bila menyebut 'uhm' walaupun dia sudah tidak lagi bersama! Tetapi oleh kerana I ni selalunya melihat bahawa tidak akan bergerak satu zarah tanpa Izin Allah, dan sebagai orang yang sentiasa meminta daripada Allah, kita hendaklah sentiasa menadah tangan untuk menerima apa yang Alla...

melukut di tepi gantang

Hari ini terasa nak guna peribahasa ‘melukut di tepi gantang’ I tahu maksudnya, samalah seperti kata orang ‘masuk tak penuh, keluar pula tak luak’ orang sekarang kata ‘terlebih sudu’ maksudnya; tidak diperlukan tapi sebelum I gunakan peribahasa itu, I terfikir apakah ‘melukut’ ?  kita ni kadang2 sedap bercakap sahaja tetapi tidak periksa apakah yang kita perkatakan. Ustaz I kata, setiap butir perkataan kita itu direkodkan dan kita akan ditanya di Mahsyar kelak tentang semua  yang kita perkatakan. Bukan hadis dan Al Quran sahaja yang kita nak kena verify … semua kata-kata pun bagi orang yang mengaku beriman, nak kena jaga. I kenal ‘gantang’. Gantang adalah ukuran capacity 4 cupak iaitu lebih kurang 3kg. Beras kalau 3 kilo bagi I banyak, sebab I beli beras sekilo sahaja dan boleh bertahan 2 bulan. Maksudnya mewahlah ukuran gantang itu. I pun google search maksud ‘melukut’ … Ampun ya Allah Melukut ini maksudnya ‘ broken rice grain’ , beras hancu...