Skip to main content

ilahi anta maqsudi waridhoka mathlubi

Bismillah


semalam - melawan beberapa fitrah yang ada pada diri. menongkah apa yang lebih serasi ...

pukul 10.15 malam,
I start kereta mendaki bukit kemensah. 

Ustaz ni sebenarnya biasa sahaja, tidak susah pun jika berkehendak menemuinya - tetapi orang2 yang keliling kelalang agak payah
satu;
mereka sangat tertib tentang hubungan guru dan murid (eeee)

dua;
mereka tidak tau yang I ni - favorite ustaz!


Sebenarnya I Baru balik daripada dua hari berkursus.
Time Managemant ... kursus biasa, bagi orang yang tidak ada kerja macam I ni, hadir kursus adalah riadah. 
Bukan semua kursus I pergi dan I memang tidak mencari tetapi kadang2 dipelawa atau iklan2 tu muncul depan mata, menari-nari mencari perhatian! terjebaklah I ... (Allah hantar)

Semuanya yang diceritakan dua hari itu adalah BAGUS dan sangat berguna,
damn, I pun sangat suka.
Kita di ajar teknik menyusun masa dan pengurusan kewangan.


CUMA
Cuma satu bab sahaja
bilamana dihuraikan oleh trainer yang comel dan manis itu.

I jengah ke langit
kuartir kalau2 ada petir menyambar



ehem, kita sudah belajar sabar & baik sangka
kita telah dididik supaya membuang yang keruh dan ambil yang jernih. ada masa2nya jelas apa yang keruh so kita move on  

tetapi bila ketika kita kurang arif
bila kita keliru, yang kita genggam ini kaca atau permata
bila ada keluar banyak2 question mark dalam kepala -
I carilah Ustaz. 

Disclaimer; Bukan I tak pandai, tetapi I tidak suka memandai OK!

Quran ini bukan sesuatu yang baru
Bukan 10 atau 20 tahun dalam pasaran. Bergenerasi ilmuan yang bijak-bijak sudah mengupasnya.
Berbukit-bukit kitab terbit ekoran daripada membuka rahsia Mukjizat ini.

Hari ini I belajar - bila-bila you nak buat keputusan.
Buka Quran.

Ayat2 yang kita pilih secara rambang itu (actually, semua yang berlaku kita tau adalah daripada Grand design Allah) akan menjawab.

soalan;

  1. apa jadi dengan solat isthara? 
  2. bila nak aplikasikan?

senangnya,

tetapi ada syarat juga. 
kena jaga solat,
kena jaga rumahtangga.
kena sedekah

jaga jiran tetangga, ahli keluarga



TETAPI
Kita kan tau,tidak ada penemuan yang baru dalam ilmu Al Quran ... 
I wonder kenapa Ulama besar,
Ahli teologi dan ahli logik seperti Ibn Taymiyyah.
Ulama Hadis seperti Iman Nawawi atau,
Abū ‘Abd Allāh Muḥammad ibn Ismā‘īl pengarang buku Adab al-Mufrad

Mengapa I tak pernah tahu sesiapa yang membawa teknik ini


atau ... 
ini adalah shortcut 


sebab, nak habis mengaji ilmu hadis dan Al Quran ini mugkin makan bertahun-tahun bila pula kita nak start business kan.

TETAPI

tidak I nafikan Allah itu Maha Berkehendak. 
Dan, bila Allah memilih wakilnya untuk menyampaikan ilmuNya yang hebat itu tentulah tidak layak kita untuk menidakkannya. 
Tetapi ...
(ish banyaknya 'tetapi' - indicator shalita dalam mode confuse) 

Tetapi kita pun maklum
Ikut logic akal ... 

durian tumbuh di tanah dusun, nenas hidup di tanah gambut. Pokok kurma di kawasan berpasir atau tanah liat. 

TETAPI, oklah bila Allah berkehendak, 

pokok pun boleh tumbuh dari dalam batu .... 

OK pengetahuannya dan anugerah Allah kepada Trainer ini kita tidak persoalkan tetapi menyampaikannya kepada orang-orang yang tidak diperiksa asal usul kefahaman tentang Ugama dan latar belakang.


Dia mungkin faham ...
tetapi kita? 

kita yang diberi joran sebesar lengan ini bagaimana? 
sedangkan memancing pun kita tidak tau ...  
huru hara !!!

Ampun ya Allah

maka, kekeliruan membawa dia meredah malam mencari gurunya di atas bukit bilamana harimau dan monyet sudah tidur. 

Kenapa dia jadi guru
sebab, dia - Allah lah yang pilih. 

Kenapa I cari dia?
sebab Allah lebih suka hantar jawapan pada dia daripada I. hmm ... 

orang tua itu macam biasa, 

tenang ... 

panjang lebar I bercerita, dia bagi dua ayat ...

satu,


Dialah yang menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab Suci Al-Quran. Sebahagian besar dari Al-Quran itu ialah ayat-ayat "Muhkamaat" (yang tetap, tegas dan nyata maknanya serta jelas maksudnya); ayat-ayat Muhkamaat itu ialah ibu (atau pokok) isi Al-Quran dan yang lain lagi ialah ayat-ayat "Mutasyaabihaat" (yang samar-samar, tidak terang maksudnya). Oleh sebab itu (timbullah faham yang berlainan menurut kandungan hati masing-masing) adapun orang-orang yang ada dalam hatinya kecenderungan ke arah kesesatan, maka mereka selalu menurut apa yang samar-samar dari Al-Quran untuk mencari fitnah dan mencari-cari Takwilnya (memutarkan maksudnya menurut yang disukainya). Padahal tidak ada yang mengetahui Takwilnya (tafsir maksudnya yang sebenar) melainkan Allah dan orang-orang yang tetap teguh serta mendalam pengetahuannya dalam ilmu-ilmu agama, berkata: Kami beriman kepadanya, semuanya itu datangnya dari sisi Tuhan kami dan tiadalah yang mengambil pelajaran dan peringatan melainkan orang-orang yang berfikiran.
(Ali Imran 3:7)
dan dua;

Janganlah engkau Kerana hendakkan cepat menghafaz Quran yang diturunkan kepadamu menggerakkan lidahmu membacanya. Sesungguhnya Kamilah yang berkuasa mengumpulkan Al-Quran itu dalam dadamu dan menetapkan bacaannya pada lidahmu. Oleh itu, apabila Kami telah menyempurnakan bacaannya kepadamu, maka bacalah menurut bacaannya itu; Kemudian, sesungguhnya kepada Kamilah terserah urusan menjelaskan kandungannya.Sedarlah wahai orang-orang yang lalai bahkan kamu sentiasa mencintai Kesenangan dan kemewahan dunia yang cepat habisnya. Dan kamu tidak menghiraukan hari akhirat yang kekal abadi kehidupannya 
(Al Qiyama 75: 16-21)


Betul, jom balik kepada Al Quran ...
dan bacalah dengan hati yang bersih dan bukan dengan nafsu. 


Dan ikutlah apa-apa yang jelas yang diperintahkan. 


Kerana itulah jalan yang benar ...


I selalu juga takut bila teringatkan apa yang dinyatakan dalam Surah Yasin yang selalu kita baca itu (sila rujuk ayat 5-9). 

Menyatakan bila peringatan datang dan kita ketepikan, Allah akan tutup kita daripada melihat yang hak, sampai bila-bila. Ampun !!! 


kawan-kawan yang pandai taddbur dan Tazakkur tentu lebih memahami
Dulu2 - masa I kecik2, I pernah juga tengok orang buat kerja tanya dengan Quran, Quran itu diikat dan akan berpusing itu lawan jam atau arah jam. I tak ingat mana 'yes' mana 'no' sebab masa I tengok dia buat tu. Walaupun I tak kenal Quran tu macam yang I tau sekarang ni, masa tu lagi I dah tau. Tuan Guru itu mengarut! 


Ustaz kata, eloklah bila semua orang dah start merujuk kepada Al Quran. I pun kena berbaik sangka.

Bila kawan-kawan dah selalu buka Quran, lambat laun - akan terbitlah cahaya Al Quran itu pada gerak dan diam mereka, insyallah. 
Janji Al Quran itu benar,
akhirat itu benar
syurga itu benar
neraka itu juga benar ...

Doa kita semua orang, akhirnya - selamat!

 

Seriously
Ampun ya Allah
Perliharalah kami ini daripada fitnah yang tumbuh seperti cendawan selepas hujan sekarang ini.

Ilahi anta maqsudi waridhoka mathlubi

Wahai Tuhanku, Engkaulah tujuanku dan redhaMu yang kucari


Wahai Tuhan kami!
Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah.
Wahai Tuhan kami!
Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami.
Wahai Tuhan kami!
Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami dan berilah rahmat kepada kami.
Engkaulah Penolong kami.















Comments

Popular posts from this blog

Amalan setiap malam sebelum tidur, Surah Al Mulk

Bismillah Lama, I duduk diam. Perhati dan berfikir. Antara dua perkara yang Allah suka jika kita amalkan tetapi kebanyakan kita tak suka buat … lama, I duduk diam dan relate (mengaitkan) perkara2 yang   lalu lintas pada pendengaran, penglihatan dan hati dengan Al Quran dan vice versa – iaitu, Al Quran dengan apa2 yang di alami melalui pancaindera. Kebanyakan orang sudah tidak biasa, duduk diam dan merasa, merasa dan relate. Relate dan mengambil pengajaran. Cikgu I kata, “keep the lesson …” Kebanyakkan kita secepat merasa itulah akan berkata2.   Sangat cepat nak kongsi pendapat dan tekan butang ‘send’. Dunia sekarang semua orang suka berpendapat, cepat bereaksi   dan sangat suka mengulas … bahaya ! dan I, sejak I belajar tadabbur dan tazzakur ini. I buat tadabbur satu persatu, I tazzakur pula perlahan2 dan tidak publish. Sebab tujuan utama kita bertadabbur dan tazzakur ini ialah untuk beramal dengan ayat2 Al Quran.  Bila beramal pula buka...

Surah An Naba

Surah ini adalah hadiah daripada seorang kekasih.  Saya ini terbiasa -  antaranya, bila memulakan kata-kata, I akan sebut ‘uhm …’ besar kemungkinan kerana I sedang mengarang ayat sebelum menyatakannya atau mungkin I saja nak berkata-kata sedangkan belum betul pasti apa yang hendak I katakan. Katanya, adalah lebih baik sekiranya I sambung sedikit lagi menjadikannya ayat pertama Surah An Naba, sekurang-kurangnya I boleh memanfaatkan diri dengan pembacaan ayat-ayat Al Quran … Sebenarnya, dia tidak menghadiahkan surah ini secara fizikal tetapi oleh kerana dia sentiasa menyambut setiap kali I menyebut ‘uhm’ dengan membacakan ayat pertama Surah An Naba. maka, terbiasalah I teringatkannya bila menyebut 'uhm' walaupun dia sudah tidak lagi bersama! Tetapi oleh kerana I ni selalunya melihat bahawa tidak akan bergerak satu zarah tanpa Izin Allah, dan sebagai orang yang sentiasa meminta daripada Allah, kita hendaklah sentiasa menadah tangan untuk menerima apa yang Alla...

melukut di tepi gantang

Hari ini terasa nak guna peribahasa ‘melukut di tepi gantang’ I tahu maksudnya, samalah seperti kata orang ‘masuk tak penuh, keluar pula tak luak’ orang sekarang kata ‘terlebih sudu’ maksudnya; tidak diperlukan tapi sebelum I gunakan peribahasa itu, I terfikir apakah ‘melukut’ ?  kita ni kadang2 sedap bercakap sahaja tetapi tidak periksa apakah yang kita perkatakan. Ustaz I kata, setiap butir perkataan kita itu direkodkan dan kita akan ditanya di Mahsyar kelak tentang semua  yang kita perkatakan. Bukan hadis dan Al Quran sahaja yang kita nak kena verify … semua kata-kata pun bagi orang yang mengaku beriman, nak kena jaga. I kenal ‘gantang’. Gantang adalah ukuran capacity 4 cupak iaitu lebih kurang 3kg. Beras kalau 3 kilo bagi I banyak, sebab I beli beras sekilo sahaja dan boleh bertahan 2 bulan. Maksudnya mewahlah ukuran gantang itu. I pun google search maksud ‘melukut’ … Ampun ya Allah Melukut ini maksudnya ‘ broken rice grain’ , beras hancu...