Skip to main content

tentang bulan

Bismillah

malam ini - tiba rumah lewat, sepetang travel daripada KL ke JB. Sampai JB, makan malam dengan warga ZMP dan kemudian buat setting untuk class esok - barulah dapat balik ke rumah, Alhamdulillah ... 


dalam perjalanan, ternampak bulan. Besarnya, wajah bulan hampir penuh - terus teringatkan bahawa Syaaban sudah ke penghujung dan Ramadan akan menyusul ...
dalam diri - perasaan bercampur antara gembira dan sedih. Suka nak menyambut Ramadan ... sedih mengenangkan tiap tahunnya nak sangat-sangat bersedia menyambut Ramadan tetapi masih lagi sahut menyahut urusan yang melalaikan - Ampun ya Allah.


Cerita Bulan ... 
bagi orang bercinta - rasa bahagia
(actually I pun tak berapa faham, kenapa hubungkait bulan & cinta)


Melihat bulan, I teringat Rasulullah SAW




HR Abu Ishaq : Al -Bara ' ditanya, "Adakah wajah Rasulullah ( terang ) sebagai pedang ?" Beliau berkata , "Tidak, tetapi ( yang terang) sebagai bulan ," katanya.

( Bukhari, vol 2 , 806)
Diriwayatkan dari Abdullah bin Ka'b : Aku mendengar Ka'b bin Malik bercakap selepas kegagalan untuk menyertai ( yang Ghazwa of) Tabuk. Beliau berkata , " Apabila saya disambut Rasulullah yang muka telah berkilauan dengan kebahagiaan , kerana setiap kali Rasulullah gembira , mukanya digunakan untuk kegemilangan , seolah-olah ia adalah 
sekeping bulan, dan kami mengenali ia (iaitu kebahagiaan ) dari mukanya. "
( Bukhari, vol 2 , no 810)

I selalu suka untuk melihat bulan,
sebab I tau yang suatu hari nanti I akan melihat wajah mulia Rasulullah SAW dan akan teringatkan wajah bulan yang selalu I tatap di sini.
(oh rasa sedihlah pula, merindui baginda) 
mohon Allah SWT perkenankan kita menjadi umat Rasulullah SAW di akhirat nanti. Jom hidupkan sunnah ye ..

Tahukan kawan-kawan bahawa bulan di Mekah sangat cantik. I teringat membaca sirah, Rasulullah SAW menceritakan tentang bulan di Mekah.
Terasa macam nak ke sana semula, melihat bulan.

Cerita lain tentang bulan.
Malam itu I singgah Isya di Tangkak (I selalu sukakan masjid di Tangkak). Balik daripada ziarah Marieah di Gemencheh. Berjumpa dengan Adam (classmate di Kuala Pilah). Tak kenal sangat pun tapi, I tau lah yang dia tu classmate I. Dia sangat surprise bertemu dengan I di situ.
sempat I mention tentang cantiknya bulan malam itu. yang best jawapannya, cantiknya bulan sebab I ada di situ ... ha ha ha. 
Lepas tu dia pun start motorbike bersama anaknya beredar.
So Sweet ...
Never see him again,
walaupun banyak kalinya lagi I singgah solat di Tangkak dan I pun dah tidak lagi mengulangi kelas di Kuala Pilah. The End.

Cerita bulan lagi ...
Novel A Samad Said. Di mana bulan selalu retak ...
kalau you pernah baca you tau, kalau you tak berpeluang membaca maka tak dapatlah I nak menolong. 

Bulan sentiasa special kepada I ... 

teringatlah pula Roslizar & harmonika semasa di TIKL 32 tahun yang lalu. Doakan dia bahagia dengan keluarganya. One of my good friend sampai sekarang.

teringat bagaimana kerana I suka sangat dengan bulan - kita susun katil di rumah senai supaya cahaya bulan jatuh terus atas katil. sentiasa sukakan rumah itu ... cuma tinggal memori sebab rumah itu dah lama tiada.

Last but not least ...
sentiasa terasa kehebatan Allah SWT yang menjadikan bulan antara tanda-tanda kekuasaanNya. Bersaksilah I pada melihatnya bahawa Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan Rasulullah itu perusuhNya.

tentang bulan ... 


Comments

  1. Alhamdulliah .. smlm 20/6/16 nampak bulan yg sama

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

melukut di tepi gantang

Hari ini terasa nak guna peribahasa ‘melukut di tepi gantang’ I tahu maksudnya, samalah seperti kata orang ‘masuk tak penuh, keluar pula tak luak’ orang sekarang kata ‘terlebih sudu’ maksudnya; tidak diperlukan tapi sebelum I gunakan peribahasa itu, I terfikir apakah ‘melukut’ ?  kita ni kadang2 sedap bercakap sahaja tetapi tidak periksa apakah yang kita perkatakan. Ustaz I kata, setiap butir perkataan kita itu direkodkan dan kita akan ditanya di Mahsyar kelak tentang semua  yang kita perkatakan. Bukan hadis dan Al Quran sahaja yang kita nak kena verify … semua kata-kata pun bagi orang yang mengaku beriman, nak kena jaga. I kenal ‘gantang’. Gantang adalah ukuran capacity 4 cupak iaitu lebih kurang 3kg. Beras kalau 3 kilo bagi I banyak, sebab I beli beras sekilo sahaja dan boleh bertahan 2 bulan. Maksudnya mewahlah ukuran gantang itu. I pun google search maksud ‘melukut’ … Ampun ya Allah Melukut ini maksudnya ‘ broken rice grain’ , beras hancu...

Amalan setiap malam sebelum tidur, Surah Al Mulk

Bismillah Lama, I duduk diam. Perhati dan berfikir. Antara dua perkara yang Allah suka jika kita amalkan tetapi kebanyakan kita tak suka buat … lama, I duduk diam dan relate (mengaitkan) perkara2 yang   lalu lintas pada pendengaran, penglihatan dan hati dengan Al Quran dan vice versa – iaitu, Al Quran dengan apa2 yang di alami melalui pancaindera. Kebanyakan orang sudah tidak biasa, duduk diam dan merasa, merasa dan relate. Relate dan mengambil pengajaran. Cikgu I kata, “keep the lesson …” Kebanyakkan kita secepat merasa itulah akan berkata2.   Sangat cepat nak kongsi pendapat dan tekan butang ‘send’. Dunia sekarang semua orang suka berpendapat, cepat bereaksi   dan sangat suka mengulas … bahaya ! dan I, sejak I belajar tadabbur dan tazzakur ini. I buat tadabbur satu persatu, I tazzakur pula perlahan2 dan tidak publish. Sebab tujuan utama kita bertadabbur dan tazzakur ini ialah untuk beramal dengan ayat2 Al Quran.  Bila beramal pula buka...

Qalbun Saleem

Cara terbaik untuk celebrate birthday orang tersayang ...  lama tidak ke Imuslim untuk belajar kelas berbayar mahu pun percuma, tetapi - hari ini special sebab birthday Ibrahim Topik hari ini best - Qalbun Saleem.  Kawan-kawan, akan tiba satu hari nanti ... di mana harta benda dan ahli keluarga tidak akan dapat menyelamatkan diri kita KECUALI bagi orang-orang yang beriman; yang memiliki hati yang bersih (Qalbun Saleem); yang sentiasa ingat kepada Allah (berdiri, duduk dan baring) yang sentiasa meminta keampunan daripada Allah berdoa supaya terperlihara daripada azab api neraka. (rujuk surah Al Imran; ayat 10, 16 & 17) Soalannya, apakah kita memiliki hati yang bersih ini? hati yang bersih ini kita perlukan bila kita berdiri di hari pembalasan esok. maknanya, hari ini tak perlu sangatlah.  Bak kata Sheikh itu semalam, kepada Allah - tidak mendatangkan apa-apa mudarat kepadaNya samada kita percaya kepada Allah atau tidak. Samada kita taat atau tidak ... ata...