Skip to main content

Benih Kemensah

Bismillah 

Tiba-tiba malam ini bergetar kerinduan pada sebuah surau, di atas bukit jauh di pendalaman.
Dekat surau itu ada sebatang sungai yang deras memutih airnya. Nyaman udara malam dan kemaruk deru air itulah yang I rindukan. 


Ada sekeping gambar, di atas meja di ruang tamu yang selalu menjamu pandangan ... mengingatkan tempat terciptanya sebuah kisah cinta. Bestnya kisah cinta ini kerana I bahagia sampai bila-bila.

I suka nak bawa semua orang ke sana, 
pernah juga beberapa kali melakukannya - ye lah, kulit kita semua mungkin sama tapi hati ... hati manusia ini berbeza-beza.

Cikgu I kata hati manusia ini macam huruf 'Ha' tulisan jawi. Bunyinya sama, tapi bermacam rupa. Tidak semua orang boleh jatuh kasih kepada ustaz ... (he he he ... kalau you tengok mungkin you pun lari) - 


Begini, orang tengok ustaz yang uzur itu comot dan hitam pula. Tapi, kita orang nie nampak dia putih berseri-seri (exaggerate la pulak kannn). Dia kata, dia adalah Tarzan. tapi - I rasa bukan, sebab Tarzan dalam movie tu handsome - so, mestilah ustaz ni Bapak angkat Tarzan!! (ha ha)    

Sebenarnya, I tidak pandai hendak meng'ayat bab ini.

Sepuluh tahun dulu, 
I terjebak di sana ... orang kata kerja gila, belajar lewat2 malam. menyusup jauh ke dalam hutan. Balik, time orang sudah lama lena dalam mimpi.
Tapi, orang tak tahu ... bagaimana segar bugar sanubari kita dan, kita pun bukannya gemar nak bagi tau - sorrylah.


Di sini, I belajar bab solat ... itu yang I buat modal mengajar sekarang ini. Di luar sana, I tak boleh buka solat level 2 & 3. Bab hati pun sikit-sikit sebab suasana di luar ni ilmu tidak mengalir macam air ... 
Kalau di Kemensah, kita happy saja bila ustaz buka surah Fatehah dan bertahun-tahun lah kita belajar Fatehah tak pernah sempat nak jumpa surah lain. 

Di sini kita belajar membina faham, mengisi jiwa dan bukan mengumpul nota. Ustaz selalu pesan, kalau simpan nota dalam buku, bukulah,yang pandai. 
Kalau ada yang perasan, buku nota ustaz tu nipis sahaja dan buku yang sama ustaz guna selama-lamanya.

Di sinilah I berjumpa makna. 
Selalukan kita dengar orang bercerita bilamana mereka mencari Allah, sebelum berjumpa (I tak tau macamana dia orang boleh jumpa!) hidup ini terasa kosong, sunyi. Seperti berjalan dalam gelap - teraba2 mencari hakikat kehidupan ini. Asyik derita dan salah sangka dan merana, kesian kan.

Dalam antara dengar dan tidak suaranya, I belajar.
Macam ditimpa air terjun ... I basah kuyup dibuatkannya pada mengenal gerak dan diam. 

Dan kemudian pandangan mula meluas, boleh nampak macam memakai cermin mata 3D. Timbul huruf-huruf sejauh mata memandang hingga ke ufuk raya.

Surau itu masa dulu kecil sahaja, bayangkan rumah setinggan. Ada tiang yang mana besi-besi tetulang mencanak-canak macam pucuk kelapa. Di situlah I belajar dan di situ juga bercinta.

Sekarang ini dengarnya Surau sudah megah tersergam laksana Mahligai. Bilik-bilik darjah tersusun kemas. Asrama juga sudah lengkap semuanya. Alhamdulillah ...

Lamanya tidak ke sana

Burung yang patah sayap dulu, sudah dewasa, sudah pandai terbang ... dan, jauh perginya. 
Ada juga sekali, dua kali singgah bertanya kabar orang tua itu (makin tua). Bawakan dia chocolate, walaupun tau ustaz tidak suka makan chocolate. Cerita itu dan ini macamlah orang tua itu kesah. Dan ustaz, macam itulah akan tenang sahaja. Unaffected. 

Duduk juga mengikuti kelas ... 
kelakar memikirkan bertahun-tahun ustaz akan buka tajuk yang sama, gunakan contoh dengan joke yang sama, ada beberapa kerat penuntut baru tetapi yang ramainya orang-orang lama. Mereka ini senior I dulu, mereka inilah hardcore yang akan repeat dan repeat kelas. Jiwa dan raga mereka sebati di sana.

I wonder ...
Ada seorang murid tuanya berkata, dia mengulangi Kemensah "bukan untuk pandai tetapi untuk sempurna dibawa pulang ..."
OMG! Amazing kan 


I ini antara benih-benih Kemensah juga. 
Ada benih, jatuh di situ juga. tumbuh dan membesar, mengikat akar jauh kedalam bumi mengukuhkan tebing2 sungai dan meneguhkan tapak surau ... Ada juga benih yang hanjut di bawa arus sungai, tumbuh melata.

I ingat, sebagai benih ... I mutate.
Menjadi sesuatu yang unnatural. Tumbuh juga tapi tak ada akar, kadang-kadang di sini, ada masa-masanya di sana. Mungkin bunganya tidak seharum kembang dipohon besar di atas bukit sana tetapi okaylah, I berbunga juga (rasanya). 


Alhamdulillah ...
I rasa bahagia kerana ilmu mampu meredakan taufan.

Apa yang I belajar, I faham, I amalkan dan I tambah dengan sumber2 lainnya dan I terjemahkan semula apa yang ustaz bawa supaya anak-anak murid I faham pada kadar mereka.

Berhajat juga sebenarnya untuk menjadi benih yang baik, yang tercampak ke laut menjadi pulau. Tercampak ke tanah menjadi bukit ...
tapi, ye lah - kita merancang dan bercita-cita dan mengadu kepada Allah mohon diperkenankan DAN tentulah tidak mendahului keputusanNya. 



Terima kasih Kemensah. 
Terima kasih ustaz yang sentiasa 'cool' macam salju dan, 
Terima kasih juga kepada kawan2 yang bila2 masa I singgah tetap menyambut I dengan mesra walaupun kita tidak pernah makan dan minum semeja.

I pernah menulis tentang Kemensah, dulu.
Ingat nak share sekali lagi, rasa macam nak rephrase tetapi tak jadi. Kerana, masih begitulah Kemensah pada I, dulu dan hari ini, dan mungkin juga sampai bila-bila (eh macam UMNO pula)





Seronokkan bila bercinta begini. Bila mengenal rasa ... 
Doa I biarlah semua orang menikmatinya, walaupun bukan di Kemensah kerana Ilmu itu dimana-mana yang Allah restui.

Kadang2 students minta macam-macam, I senyum jer (I jadi macam ustaz juga). Dalam hati berkata, cuma sekiranya mereka faham dan bertenang - cukup dengan solat sahaja hati boleh tenteram sampai akhir usia ... 

Comments

Popular posts from this blog

Amalan setiap malam sebelum tidur, Surah Al Mulk

Bismillah Lama, I duduk diam. Perhati dan berfikir. Antara dua perkara yang Allah suka jika kita amalkan tetapi kebanyakan kita tak suka buat … lama, I duduk diam dan relate (mengaitkan) perkara2 yang   lalu lintas pada pendengaran, penglihatan dan hati dengan Al Quran dan vice versa – iaitu, Al Quran dengan apa2 yang di alami melalui pancaindera. Kebanyakan orang sudah tidak biasa, duduk diam dan merasa, merasa dan relate. Relate dan mengambil pengajaran. Cikgu I kata, “keep the lesson …” Kebanyakkan kita secepat merasa itulah akan berkata2.   Sangat cepat nak kongsi pendapat dan tekan butang ‘send’. Dunia sekarang semua orang suka berpendapat, cepat bereaksi   dan sangat suka mengulas … bahaya ! dan I, sejak I belajar tadabbur dan tazzakur ini. I buat tadabbur satu persatu, I tazzakur pula perlahan2 dan tidak publish. Sebab tujuan utama kita bertadabbur dan tazzakur ini ialah untuk beramal dengan ayat2 Al Quran.  Bila beramal pula buka...

Surah An Naba

Surah ini adalah hadiah daripada seorang kekasih.  Saya ini terbiasa -  antaranya, bila memulakan kata-kata, I akan sebut ‘uhm …’ besar kemungkinan kerana I sedang mengarang ayat sebelum menyatakannya atau mungkin I saja nak berkata-kata sedangkan belum betul pasti apa yang hendak I katakan. Katanya, adalah lebih baik sekiranya I sambung sedikit lagi menjadikannya ayat pertama Surah An Naba, sekurang-kurangnya I boleh memanfaatkan diri dengan pembacaan ayat-ayat Al Quran … Sebenarnya, dia tidak menghadiahkan surah ini secara fizikal tetapi oleh kerana dia sentiasa menyambut setiap kali I menyebut ‘uhm’ dengan membacakan ayat pertama Surah An Naba. maka, terbiasalah I teringatkannya bila menyebut 'uhm' walaupun dia sudah tidak lagi bersama! Tetapi oleh kerana I ni selalunya melihat bahawa tidak akan bergerak satu zarah tanpa Izin Allah, dan sebagai orang yang sentiasa meminta daripada Allah, kita hendaklah sentiasa menadah tangan untuk menerima apa yang Alla...

melukut di tepi gantang

Hari ini terasa nak guna peribahasa ‘melukut di tepi gantang’ I tahu maksudnya, samalah seperti kata orang ‘masuk tak penuh, keluar pula tak luak’ orang sekarang kata ‘terlebih sudu’ maksudnya; tidak diperlukan tapi sebelum I gunakan peribahasa itu, I terfikir apakah ‘melukut’ ?  kita ni kadang2 sedap bercakap sahaja tetapi tidak periksa apakah yang kita perkatakan. Ustaz I kata, setiap butir perkataan kita itu direkodkan dan kita akan ditanya di Mahsyar kelak tentang semua  yang kita perkatakan. Bukan hadis dan Al Quran sahaja yang kita nak kena verify … semua kata-kata pun bagi orang yang mengaku beriman, nak kena jaga. I kenal ‘gantang’. Gantang adalah ukuran capacity 4 cupak iaitu lebih kurang 3kg. Beras kalau 3 kilo bagi I banyak, sebab I beli beras sekilo sahaja dan boleh bertahan 2 bulan. Maksudnya mewahlah ukuran gantang itu. I pun google search maksud ‘melukut’ … Ampun ya Allah Melukut ini maksudnya ‘ broken rice grain’ , beras hancu...