Bismillah ...
Seperti bulan jatuh ke riba
begitulah rasanya bila kita melihat doa kita diperkenankan. Bila kita memegang kunci kereta yang kita idam-idamkan. Bila orang yang kita rindu, muncul di muka pintu ... Bestkan!
tiap-tiap hari kita baca Fatihah,
sedar, tidak sedar rupa-rupanya kita berdoa. Especially pada ayat 6.
Kita tidak perasan sebenarnya doa kita itu sangat besar - sebab kita kerap sangat menyebutnya.
Dalam solat kita baca, dengar orang sakit kita baca. Orang meninggal pun kita baca juga. Nak tidur kita baca. Nak start majlis kita baca, nak start baca Quran pun selalunya kita dahulukan Fatihah.
Kadang-kadang I tengok, kita cepat2kan bacaan fatihah sebab kita hendak segera tiba pada bacaan doa imam yang lunak atau nak cepat sambung bacaan Al Quran.
Kita rasa kita hendak tiba pada tujuan yang sebenar tanpa kita sedari bahawa Fatihah itulah sahaja tujuan hidup ini.
Bila I sebut - Fatihah itu adalah dialog langsung kita dengan Allah. Kita akan kata kita tahu ... tapi, kita sebenarnya tidak tau betapa specialnya Fatihah.
bayangkan, you nak datang ke rumah I.
You dah sampai ke No 4, jalan Bungaraya. You cepat-cepat masuk ke dalam rumah, cepat-cepat pula keluar. lepas tu you duduk dekat simpang jalan dan you cakap dengan orang, you ada hajat dengan I.
menung I yang kat dalam rumah tadi ...
Tetapi oleh kerana Allah itu bukan I, maka masihlah diperkenankan hajat you. kalau I, I sepak you ... serious!
Hari ini I nak cerita Jawapan Allah ...
perasan kah, ada masa-masanya kita rasa tidak selesa melakukan apa yang biasa kita buat.
Contoh;
katalah - kebiasaan kita tidur selepas subuh - tetapi, ada satu masa. kita rasa tak syok. I harap orang tidak tahu kita melakukannya. Kita tak nak 'post' kat FB tentang perbuatan itu. Kita rasa malu.
perbuatan tadi bukanlah salah sangat, tetapi sekarang Allah sudah perkenankan permintaan you supaya ditunjukkan jalan yang lurus. you sudah tidak lagi mahu mengikut mereka yang sesat dan dimurkai Allah.
Hebatkan Allah.
tetapi nanti kita akan jatuh semula pada tabiat yang lama, maklum - kita ini lemah dan lalai.
Alhamdulillah - oleh kerana kita bertekun pada mendirikan solat lima waktu tiap-tiap hari MAKA, datang lagi hidayah. Kita berubah lagi sekali.
jomlah berubah, ikut bisik hati yang ikhlas.
Jomlah berubah lagi dan lagi.
Usia ini tinggal sedikit sahaja - tiap-tiap hari orang yang kita kenal sudah dipanggil pulang, cuma kita saja yang belum lagi.
Allah sudah bentangkan yang benar dihadapan kita.
ustaz I selalu kata, kita doa minta jalan yang lurus - lepas tu kita tunggu. tunggu punya tunggu, tunggu apa? surat anugerah jalan yang lurus?
kata Ustaz, Allah dah bagi Al Quran dan Rasulullah SAW. Awat hang tak ikut?
tadi berborak dengan Rozie, kita setuju - kita sudah kesuntukan masa. kita kena buat baik saja.
Shah Rukh Khan dan Kajol sahaja yang ada masa nak cerita tentang indahnya cinta dan dunia. kita, kita sudah tidak ada masa ...
Jangan besok, tiba di Mahsyar kita cakap dengan orang sebelah - eh! Allah tak bagi I hidayah pun.
Buruk benar bunyinya.
Hari ini, ada mata - melihat. Ada telinga, dengar. Cuma, hati yang buta tidak melihat dan mendengar ayat-ayat (signs) Allah SWT.

Comments
Post a Comment