Setiap kali I membayar 'over price' coffee di luar sana, I mesti teringat surah Ar Rahman, lebih tepat ayat yang 31 kali diulang-ulang dalam surah tersebut. " Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? " tetapi kopi ini adalah kesukaan selain daripada air kosong, I minum kopi. I tak minum air bergas, tak minat pada teh. Tidak cenderung pada jus dan lain-lain di luar sana, hanya kopi dan bukan nescafe Tak tahu kenapa tetapi seolah-olah kemampuan membayar jumlah yang sedemikian untuk secawan kopi mengingatkan I bahawa nanti akan ditanya tentang nikmat ini ... tidak boleh I dustakan apa-apa yang Allah telah kurniakan, sedangkan harga secawan kopi itu setara dengan satu hidangan makanan untuk sebuah keluarga miskin Ampun ya Allah Ita mesti sentiasa bersyukur dan, Ita mesti ingat bahawa ada bahagian untuk orang lain daripada apa yang telah Engkau berikan kepada Ita teringat sebuah hadis; Dari Abu Hurairah r.a.,...