Skip to main content

Ramadan 18

Bismillah
Selamat pagi, sudah 17 hari melalui Ramadan. Macam pagi-pagi yang biasa, masih berpuasa … hari ini sudah terlajak lebih daripada separuh bulan – apakah agak2nya yang sudah terkesan pada hati dan jiwa sepanjang tarbiah Ramadan ini – selain daripada lapar dan dahaga.

Alhamdulillah – I ni sebenarnya ada guru yang mengajar, selain daripada apa yang dilakukannya dan untuk tujuan apa sekalipun dan walaupun Ita ni sangat-sangat tidak menjadi kesukaannya – masih tetap Italah yang diajarnya untuk mengenal. Ditarbiahkan ilmu makrifat secara tidak langsung. Ilmu Allah ini hebat, macam air sungai yang mengalir deras, kita cuba empang di sini, dia mengalir ikut sana. Cuba empang di sana pula – ia melimpah, kalau tidak melimpah, ia membentuk alur yang baru. Hebat Allah bila Dia dan segala kekuasaanNya menyampaikan – laksana hujan, basahlah alam.

Terima kasih ya Allah. Hebat nikmat kasih sayangMu. Maka … sampailah kita pada Ramadan yang ke 18. Sebenarnya, masih ya Allah – Ita ni tidak pandai apa-apa. Masih Ita ni sangat lemah. Yang paling mengerikan rupa-rupanya yang selama ini kita ingatkan adalah gangguan daripada jin dan syaitan yang Ita sangat percaya bahawa mereka inilah yang membisikan kejahatan. Pada bulan yang mulia ini, diperlihatkan bahawa yang memegang itu adalah tangan sendiri, yang menyampaikan itu adalah kaki sendiri dan yang berhajat itu adalah daripada bisikan hati sendiri … Oooo – Ampun ya Allah. Selalu Ita tuduh syaitanlah angkara semua perkara yang jahat. Rupa-rupanya kejahatan itu sudah sebati dalam diri – sehingga maksiat itu menjadi fitrah kehidupan. Mengata orang, membazir dalam berbelanja dan membuang masa itu rupa-rupanya adalah kehendak diri sendiri … Malunya. Malunya O Allah.

Maka … pada pagi 18 ramadan ini, ya Allah. Ita mohon ampun … rupa-rupanya Ita tidak sehebat yang Ita sangka. Dan, kalau beginilah keadaan diri hingga akhir hayat – tentulah tidak bagus. Tentulah tidak baik. Maka, Ita bersimpuh di sini ya Allah, mengangkat tangan berdoa - Lihatlah kepada Ita ni O Allah walaupun Ita ini berdosa, perliharalah ya Allah – walaupun Ita ini hina. Janganlah Kau tinggalkan Ita untuk diri Ita sendiri walaupun sekelip mata. Janganlah sekat Ita daripada mana-mana jalan untuk sampai kepadaMu ya Allah. Ita mungkin sesat tetapi Ita sangat-sangat mahu untuk sampai kepadaMu dan Ita tahu bahawa hanya Engkaulah ya Allah yang memberi dan mencukupkan semua-muanya untuk Ita dan kami semua. Tunjukkanlah jalan dan pimpinlah kami … hebat rahmatMu di bulan yang Mulia ini, limpahkanlah kepada kami supaya kami sentiasa bersyukur kepadaMu. Puaskanlah hati kami dengan hanya berharap kepadaMu O Allah.

Indahnya Ramadan, dan Wahai Tuhan yang Maha Suci dan Maha Mulia – Tuhan, kepada segala malaikat dan roh. Ampunilah kami dan rahmatilah kami. Terima kasih ya Allah. Terima kasih ya Allah, Terima Kasih ya Allah. – teringatkan kata-kataMu O Allah “Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu (14:7)” 18 Ramadan yang sangat indah.


Selamat pagi …

Comments

Popular posts from this blog

melukut di tepi gantang

Hari ini terasa nak guna peribahasa ‘melukut di tepi gantang’ I tahu maksudnya, samalah seperti kata orang ‘masuk tak penuh, keluar pula tak luak’ orang sekarang kata ‘terlebih sudu’ maksudnya; tidak diperlukan tapi sebelum I gunakan peribahasa itu, I terfikir apakah ‘melukut’ ?  kita ni kadang2 sedap bercakap sahaja tetapi tidak periksa apakah yang kita perkatakan. Ustaz I kata, setiap butir perkataan kita itu direkodkan dan kita akan ditanya di Mahsyar kelak tentang semua  yang kita perkatakan. Bukan hadis dan Al Quran sahaja yang kita nak kena verify … semua kata-kata pun bagi orang yang mengaku beriman, nak kena jaga. I kenal ‘gantang’. Gantang adalah ukuran capacity 4 cupak iaitu lebih kurang 3kg. Beras kalau 3 kilo bagi I banyak, sebab I beli beras sekilo sahaja dan boleh bertahan 2 bulan. Maksudnya mewahlah ukuran gantang itu. I pun google search maksud ‘melukut’ … Ampun ya Allah Melukut ini maksudnya ‘ broken rice grain’ , beras hancu...

Amalan setiap malam sebelum tidur, Surah Al Mulk

Bismillah Lama, I duduk diam. Perhati dan berfikir. Antara dua perkara yang Allah suka jika kita amalkan tetapi kebanyakan kita tak suka buat … lama, I duduk diam dan relate (mengaitkan) perkara2 yang   lalu lintas pada pendengaran, penglihatan dan hati dengan Al Quran dan vice versa – iaitu, Al Quran dengan apa2 yang di alami melalui pancaindera. Kebanyakan orang sudah tidak biasa, duduk diam dan merasa, merasa dan relate. Relate dan mengambil pengajaran. Cikgu I kata, “keep the lesson …” Kebanyakkan kita secepat merasa itulah akan berkata2.   Sangat cepat nak kongsi pendapat dan tekan butang ‘send’. Dunia sekarang semua orang suka berpendapat, cepat bereaksi   dan sangat suka mengulas … bahaya ! dan I, sejak I belajar tadabbur dan tazzakur ini. I buat tadabbur satu persatu, I tazzakur pula perlahan2 dan tidak publish. Sebab tujuan utama kita bertadabbur dan tazzakur ini ialah untuk beramal dengan ayat2 Al Quran.  Bila beramal pula buka...

Qalbun Saleem

Cara terbaik untuk celebrate birthday orang tersayang ...  lama tidak ke Imuslim untuk belajar kelas berbayar mahu pun percuma, tetapi - hari ini special sebab birthday Ibrahim Topik hari ini best - Qalbun Saleem.  Kawan-kawan, akan tiba satu hari nanti ... di mana harta benda dan ahli keluarga tidak akan dapat menyelamatkan diri kita KECUALI bagi orang-orang yang beriman; yang memiliki hati yang bersih (Qalbun Saleem); yang sentiasa ingat kepada Allah (berdiri, duduk dan baring) yang sentiasa meminta keampunan daripada Allah berdoa supaya terperlihara daripada azab api neraka. (rujuk surah Al Imran; ayat 10, 16 & 17) Soalannya, apakah kita memiliki hati yang bersih ini? hati yang bersih ini kita perlukan bila kita berdiri di hari pembalasan esok. maknanya, hari ini tak perlu sangatlah.  Bak kata Sheikh itu semalam, kepada Allah - tidak mendatangkan apa-apa mudarat kepadaNya samada kita percaya kepada Allah atau tidak. Samada kita taat atau tidak ... ata...