Skip to main content

Death

Hampir waktu untuk tidur, sebenarnya sudah terlalu lewat tetapi I sedang bercuti – maka, inilah peluang untuk meng’huru-hara’kan jadual waktu. Hari Isnin yang biasa … selain daripada tidak perlu bekerja, sebab cuti – hari ini seperti hari-hari yang lain tetapi tidak untuk kawan I. Dia kehilangan ibunya petang tadi. Tentulah hari ini adalah satu detik peristiwa yang tidak akan dilupakannya. Hari bersedih untuk seorang anak yang pada pengamatan I, sangat baik. Setiap kali kita berbual cerita tentang mak adalah antara topik yang wajib. Sedih I kepadanya ialah, mulai hari ini dia sudah kehilangan lintas langsung (direct telecast) kepada doanya. Azamin perlu mencari punca lain untuk mengemukakan (submit) hajatnya. Anak seperti kawan I yang satu ini mestilah tiada rasa kesal kerana apa yang I nampak dia sangat berbakti kepada ibunya. I suka tengok cara dia memimpin ibunya yang tua dan sangat lemah itu, I selalu juga berdoa mohon anak-anak I jadi macam dia ni, bukan untuk kepentingan I tetapi I sangat percaya tentulah kerana Allah sayang kepadanya lalu menjadikannya penyejuk mata kepada seorang ibu.

teringat pula pada mak I … Mak masih sihat, masih boleh naik bas sorang-sorang pergi Chow Kit membeli belah. Walaupun I selalunya tidak setuju dengan aktiviti itu tetapi mak pula jarang nak minta dihantar ke sana dan mak pula memang tidak banyak permintaan. Doa I, bila mak perlukan di pimpin atau bantuan, I mampu dan Allah mudahkan. Kita yang ada mak lagi ni, buatlah apa-apa yang patut untuk menyenangkan hati mak kita. Maklum orang tua ni mudah tersinggung, perkara ini ibarat menarik rambut dalam tepung – tidak senang. Sebab selalunya orang sudah tua, dia kurang logika tetapi dia nak authority so kita kenalah bijaksana. Marah memang bukan penyelesai isu, kita kena sabar dan sabar. Masa dengan orang tua-tua lah kita perlu apilikasikan apa yang kita belajar daripada Quran. I suka cerita tentang Nabi Yusuf, bila mana Nabi Yakub menjawab kepada berita kematian Nabi Yusuf di bawa oleh abang-abangnya. Beautiful patience.

I tahu, sabar ini senang diluahkan di bibir tetapi tidak mudah untuk ditetapkan di dalam sanubari. Kita selalu dengar orang yang hebat akan berkata “sabar aku ini ada juga hadnya”- sebenarnya kita kan tau bahawa menjadi orang yang hebat itu ialah yang sentiasa sabar dan sabar dan sabar lagi tanpa limit – itu yang bestnya jadi orang Islam ni ialah kesabaran itu tinggi nilainya pada pandangan Allah dan Allah itu Maha Melihat kan … dan yang memutuskan kesudahan sesuatu isu itu pada tanganNya, so … tentulah adil dan kebaikan itu benar kepada Ar Rahman. Suka I menyatakan bahawa inilah syahadah I petang ini. Mohon Allah redha.


Orang terbaik pada kesabaran yang I kenal ialah Datuk Yusuf (datuk my ex-husband) – amazing sabarnya. Yang I belajar daripada dia, bukannya orang yang hebat itu penyabar, tetapi orang yang sabar itu hebat. Satu lagi, my mother in law … dia ni sangat damai. Laksana suatu permandangan (imagine you tengok lukisan di dinding – tidak ada cacat cela). Kalau sebelah family I, I suka mengingatkan datuk I sendiri – dia ni orang susah yang paling happy I yang pernah kenal. Last but not least is arwah abah … cukuplah orang-orang ini I kenang dan belajar daripada mereka makna sabar. Doa I, satu hari nanti – tak tau kalau cucu I sempat I jumpa tapi sekurang-kurangnya I hendak menjadi model sabar kepada anak-anak sendiri – amin ya Allah.

p.s. by the way, gambar hiasan - Doa, I - kubur I nanti tidak begini. Ibrahim - mohon perhatian!

Comments

Popular posts from this blog

Amalan setiap malam sebelum tidur, Surah Al Mulk

Bismillah Lama, I duduk diam. Perhati dan berfikir. Antara dua perkara yang Allah suka jika kita amalkan tetapi kebanyakan kita tak suka buat … lama, I duduk diam dan relate (mengaitkan) perkara2 yang   lalu lintas pada pendengaran, penglihatan dan hati dengan Al Quran dan vice versa – iaitu, Al Quran dengan apa2 yang di alami melalui pancaindera. Kebanyakan orang sudah tidak biasa, duduk diam dan merasa, merasa dan relate. Relate dan mengambil pengajaran. Cikgu I kata, “keep the lesson …” Kebanyakkan kita secepat merasa itulah akan berkata2.   Sangat cepat nak kongsi pendapat dan tekan butang ‘send’. Dunia sekarang semua orang suka berpendapat, cepat bereaksi   dan sangat suka mengulas … bahaya ! dan I, sejak I belajar tadabbur dan tazzakur ini. I buat tadabbur satu persatu, I tazzakur pula perlahan2 dan tidak publish. Sebab tujuan utama kita bertadabbur dan tazzakur ini ialah untuk beramal dengan ayat2 Al Quran.  Bila beramal pula buka...

melukut di tepi gantang

Hari ini terasa nak guna peribahasa ‘melukut di tepi gantang’ I tahu maksudnya, samalah seperti kata orang ‘masuk tak penuh, keluar pula tak luak’ orang sekarang kata ‘terlebih sudu’ maksudnya; tidak diperlukan tapi sebelum I gunakan peribahasa itu, I terfikir apakah ‘melukut’ ?  kita ni kadang2 sedap bercakap sahaja tetapi tidak periksa apakah yang kita perkatakan. Ustaz I kata, setiap butir perkataan kita itu direkodkan dan kita akan ditanya di Mahsyar kelak tentang semua  yang kita perkatakan. Bukan hadis dan Al Quran sahaja yang kita nak kena verify … semua kata-kata pun bagi orang yang mengaku beriman, nak kena jaga. I kenal ‘gantang’. Gantang adalah ukuran capacity 4 cupak iaitu lebih kurang 3kg. Beras kalau 3 kilo bagi I banyak, sebab I beli beras sekilo sahaja dan boleh bertahan 2 bulan. Maksudnya mewahlah ukuran gantang itu. I pun google search maksud ‘melukut’ … Ampun ya Allah Melukut ini maksudnya ‘ broken rice grain’ , beras hancu...

Surah An Naba

Surah ini adalah hadiah daripada seorang kekasih.  Saya ini terbiasa -  antaranya, bila memulakan kata-kata, I akan sebut ‘uhm …’ besar kemungkinan kerana I sedang mengarang ayat sebelum menyatakannya atau mungkin I saja nak berkata-kata sedangkan belum betul pasti apa yang hendak I katakan. Katanya, adalah lebih baik sekiranya I sambung sedikit lagi menjadikannya ayat pertama Surah An Naba, sekurang-kurangnya I boleh memanfaatkan diri dengan pembacaan ayat-ayat Al Quran … Sebenarnya, dia tidak menghadiahkan surah ini secara fizikal tetapi oleh kerana dia sentiasa menyambut setiap kali I menyebut ‘uhm’ dengan membacakan ayat pertama Surah An Naba. maka, terbiasalah I teringatkannya bila menyebut 'uhm' walaupun dia sudah tidak lagi bersama! Tetapi oleh kerana I ni selalunya melihat bahawa tidak akan bergerak satu zarah tanpa Izin Allah, dan sebagai orang yang sentiasa meminta daripada Allah, kita hendaklah sentiasa menadah tangan untuk menerima apa yang Alla...