Skip to main content

malam 27 likur

Semalam, dua tiga orang mengadu tidak boleh tidur. Malam ni, giliran I pula mengisi masa hingga lewat begini – menghampiri detik 12 malam.

Tadi, terbaca posting facebook tentang keluarga yang serba kekurangan. Kesian. Ish … melihatkan rumahnya yang kosong lengang, teringat rumah I pun lapang juga.

Cuma, memanglah berbeza. Macam fridge I – kosong juga, tetapi I yang memilih untuk tidak memenuhkannya. Keluarga ini tentulah tidak berkemampuan untuk mengadakan isi fridge.

Maka, niat untuk bagi student I duit raya, I kurangkan sikit jumlahnya ya – kita, berbagi-bagilah. Kata orang, hati nyamuk – sama-samalah kita cicah. Mohon juga sementara terlintas untuk memberi itu supaya I ni kaya raya supaya boleh I berkongsi kegembiraan dengan ramai orang. Mohon ya Allah.

Beberapa hari terakhir Ramadan, malu nak cerita sebenarnya - I ni rupa-rupanya terleka menjalani Ramadan – tak perasan bahawa selain daripada menjaga hati dan peribadi dalam menjalani ibadah puasa ada juga tanggungjawab kepada kawan-kawan dan kenalan yang hampir diterlupakan.

Lupa nak ziarah mereka sempena bulan yang mulia ini. I ni kurang suka berjalan-jalan pada bulan syawal sebab, pada pendapat I yang anti sosial kononnya ini - bulan syawal dewasa ini sudah jauh menyimpang daripada nilai yang murni.

I suka ziarah orang sementara masih dibawah naungan rahmat Ramadan. Yang bestnya ziarah orang bulan Ramadan ni, satunya – tak payah makan2. Dibulan ni pula setiap kebaikan yang you buat, hanya Allah sahaja yang menganjarinya mengikut kehendaknya.

Tidak ada pula hard and fast rules kadar gandaan kepada kebaikan yang dibuat. Harapan I cuma mohon Allah izinkan ianya menjadi bantuan semasa kita berdiri 50,000 tahun di Mahsyar nanti. Memang bila memikirkan – penantian yang sangat, sangat lama itu, I sangat-sangat ngeri.

Sementara orang sibuk buat kuih raya, orang sibuk kemas rumah – tukar langsir, cat gate dan lain-lain lagi. Oleh kerana rumah I memang tak perlu untuk aktiviti tersebut maka bolehlah I jalan2 beraya sambil berpuasa.

Satu lagi yang bestnya berjalan raya sementara puasa, kita akan cerita ala kadar sahaja, maklum semua orang pun berpuasa. Cakap banyak2 nanti mengurangkan pahala puasa, lagi pun kering tekak dibuatnya maka, tak payahlah cerita pasal semua hal. Alhamdulillah.

Tadi, I dah beli buah tangan – selalunya I bawa kurma sebab I suka berjalan awal Ramadan, tentulah buah tangan ini berguna untuk orang yang kita ziarahi. Tetapi kali ni tentulah orang dah tak sudi kepada kurma, sebab  sudah hampir benar menjelang syawal.

Nak beli kuih raya, kita tidak berapa pasti akan rasanya. Hendak buat kuih sendiri? – Oh tidak, sorry I memang bukan pembuat kuih raya atau tidak raya. Tadi singgah cold storage, jumpa promosi Ferrero Rocher – maka tahun ini kuih raya kita ialah chocolate. Happy!


Insyallah, I akan ziarah yang pertama – baby sitter anak I (22 tahun yang lalu) Kak Leha. Kak Leha ni jaga Ibrahim setahun sahaja, tetapi sampai sekarang Ibrahim memanggil dia ‘mak’ dan sampai bila-bila I terhutang budi kepadanya.

Kedua, cari Mak Mah. Mak Mah dah sangat tua, sangat bijaksana. Dia ni selain daripada ketokohannya dalam politik dan sebagai tukang urut I semasa I berpantang melahirkan Nadiah & Marieah, dia juga antara orang yang sentiasa mendoakan I. Doa orang-orang yang baik macam dia inilah yang I percaya, menyelamatkan I mengharungi kehidupan yang pelik ini.

Ketiga, Mak Odah. Tak seronok hidup ini kalau tak dapat makan nasi dan telur goreng Mak Odah. Mak Odah ni, bila I datang sahaja - yang didahulukan ialah menggoreng telur mata lembu. I pun tak tau mengapa. Mungkin sebab selalunya makanan yang dia buat pedas-pedas dan memang selera I ni tidak setuju dengan cili dan pedas.

Dulu ada Hajah Ramlah - hu hu, kini dah tak ada. Tahun lepas Hajah Ramlah sudah pergi meninggalkan kita. Alahai, dah kurang, satu orang yang selalu mendoakan I. Sedih tau…

Ada beberapa orang lagi yang I teringin nak ziarah, macam Mak & bapak (bakal mertua tak jadi). Kak Ani & Hj Hassan. Sementara mereka masih ada dan I masih hidup lagi, tidak tahu mengapa tetapi beberapa tahun yang lalu silatulrahim ini merenggang. mungkin ada sedikit isu tetapi sekarang sudah tidak kelihatan cacat celanya. betul juga kata orang, masa itu juga bisa merawat.

I juga sangat percaya orang yang memanjangkan silaturrahim ini, Allah sayang, kasih sayang itulah sebenar-benarnya yang kita sangat-sangat perlukan berbanding dengan hati dan perasaan kita terhadap orang lain dan salah laku orang kepada kita, itupun mungkin hanya pada sangkaan kita. Mungkin orang itu pun tak sedar perbuatan mereka itu menyakitkan kita ... maklum, kita pun selalu percaya perbuatan kita sentiasa betul dan tepat, kan ... sepatutnyalah sempena bulan yang mulia ini kita panjangkan silaturahim. bak kata P.Ramlee "buang yang keroh, ambil yang jernih - barulah teguh peribadi" (ye ke, senikatanya begitu? ye lah kot!)

Alahamdulillah. Selamat Hari Raya ... Sekian.

Comments

Popular posts from this blog

Amalan setiap malam sebelum tidur, Surah Al Mulk

Bismillah Lama, I duduk diam. Perhati dan berfikir. Antara dua perkara yang Allah suka jika kita amalkan tetapi kebanyakan kita tak suka buat … lama, I duduk diam dan relate (mengaitkan) perkara2 yang   lalu lintas pada pendengaran, penglihatan dan hati dengan Al Quran dan vice versa – iaitu, Al Quran dengan apa2 yang di alami melalui pancaindera. Kebanyakan orang sudah tidak biasa, duduk diam dan merasa, merasa dan relate. Relate dan mengambil pengajaran. Cikgu I kata, “keep the lesson …” Kebanyakkan kita secepat merasa itulah akan berkata2.   Sangat cepat nak kongsi pendapat dan tekan butang ‘send’. Dunia sekarang semua orang suka berpendapat, cepat bereaksi   dan sangat suka mengulas … bahaya ! dan I, sejak I belajar tadabbur dan tazzakur ini. I buat tadabbur satu persatu, I tazzakur pula perlahan2 dan tidak publish. Sebab tujuan utama kita bertadabbur dan tazzakur ini ialah untuk beramal dengan ayat2 Al Quran.  Bila beramal pula buka...

Surah An Naba

Surah ini adalah hadiah daripada seorang kekasih.  Saya ini terbiasa -  antaranya, bila memulakan kata-kata, I akan sebut ‘uhm …’ besar kemungkinan kerana I sedang mengarang ayat sebelum menyatakannya atau mungkin I saja nak berkata-kata sedangkan belum betul pasti apa yang hendak I katakan. Katanya, adalah lebih baik sekiranya I sambung sedikit lagi menjadikannya ayat pertama Surah An Naba, sekurang-kurangnya I boleh memanfaatkan diri dengan pembacaan ayat-ayat Al Quran … Sebenarnya, dia tidak menghadiahkan surah ini secara fizikal tetapi oleh kerana dia sentiasa menyambut setiap kali I menyebut ‘uhm’ dengan membacakan ayat pertama Surah An Naba. maka, terbiasalah I teringatkannya bila menyebut 'uhm' walaupun dia sudah tidak lagi bersama! Tetapi oleh kerana I ni selalunya melihat bahawa tidak akan bergerak satu zarah tanpa Izin Allah, dan sebagai orang yang sentiasa meminta daripada Allah, kita hendaklah sentiasa menadah tangan untuk menerima apa yang Alla...

melukut di tepi gantang

Hari ini terasa nak guna peribahasa ‘melukut di tepi gantang’ I tahu maksudnya, samalah seperti kata orang ‘masuk tak penuh, keluar pula tak luak’ orang sekarang kata ‘terlebih sudu’ maksudnya; tidak diperlukan tapi sebelum I gunakan peribahasa itu, I terfikir apakah ‘melukut’ ?  kita ni kadang2 sedap bercakap sahaja tetapi tidak periksa apakah yang kita perkatakan. Ustaz I kata, setiap butir perkataan kita itu direkodkan dan kita akan ditanya di Mahsyar kelak tentang semua  yang kita perkatakan. Bukan hadis dan Al Quran sahaja yang kita nak kena verify … semua kata-kata pun bagi orang yang mengaku beriman, nak kena jaga. I kenal ‘gantang’. Gantang adalah ukuran capacity 4 cupak iaitu lebih kurang 3kg. Beras kalau 3 kilo bagi I banyak, sebab I beli beras sekilo sahaja dan boleh bertahan 2 bulan. Maksudnya mewahlah ukuran gantang itu. I pun google search maksud ‘melukut’ … Ampun ya Allah Melukut ini maksudnya ‘ broken rice grain’ , beras hancu...