Skip to main content

Al Mulk revisit

Ramadan 19

Semalam sehari di Shah Alam, revisit dan relearn Surah Al Mulk sekali lagi. Bila I kata dengan orang, bahawa I pergi belajar surah Al Mulk ada orang tu kata ‘bukankan kita membacanya setiap malam’ … eee malas nak menjawab kerana I sangat percaya perkara yang kita buat berkali-kali dan setiap hari itulah yang perlu pemantapan supaya yang kita bawa sebagai amalan itu benar-benar memimpin jita ke jalan yang benar. say ‘Amin’

Selalu juga cikgu I kata – bila pergi belajar, kita mestilah kosongkan cawan itu supaya masjis ilmu itu boleh mengisi ruang yang telah kita kosongkan. I setuju dan I juga berpendapat, kita jangan cepat sangat unlearn apa-apa yang kita sudah pelajarai dulu apabila kita hendak belajar semula, cuma tinggalkan seketika dan cuba menimba sebanyak mungkin ilmu yang akan di sampaikan dan bila senang, bila buat revision pelajaran baru kita cuba synchronize-kan dulu dan baru. Itulah namanya menambah ilmu kan!

OK … Surah Al Mulk. Mengapa kita membacanya setiap malam? Pertama; Sebab Rasulullah buat, maka itu adalah sunnah dan Rasulullah SAW pun ada menyarankan supaya kita jadikan surah ini sebagai amalan. Pada yang faham bahasa Al Quran, Alhamdulillah. Bagi kita pula … yang berbahasa melayu ini. Kenalah faham juga maksudnya. Tetapi kenapa? Mengapa membacanya setiap malam? Beruntunglah kepada yang merenung, berfikir dan yang membuka kitab tafsir untuk menghayatinya.
I ingat, special juga orang yang bernama Hayati ini … sangat sedap bila disebut, cantik pula maknanya. Maksudnya kalau Hayati itu namanya maka dia itu tidak boleh kita ambil pada nilai muka (face value)nya sahaja. Orang yang bernama Hayati itu, ada kualiti dalaman yang perlu diambil kira. Hebat kan … I nak tukar namalah. Hayati Shalita … bagaimana?

Ops! Berbalik kepada Surah Al Mulk.
Tahukan kita mengapa masa anak kita kecil dulu kita menyuruh mereka menghafal sifir. Apakah kerana kita suka kalau dia hafal sifir itu maka kita boleh tunjukkan kebolehan anak kita itu kepada datuk neneknya bila kita balik kampung, supaya datuk nenek boleh berbangga dengan kefasihan anak kita? Tentulah tidak kan, cuma selalunya kita tidak terangkan maksud sebenar. Kita tidak menerangkan bahawa sifir itu nanti berguna apabila dia sampai ke dunia luar dalam alam dewasanya. Bila dia hendak membilang bayaran upah pekerja. Bilamana dia dipasaraya membeli-belah. Di pejabat mengira stok dan sebagainya. Tetapi tiap-tiap hari yang kita tekankan ialah menghafal sifir … Okay, kaedah yang samalah juga kepada surah yang hebat ini.
I jatuh cinta dengan surah ini pada ayat pertama lagi … You, dimana? Pada memuji kebesaran Allah itu cukuplah menyatakan bahawa kita ini hamba dan Dia itulah Tuhan yang di tanganNya segala kerajaan dan Dia berkuasa kepada segala-galanya. Cukup di sini, I sudah renew my syahadah. Sekian.

Comments

Popular posts from this blog

melukut di tepi gantang

Hari ini terasa nak guna peribahasa ‘melukut di tepi gantang’ I tahu maksudnya, samalah seperti kata orang ‘masuk tak penuh, keluar pula tak luak’ orang sekarang kata ‘terlebih sudu’ maksudnya; tidak diperlukan tapi sebelum I gunakan peribahasa itu, I terfikir apakah ‘melukut’ ?  kita ni kadang2 sedap bercakap sahaja tetapi tidak periksa apakah yang kita perkatakan. Ustaz I kata, setiap butir perkataan kita itu direkodkan dan kita akan ditanya di Mahsyar kelak tentang semua  yang kita perkatakan. Bukan hadis dan Al Quran sahaja yang kita nak kena verify … semua kata-kata pun bagi orang yang mengaku beriman, nak kena jaga. I kenal ‘gantang’. Gantang adalah ukuran capacity 4 cupak iaitu lebih kurang 3kg. Beras kalau 3 kilo bagi I banyak, sebab I beli beras sekilo sahaja dan boleh bertahan 2 bulan. Maksudnya mewahlah ukuran gantang itu. I pun google search maksud ‘melukut’ … Ampun ya Allah Melukut ini maksudnya ‘ broken rice grain’ , beras hancu...

An Nisa 142

bismillah ...  semalam migraine, seharian. Yang memotivasikan  untuk bangun pagi tadi hanyalah kerana I berjanji boleh tidur semula selepas solat subuh - dan, selalunya bila sakit - I minta Allah bagi hadiah kerana I sabar menjalani sakit (kononnya). Alhamdulillah, kerana sifat kasih Allah itu melebihi daripada apapun maka, sebagai hadiah yang I nampak ialah ayat 142 surah An Nisa yang singgah pada bacaan pagi tadi. Verily, the hypocrites seek to deceive Allâh, but it is He Who deceives them. And when they stand up for As-Salât (the prayer), they stand with laziness and to be seen of men, and they do not remember Allâh but little. (4:142)   maka, hari ini - I minta ampun banyak-banyak kerana I lah orang yang solat tetapi lalai. I tahu bahawa solat itu adalah ibadah yang sangat amazing, I maklum tentang kelebihan rukuk dan sujud ... ehem, I yang juga mengajar tentang solat. I faham apa yang baca dalam solat tetapi I jugalah yang ke sana dan ke mari dalam solat....

Amalan setiap malam sebelum tidur, Surah Al Mulk

Bismillah Lama, I duduk diam. Perhati dan berfikir. Antara dua perkara yang Allah suka jika kita amalkan tetapi kebanyakan kita tak suka buat … lama, I duduk diam dan relate (mengaitkan) perkara2 yang   lalu lintas pada pendengaran, penglihatan dan hati dengan Al Quran dan vice versa – iaitu, Al Quran dengan apa2 yang di alami melalui pancaindera. Kebanyakan orang sudah tidak biasa, duduk diam dan merasa, merasa dan relate. Relate dan mengambil pengajaran. Cikgu I kata, “keep the lesson …” Kebanyakkan kita secepat merasa itulah akan berkata2.   Sangat cepat nak kongsi pendapat dan tekan butang ‘send’. Dunia sekarang semua orang suka berpendapat, cepat bereaksi   dan sangat suka mengulas … bahaya ! dan I, sejak I belajar tadabbur dan tazzakur ini. I buat tadabbur satu persatu, I tazzakur pula perlahan2 dan tidak publish. Sebab tujuan utama kita bertadabbur dan tazzakur ini ialah untuk beramal dengan ayat2 Al Quran.  Bila beramal pula buka...